Thursday, August 12, 2010

FADILAT RAMADHAN

FADILAT RAMADHAN

السلام عليكم ورحمه الله وبركاته
Ramadan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam sebuah hadis mafhumnya,"Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadan."

1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
3. Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
7. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
8. Menghidupkan malam-malam Ramadan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Firman Allah Ta’ala :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”.(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa
Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Puasa wajib :
Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Rukun Puasa
1. Niat
2. Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya


Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah-faedah Puasa
1. Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2. Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3. Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4. Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5. Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6. Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7. Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8. Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia


Sunat-sunat puasa
1. Makan Sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3. Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4. Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
6. Membaca Al-Quran
7. Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan.


Perkara makruh ketika berpuasa
1. Berbekam
2. Mengeluarkan darah
3. Berkucup
4. Merasa makanan
5. Bersugi selepas gelincir matahari
6. Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa
1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2. Makan dan minum dengan sengaja walaupun sedikit
3. Muntah dengan sengaja
4. Melakukan hubungan sex atau mengeluarkan mani dengan sengaja
5. Keluar darah haid & nifas
6. Gila
7. Pitam atau mabuk sepanjang hari
8. Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa
1. Musafir
2. Sakit
3. Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
4. Tua
(Puasa yang ditinggalkan wajib dikadha kecuali bagi orang-orang tua namun diwajibkan fidyah).

Keistimewaan Bulan Ramadhan
1. Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
2. Allah merahmati orang yang mengimaninya
3. Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
4. Iblis dipenjarakan
5. Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar
6. Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan
1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
2. Menyambut Ramadan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.
3. Hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga amalan secara konsisten.

Qada’ Puasa Ramadan
Qada’ Puasa Ramadan Ialah menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadan atas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan
Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran Firman Allah Ta’ala:

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
1. Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
2. Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramdhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.

Kifarah Puasa
Kifarah Puasa Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :
1. Membebaskan seorang hamba yang beriman
2. Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya berpuasa 2 bulan berturut-turut
3. Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

Fidyah
Fidyah Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

Kadar Satu Cupak
Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

Hukum Fidyah
Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”. (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

Sebab-sebab wajib Fidyah
1. Tidak mampu melakukan ibadah puasa
2. Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
3. Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu
4. Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.



No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.