Tuesday, March 23, 2010

Melancung di Pusat Perlancungan Malaysia (Matic)

Salam.....

Just want to share with uols a few photos taken at Matic... al-maklumlah tingin nak jadi pelancung di tempat sendiri..hehehhhe...
Perjalanan cukup jauh dari klang menuju ke umah liza bangsar south menuju ke umah penasihat Gamat En Azlan. Dalam hujan lebat ke KLCC sekadar lepak dan makan-makan jamu mata, biasa la sessi menggossip. Bila hujan dah reda baru ke MATIC- apa lagik sessi photo shoot..hehehe.
Habis jew nonton teater Gamat, hujan lebat sungguh namun kitorang reda dan redah ajew. Dalam basah lencun...tak hengat nak balik lagi singgah ke Studio Cafe di Wangsamaju. Lepak2 lagi...dan minum melegakan rongga2 kerongkong yang kering sebab ketawa tak habis tgk Gamat. Agak2...tingat burung pon tau balik ke sarangkan...barulah kami bertolak balik ke umah ...namun malam tu cian lizz..jadi drebar. Tapi curlasssttt!!! Drebar yang meredah ajew .... Walo pon balik awal dini hari..namun Isnin tetap kerja...ahakzzz..

Tuesday, March 16, 2010

Teater GAMAT Yang Menggamatkan


Salam......

Dah lama bertapa nieh, bukannya apa kesibukan kerja membantuti segalanya. Begitu juga dah lama tak balik kg Teluk Intan tapi nak uat camner, kalo setakat balik tak sampai sehari cuma semalam keletihan tak berbaloi-baloi at last sakit kann.. sabo setakat mungkin. So baru2 nieh la, amat letey dgn kerja terasa nak cari ruang untuk lepaskan stress. Terbaca akhbar pasal teater Gamat yg pernah di pentaskan tahun lepas di Istana Budaya. Keinginan meluap-luap sbb tak pernah pon nonton teater kanak-kanak. Dengan kerjasama kengkawan Lan & Lizz merka pon nak join cuma Anis sbb mungkin ada hal peribadi kot. Beli tiket tak jauh pon kat Tesco Klang jew di House of Healin.

Antara berita2 di akhbar yang menarik perhatian angah:- ATAS kesedaran bahawasanya bumi dan laut semakin “sakit” angkara perbuatan manusia, Muzikal Gamat kembali menemui penonton mulai 12 hingga 22 Mac ini di Auditorium Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) Kuala Lumpur.

Masih lagi mengekalkan muka-muka lama, Muzikal Gamat kali ini pasti gamat dengan kehadiran Ziana Zain dan Misha Omar, dua bintang besar dalam industri seni tanah air selain menampilkan Amy Mastura sebagai teraju utama.

Ziana tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja apabila pertama kali bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat lain terutama mereka yang pernah terlibat dengan Muzikal Gamat pada tahun lalu.

“Sebelum ini saya terlibat dengan teater Antara yang dipentaskan di Istana Budaya. Tapi Muzikal Gamat ini begitu istimewa kepada saya memandangkan ia memerlukan saya berlakon dan menyanyi dengan anak-anak kecil.

“Dalam teater ini saya memegang watak yang jarang sekali diberikan iaitu Ketua Obor-Obor. Ini yang membuatkan saya teruja.

“Bukan tak ada tawaran sebelum ini, tapi masa yang tak mengizinkan. Sejak dalam pantang lagi dah ada tawaran tapi saya tak mahu gelojoh kerana bimbang tak dapat memberikan sepenuh tenaga kepada pihak produksi,” jelasnya ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa berselindung, Ziana mengharapkan tahun ini menjadi tahun kebangkitan semula untuknya setelah lama berehat panjang selepas melahirkan anak tahun lalu.

Dalam teater ini juga dia turut sama dipertanggungjawabkan untuk menyanyikan beberapa buah lagu termasuklah Duk Duk, Obor-Obor, Kurita Pujaan, Gatal-Gatal, Mahkamah Bersidang dan banyak lagi.

“Seronok dapat merakamkan lagu kanak-kanak ini sebab bukan selalu kita dapat peluang sedemikian. Ini cabaran baru buat saya dan sudah semestinya ia mencabar saya.

“Menyanyi bukan sahaja untuk menghiburkan orang tetapi kali ini ia lebih untuk menarik minat kana-kanak untuk menyayangi dan menghargai alam sekitar dan laut supaya tak tercemar.

“Apa yang penting mesej yang ada di sebalik lagu dan lakonan saya. Saya cukup gembira andainya mereka yang hadir nanti mendapat manfaatnya,” katanya lagi.

Bagi penyanyi Misha Omar yang membawakan watak Ketua Buntal pula, dia menganggap Muzikal Gamat ini sebagai pemanas badan sebelum beraksi dalam teater Uda dan Dara yang akan dipentaskan di Istana Budaya pertengahan tahun ini.

Jelasnya sebelum ini dia sedikit kaget apabila menerima tawaran berlakon teater memandangkan cabaran yang bukan sedikit yang bakal dihadapinya nanti.

“Berlakon filem dan berlakon teater itu banyak bezanya. Kalau berlakon filem kita boleh ‘cut’ dan sambung balik. Tapi berlakon teater semuanya kena sempurna.

“Segala kesalahan dan cacat cela orang nampak. Saya masih belum bersedia sebelum ini. Tapi dengan adanya Muzikal Gamat ini saya mahu menjadikannya batu loncatan untuk saya lebih maju dalam bidang teater.

“Kalau nak dikira perasaan takut memang saya takut untuk berhadapan dengannya. Tapi sampai bila saya mahu bersikap begitu?

“Bila mula berlatih dengan semua pelakon, saya rasa diri saya sangat teruk. Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari terutamanya aspek lakonan.

“Kadangkala rasa malu sendiri apabila kanak-kanak tersebut lebih pandai berlakon dari saya. Ini cabaran yang saya perlu hadapi. Saya juga tak mahu memperlihatkan kekurangan yang ada pada diri saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada Zaifri Hussin selaku pengarah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada orang baru seperti saya. Dia sentiasa sabar melayan kerenah saya selama menjalani latihan,” katanya.

Peminat-peminat yang ingin menyaksikan Muzikal Gamat boleh datang ke Pusat Pelancongan Malaysia (Mtc), Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Yesss... ianya mengenai mencintai alam sekitar, peliharalah laut sbb akan pupuslah spesis2 laut nanti jika kita manusia tidak prihatin. Nak gtau memang BESTTT!!!! Ketawa sampai senak2 perut dan para pelakon terlalu dekat dgn penonton. Bagi yang dah keluarga bawalah anak-anak anda bersama-sama ianya tidak menjemukan selain daripada memberi pengajaran yang baik untuk semua orang yang menonton....

CURLASSSST!!!! Amy Mastura sbg ibu Gamat , Ziana Zain sbg ketua Obor-obor & Misha Omar sbg ketua Buntal....lakonan mereka memang meninggalkan kesan pada penonton dan menghiburkan...... Berbaloi-baloi menonton GAMAT.....
CINTAILAH ALAM SEKITAR DAN JUGA CINTAILAH LAUT...JAGA LAH KEBERSIHAN NYA.

TAWARAN TIKET HARGA ISTIMEWA HEALWELL

Berita Baik!! Healwell Pharmaceuticals Sdn. Bhd menawarkan tiket Muzikal Gamat2 dengan harga RM35 bagi persembahan 14, 15, 16, 17, 18 & 21 Mac 2010, 8.30pm, anda boleh mendapatkan tiket tersebut di House of Healin, Giant Kelana Jaya.
Pakej RM35 istimewa ini termasuk dengan buku program, jamuan ringan (supper) & sesi berjumpa dengan artis.
Cepat! Hanya 100 tiket ditawarkan untuk setiap malam. Hubungi: 017-378 5333 (Hazri), 016-660 4025