Friday, October 30, 2009

Menggegar Dunia ** Adam & Stacy**

SALAM.....

Jom berhibur dgn video clip Adam & Stacy bergabung MALATOPPPP!!! Menggegar Dunia!!




Tuesday, October 27, 2009

Hans Kotakan Janjinya

EMPAT tonggak Cuci The Musical iaitu Awie, Hans, Afdlin dan AC.

Cuci The Musical yang dibarisi bintang terkenal tanah air sarat adegan pecah perut

USAH dibandingkan Cuci The Musical (CTM) dengan teater lain kerana persembahan oleh Tall Order Productions ini mampu berdiri atas nama dan kekuatannya sendiri. Tampak ringkas, tetapi teater ini sarat dengan detik yang menghiburkan serta persembahan memberangsangkan barisan bintangnya.

Elemen komedi yang kuat, diselitkan menerusi dialog serta gelagat pelakonnya di pentas, membuatkan penonton tidak kering gusi sepanjang hampir tiga jam persembahan berjalan. Bahkan, CTM hampir disalah erti sesetengah peminat sebagai sebuah pementasan lawak, dek banyak sekali saat melucukan termuat di dalamnya.


Dialog kelakar yang terpacul secara tiba-tiba di mulut pelakon, dikira amat menjadi, sehingga peminat tidak senang duduk di kerusi. Janji yang diucap Penerbit Eksekutifnya, Hans Isaac, ketika ditemui Hip beberapa minggu lalu bahawa peminat akan ketawa besar melihat pelbagai telatah watak dalam teater itu kini ditepati.

Begitupun, pengarah bersama, Datuk Zahim Al-Bakri dan Harith Iskander tidak melupakan genre asal teater ini. Maka, selang beberapa ketika, penonton dihidang dengan nyanyian bintangnya termasuk Afdlin Shauki, AC Mizal, Awie, Vanidah Imran, Adibah Noor, Ramli Hassan, Harith dan Hans sendiri.

Hampir 90 peratus bintang yang mewarnai CTM ialah pelakon yang turut bergelar penyanyi, ataupun sudah berpengalaman luas dalam persembahan muzikal. Lalu, nyanyian secara langsung mereka dilihat berjaya memikat hati, disokong pula irama sedap didengar ciptaan Pacai dan Douglas Lim.

HARITH memikul dua tanggungjawab, sebagai pengarah dan pelakon.

Antara yang menyerlah tentunya Adibah, yang melontarkan vokal terbaik setiap kali membuka mulutnya. Dewan bagai terdiam tatkala penyanyi Terlalu Istimewa ini mengambil giliran menyampaikan lagu seterusnya.

Adibah juga kelihatan sangat serasi berpasangan dengan Awie, seorang lagi penyanyi yang sememangnya terkenal dengan vokal yang tinggi. Pasangan ini nampak comel bersama, sedikit sebanyak menghidupkan lagi cerita yang diketengahkan. Penonton pasti tertawan dengan kisah cinta dua penyanyi dan pelakon ini.

Pada masa yang sama, lakonan pelakon lain harus dipuji. Afdlin, Ramli, Harith dan rakan yang lain cuba mempamerkan persembahan terbaik. Penonton akan terasa melihat aksi Afdlin, mereka ketawa menyaksikan gelagat Awie dan AC, ada yang tersenyum dengan sikap jujur Hans serta tidak kurang yang terpikat dengan penampilan Vanidah.

Namun, AC seakan berjaya meletakkan dirinya setapak di depan dengan persembahan begitu membanggakan. Dengan aksi serta lakonan yang semula jadi, lontaran vokal yang baik serta lawak yang memang mencuit hati, pelakon ini memastikan kelibatnya di pentas tidak dibayangi bintang lain.

CTM bukan hanya menghiburkan peminat dengan lawak pecah perut dan kehebatan nyanyian mahupun keindahan lagunya, ia juga menyuntik elemen baru dalam pementasan teater di negara ini. Paling ketara, semestinya kewujudan babak pertandingan mencuci bangunan, yang menyaksikan pelakonnya perlu menuruni dinding agak tinggi. Ada juga babak romantik yang menyaksikan Hans dan Vanidah menaiki gondola, memberikan penonton satu pandangan berbeza.

Pujian juga patut diberikan kepada pereka tari, Stephen Rahman-Hughes. Daripada watak Hang Tuah dalam pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical, dia kini bertanggungjawab mereka gerak tari untuk Cuci. Namun, gerakannya agak berbeza, yang membantu CTM untuk nampak berlainan daripada teater sebelum ini. Cuma, ketidaksamaan pergerakan yang kadang kala berlaku di kalangan pelakonnya boleh mengganggu konsentrasi.

CTM juga agak meleret, sehingga persembahan yang dimulakan kira-kira jam 8.45 malam hanya tamat selepas jam 12 tengah malam (dicampur rehat selama 15 minit di antara dua babaknya). Jika bahagian pertama mengajak penonton ketawa melihat pelbagai babak lucu, bahagian kedua pula lebih dramatik apabila konflik mula berlaku.

Muzikal ini bukan saja mengajak penonton mengikuti perjalanan suka duka empat beradik ini mencapai impian, malah ketika yang sama mengerti erti persaudaraan, pengorbanan, kekecewaan dan kasih-sayang. Sebuah persembahan yang membanggakan, CTM memastikan penonton pulang dengan sejuta tawa dan kenangan.

Teater muzikal ini dipentaskan di Istana Budaya sehingga 8 November. Tiket menyaksikan persembahan boleh didapati di Istana Budaya dan menerusi Axcess Tickets Sdn Bhd.

SINOPSIS: Cuci The Musical

CUCI The Musical mengisahkan empat beradik, Fairil (Afdlin), Khai (Hans), Jojo (Awie) dan C’Tan (AC) yang mengusahakan perniagaan mencuci tingkap bangunan secara kecil-kecilan. Selepas sedekad, syarikat Cuci Cuci Services dilihat belum mencapai kemajuan, akibat semangat mereka yang kurang. Hanya Fairil yang sering dilihat memasang impian untuk maju ke depan.

Bagaimanapun, peluang untuk mencapai impian tiba apabila Cuci Cuci Services dijemput menyertai pertandingan mencuci tingkap, Window Washing Olympics. Pertandingan itu diselenggara syarikat diketuai Citi Jasmin atau CJ (Vanidah), anak seorang lelaki berjaya bergelar Tan Sri (Ramli). Pemenang pertandingan akan diberikan kontrak mencuci Menara Berkembar KLCC.

Pada pertandingan itu, mereka perlu berdepan dengan juara bertahan, kumpulan Wira Maju yang diketuai oleh teman lelaki CJ, Wira (Harith). CJ yang meragui cinta Wira padanya mula menyimpan perasaan pada Khai apabila mereka bertemu dalam keadaan yang sungguh tidak disangka. Manakala pembantunya, Farah (Adibah), pula terpikat pada Jojo, lelaki yang pandai memasak.

credit: Nurulhisham Abdul Latiff

nurul@bharian.com.my

MOH KITA BERAMAI-RAMAI NONTON
CUCI THE MUSICAL

DI PANGGUNG ISTANA BUDAYA...

Saturday, October 24, 2009

Tension angah release dengo lagu Industan...

Salam.....

Lagu-lagu Industan yang mengamit dan mendayu-dayu...membuai-buai...rasenya..











Thursday, October 22, 2009

Papadom Dapat RM2.4Juta Dalam 13hari

Salam...

Wahhh!!! Alhamdulillah..walopon dalam kesuraman industri filem Malaysia berjaya juga Papadom meraih RM2.4 Juta. Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!

Baru-baru ini, walopon angah dah tgk filem nieh dgn kengkawan pada Sabtu (17/10) masa balik kg petang tu jugak ajak along & anak-anak sedara pegi nonton filem Papadom. Tapi sayangnya, di Teluk Intan boleh tayang citer Surrogates tetapi Papadom tak der pulak. Peduli apa!!?? Ajak ke Ipoh, smua hepi...petang tu jugak ke Jaya Jusco, Ipoh konon nak tgk kol 7.30pm tetapi ...dah full house. Terpaksalah tgk pukol 9.30pm, sempatlah makan malam & round2 kat JJ. Nasib baik wheel-chair along boley masuk panggung, for the 1st time along masuk panggung wayang setelah sekian lama disebabkan terpaksa guna wheel-chair.
dengan along & anak-anak sedara yang tersayang.....

Eventhou angah dah tgk..tp tetap xcited gler jugak. Dalam hampir kol 12mlm gak habisnyer, seronok tgk anak2 sedara hepi nonton filem Papadom. Akhirnya...kol 2.15 pagi baru sampai Teluk Intan.....

Antara babak-babak Papadom yang tetap menjadi ingatan dan kenangan:-

Coming soon....31/10/2009 bersamaan hari Sabtu akan ke teater Istana Budaya untuk menonton Cuci The Musical. Can't wait any longer.....demam cuci pulak.

Wednesday, October 21, 2009

Anwar Ridhwan Sasterawan Negara Ke-10

Anwar Ridhwan bersama anugerah selepas menerima Anugerah Sastera Negara Ke-10 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. - Dekan Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Datuk Dr. Mohd. Anuar Rethwan, 60, atau nama penanya Anwar Ridhwan diumum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-10.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan anugerah tersebut kepada tokoh sastera dan bahasa itu yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Turut berangkat pada majlis yang diadakan di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan dekat sini malam ini ialah Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.

Hadir sama ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman.

Pemilihan tersebut membolehkan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM60,000 serta pelbagai kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera.

Kerajaan turut membeli 50,000 naskah karya beliau untuk diedarkan ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Dalam ucapannya pada majlis penyampaian anugerah tersebut di sini malam ini, Muhyiddin berkata, pemilihan Anuar berdasarkan sumbangan kreatif dan kesan pemikiran sehingga membentuk tradisi persuratan tersendiri bagi masyarakat negara ini.

Beliau berkata, ketegaran dalam mendalami dan mempertahankan nilai pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan menjadi penilaian utama ahli panel untuk memilih penerima anugerah.

''Di samping itu, komitmen sasterawan dalam kegiatan sastera secara berterusan sehingga membentuk tradisi persuratan yang tersendiri serta didukung dan diteruskan oleh generasi penulis juga dijadikan asas penilaian," katanya.

Beliau berkata, pengurniaan Anugerah Sastera Negara merupakan iltizam berterusan kerajaan untuk memberikan pengiktirafan terhadap sumbangan sasterawan dalam usaha memperkukuh dan memartabatkan karya sastera kebangsaan.

Berikutan itu kata beliau, sebagai tanda penghargaan, kerajaan bersetuju untuk menaikkan jumlah ganjaran daripada RM30,000 kepada RM60,000.

Muhyiddin juga menyarankan agar penterjemahan karya Sasterawan Negara dan karya-karya besar yang lain diusahakan dengan lebih terancang.

Menurutnya, akhbar-akhbar berbahasa Melayu juga perlu memberikan ruang lebih luas kepada penyiaran tulisan-tulisan ilmiah berkaitan sastera.

''Karya-karya ini boleh disiarkan di akhbar-akhbar vernakular dan diuar-uarkan di media baru sebagai salah satu kaedah pengembangan dan pemasyarakatan sastera kebangsaan sekali gus mengukuhkan lagi semangat perpaduan 1Malaysia," katanya.

Anuar yang dilahirkan pada 5 Ogos 1949, merupakan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Malaya sebelum memulakan tugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bersara selaku Pengarah Penerbitan pada tahun 2005.

Antara cerpen beliau yang popular ialah Parasit, Sesudah Perang, Sangkar dan Dunia Adalah Sebuah Apartmen manakala drama pula seperti Orang-orang Kecil serta Yang Menjelma dan Menghilang.

Novel terkenal beliau ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Ogonshoto.


credit to: Utusan Malaysia

LEMBING AWANG PULANG KE DAYANG


Pada 22 Oktober ini, 30 buah pawagam bakal dihangatkan dengan sebuah filem epik yang diolah berdasarkan kisah benar. Lebih mengejutkan, filem tersebut mengambil masa hampir empat tahun untuk disiapkan akibat pelbagai masalah misteri hingga membantutkan kelancarannya.

Malah pelakon utamanya iaitu Farid Kamil ketika mula-mula berlakon dalam filem tersebut baru sahaja berusia 22 tahun. Selanjutnya, ketika berusia 25 tahun, Farid menyambung lakonannya semula untuk memperkemas filem Lembing Awang Pulang Ke dayang yang disifatkannya amat mencabar.
"Untuk menghayati watak Awang, saya telah meminta izin dan tunjuk ajar daripada waris Awang sendiri di Johor. Dengan tunjuk ajar mereka, Alhamdulillah... saya seperti mendapat semangat baru untuk berlakon dengan lebih baik," ujar Farid ketika ditemui di majlis pratonton filem tersebut di Mutiara Damansara.

Sinopsis


Kisah terjadi kira-kira 200 tahun dahulu disebuah pekan bernama Padang (sekarang di daerah Muar). Terdapat seorang gadis rebutan pemuda kampung bernama Dayang (Siti Elizad). Dayang menaruh hati terhadap Awang (Farid Kamil), pemuda tampan harapan Padang.
Apabila Awang masuk meminang, bapa Dayang (Dato Kuswadinata) yang mementingkan darjat, mengenakan syarat yang ketat sehingga Awang terpaksa belayar selama 3 tahun. Awang menyahut cabaran adat dan belayar meninggalkan Padang berbekalkan janji Dayang untuk kekal setia sehingga ‘keringlah laut tanah Melaka’. Bachuk (Zul Huzaimi) juga meminati Dayang. Dengan ketiadaan Awang dan dengan bantuan guru silatnya Panglima Merah (Hattan) yang juga bekas ketua lanun, Bachuk mengumpan Pak Long agar dapat mendekati Dayang. Pelayaran Awang hampir musnah apabila sampannya di serang lanun. Dia dijumpai terdampar di pantai oleh seorang pengembara aneh yang gemar berfalsafah bernama Dekar Agas (Aziz M Osman). Dengan bantuan Nakhoda Galigo (Khir Rahman), Awang belayar ke Makasar (Pulau Sulawesi) untuk mencari duit dan kain mastuli. Dia bertemu dengan Claudia (Mei-Ling Ludi), seorang wanita Belanda cantik yang jatuh cinta kepada Awang dan tidak membenarkan dia balik ke Padang. Apabila tempuh 3 tahun hampir tiba, Awang masih belum pulang dan Dayang diresahi khabar-khabar angin yang tidak baik. Usaha Bachuk mendekati Dayang masih berterusan dan Dayang kini sudah jinak-jinak merpati.


credit to: myartis.com

Dari Kisah Benar


Menurut sejarawan Johor, Shahrom Hussien, peristiwa menyayat hati ini berlaku pada 1776, apabila anak penghulu Parit Bakar, Bacok dari keturunan Bugis berebutkan Dayang yang telah bertunang dengan pemuda sekampungnya, Awang.

Pertengahan 1776 - Ketika matahari pagi baru bersinar di ufuk timur, perahu Awang tiba di Pangkalan Kuala Parit Raja Muar , Johor setelah hampir genap tiga tahun lima bulan belayar. Dia mengandarkan dua batang lembing kurniaan Raja Bugis sambil menjinjing bungkusan kain mastuli (kain sutera yang kasar dan kuat) dan uncang yang mengandungi wang 377 duit sebagai hantaran perkahwinan dengan Dayang.

Sebaik Awang naik ke pangkalan, beberapa pemuda berlari-lari ke arahnya dengan kehairanan. Mereka seperti terkejut melihat Awang. Lantas mereka menyampaikan berita pernikahan Dayang dengan Bacok dan upacara persandingan yang akan diadakan selepas Asar nanti.

"Jadi semua ini angkara Bacok!!!!" kata Awang dengan geram. Pemuda-pemuda itu yang merupakan rakan-rakan awang mengangguk-angguk. Setiba di rumah, Awang termenung panjang. Di kala itu juga darahnya tambah menggelegak apabila terbayangkan kebaculan Bacok memfitnah kononnya dia mati dalam pelayaran.

"Sedangkan lautan luas dapat kuharungi, inikan pula bumi medan tempat berpencak. Tiap-tiap yang menebus mesti sanggup membayar....." kata Awang penuh geram.

Tengah hari itu di hujung serambi, awang melumur salah satu lembingnya sementara sebilah lagi disandarkan ditepi tiang.

"Kenapa satu lembing saja dilumuri air limau?" tanya ibu Awang.

"Tandanya lembing ini menangis mak. Ini yang betina. Ia malu kerana tak dapat disatukan dengan lembing jantan tu. Sebab itulah Awang terpaksa jauhkan antara satu sama lain. Sebab bukan jodohnya. Kalau tak diceraikan kita seisi rumah akan menangis mak," beritahu Awang. Melopong mulut ibu Awang mendengarnya.

Selepas Asar, Awang menyelinap dicelah-celah orang ramai yang sudah memenuhi halaman rumah Dayang. Di pinggangnya tersisip badik berulang mambang, sementara tangan kanannya mengenggam sebilah lembing. Bunyi nafiri, gong dan gendang riuh-rendah tanda pengantin lelaki akan tiba. Bacok memakai baju pesak sebelah, berseluar singkat kaki kecil dan bertanjak hitam segak duduk di atas tandu.

Sebaik usungan tiba di depan tangga rumah pengantin, tanpa berlengah Awang merodok mata lembing ke perut Bacok. Gempar! Suara jerit pekik orang ramai yang ketakutan gegak gempita. Darah menyembur dari perut Bacok dan pemikul usungan lari lintang pukang.

Seorang dua tetamu bersusah payah mencabut lembing yang terlekat di perut Bacok. Sebaik tercabut, bagai ada kuasa ghaib, senjata itu melayang sendiri dan merodok salah seorang pengapit pengantin lelaki. Mangsa mencabut lembing daripada tubuhnya tetapi senjata itu seperti dipandu melayang pula mencari tetamu yang lain. Begitulah seorang demi seorang rebah sehingga lembing menemui mangsa ke-99 iaitu ayah Dayang.

Anehnya selepas dicabut lembing yang terlekat di perut ayah Dayang oleh tangan Dayang sendiri, pergerakan lembing tersebut terus "mati". Awang pula meninggalkan Muar berlayar ke Endau. Dayang menyimpan lembing berkenaan dan tidak bersuami sehingga ke akhir hayat. Lembing itu diperturunkan kepada keluarganya dari satu generasi ke satu generasi hingga kini.




Macam-macam Ada.....

Misteri Sejadah Berdiri

credit to: Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my


PASIR MAS: Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan 'berdiri' di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

"Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat

"Ini bukan perkara pelik," katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Difahamkan, pada Ramadan lalu perkara sama turut berlaku di rumah seorang penduduk kampung berkenaan apabila sehelai sejadahnya berdiri sendiri.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

"Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

"Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

"Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau," katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.


Friday, October 16, 2009

PAPADOM - WAJIB TONTON WAJIB TAYANG

Salam....
angah nak kongsi bersama pengalaman menonton PAPADOM pada hari Ahad yang lalu (11/10/09). buat pertama kalinya, rasa bangga sesangat dengan filem melayu kerna memaparkan simbolik kasihsayang dalam etika kekeluargaan. berangan skejap..kalo la ada bapa seperti tu ...suke suke sukenye...tp kalo di fikirkan balik...sampai bila ekkk....jadi spy anak...wakakakaa. namun yang ingin dipaparkan kasihsayang yang tidak berbelah bahagi malah, wajib tayang wajib tonton kepada bapak-bapak yang suka makan 'anak ikan'nya sendiri bak pepatah : seperti bapak haruan memakan anaknya sendiri. zaman sekarang nieh..menjadi-jadi la pulak bapak lepas nafsu pada anak sendiri.. tontonilah...sesungguhnya Allah s.w.t menjadikan kamu sebagai bapak untuk memberi kasih sayang, memberi kerahmatan serta perlindungan kepada anak-anak kamu.
(dah mcm ustazah la pulak...kan...).
lagi satu setiap scene atau babak pasti ada kata-kata lucu, simbolik dan juga emosi... salah satu nya bila harun salim bachik tegur afdlin... 'jangan emosi sangat dengan tanah' - kelakar gler dengan selamba jew. seolah-olah mereka berlakon tidak terikat dengan skrip tp lahir dari hati ikhlas mereka sendiri... WATCH IT!!! ianya mengundang gelak ketawa dan juga menitiskan airmata.... tengok sekali tak puas..nieh nak balik kg nak ajak along & anak-anak sedara nonton filem PAPADOM kat Perak pulak.....
Sinopsis:

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan ‘Papadom’ sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda…

Untuk makluman semua kutipan untuk setakat 4 hari Tayangan ialah RM 1 Juta untuk Tayangan PAPADOM di seluruh Malaysia.

Aziz M Osman
: “ saya benci Afdlin sebab buat saya menangis menonton PAPADOM”

Mawi: “ satu cerita yang boleh buat orang ketawa dan menangis, dicampur dengan mesej yang baik misalnya kita tahu betapa susahnya nak jaga anak perempuan ketika remaja dan lagi satu jalan ceritanya tak boring, setiap scene semua penting serta menghiburkan dan yang paling penting ia Nampak selamba”

Mamat Khalid: “ saya suka work Afdlin dalam PAPADOM kerana nampak kematangannya dalam sudut pembikinan filem. Segala kerja2 disusun atur menjadikannya sebuah karya yang jujur dan vibrant!”


JANGAN LUPA TAU!!!!!!!!!!!!!!!!

BAWA KELUARGA , GEPREN, BOIPREN, TUNANG , SUAMI @ ISTERI , KENGKAWAN MAHUPUN JIRAN SEBELAH RUMAH MENONTON PAPADOM DI PAWAGAM YANG BERDEKATAN , KALAU JAUH PUN TAK KISAH JANJI PERGI BERAMAI-RAMAI....

Tuesday, October 13, 2009

Coti Hujung Minggu - Ahad 11/10/2009

Salam.....
Tengah sakit kepala nieh..bukannya apa terlalu byk sales order bulan nieh kat customer mencecah angah ratusan ribuan penjualan. Pening kepala di buatnya...rase darah tinggi dah mendadak dengan exclusive-nyer.

Jika ada kelapangan angah nak membuat lawatan ke panel-clinic la. Dah mula meracau dari malam ke pagi..tak cukup tido asyik ingat keje (kalo berchenta ok la jugak ... kan...). Anyway, angah nak share sikit hujung minggu ahad lalu (dun woli sikit...jew). Keje tetap keje ari ahad tetapi baiknyer cilok subuh2 dah g keje & settle everythings then....trus ke stesen komuter. Transport paling baik & bley angah relax (atau tido ker...).

Perjumpaan dgn lizz di kl sentral, terus terang im not familiar dgn monorel nak ke Medan Tunku. Nak uat aper???? Sajew2 .... nak support artis CUCI THE MUSICAL...yang lebih penting sbb angah, lizz, lan, anis lebb, wien & tun akan menyaksikan teater tu pada 31hb Oktober 2009. Yessszaaa.....tak sabo rasenyer...yang penting memberi sokongan industri teater Malaysia [tetiba pulak patriotik dgn teater lak].

So, dlm kol 3pm selebih waktunya dah sampai Maju Junction Mall & lan terlebey sudah ada kat situ. Nampak kelibat 2org heavyweight champion iaitu Adibah Noor & Harith Iskandar. Sungguh aman keadaan Maju Junction Mall sebab tak seramai mana orangnya jika di bandingkan mall di kawasan bukit bintang ...tapi besor gak department store nye. Tak lama tu Yasmin Yusuf mengumumkan akan promosi Cuci the Musical dan memperkenalkan barisan pelakon-pelakon iaitu Afdlin Shauki (Papadom), Hans Isaac, Awie, Reefa (ganti AC), Adibah Noor & Harith Iskandar (pengarah bersama). Justeru mereka menyanyikan lagu 'UMMI', nice song....(umi kan ader....). Then pengumuman pemenang cuci-cuci kereta yang diadakan pertandingan mencuci kereta pada pagi sebelum itu. Kumpulan yang memenangi tempat 1 & 2 akan bertanding semula dgn kumpulan THE CUCI. Yang penting sessi bergambar dan 'menconteng' poster...hehehhe...termasuk lah angah menyibuk jew nak bergambar dan minta sign kat poster cuci the musical =>> nak tolong promo nieh....(satu utk lan yang tersipu terkedu) Tetiba .. lizz yang malu akhirnya pecah tradisi turut meminta sigh poster..wakakakakkaa... (malu konon...alhamdulillah lizz telah kluar dari kepompongnya).

Sebelum mereka teruskan agenda pertandingan mencuci kereta, menggunakan kesempatan yang ada bergambar dgn afdlin shauki ==>> nak promosi PAPADOM pulak. Sepanjang pertandingan mencuci kereta...mereka (awie, afdlin, hans & reefa) memang sporting habis dgn peminat-peminat mereka. Penyudahnya...mereka yang bermandikan basah dgn air kolam bukannya kereta...dah mcm pesta air la pulak. So hepi...giler-giler jugak merka nieh..ermmm...

Dalam kol 5.30pm selesai... 'pesta air', terasa pula perut nieh berkeroncong...rope2nyer lizz & lan pon sama gak...so menjamu selera kat pizzahut di MJM. Dah kenyang..kami teruskan destinasi iaitu ke Berjaya Time Square...untuk apa????


Sudah tentu untuk menonton "PAPADOM", yesszaaaa.... sempat dapat tiket kol 6.40pm. Sementara nak menunggu maka itu kami menjelajah dari sebuah lot kedai ke lot yang lain.. ada baju tsert lampu kelip-kelip lagi...chantekk!! Nasib baik ada tourist guide => Lan Daniel.
I tell you..... SAKSIKAN FILEM PAPADOM MEMANG TAK RUGI!!! Sebuah kisah keluarga yang cukup rempah ratusnya..bukan senang nak dapat seorang papa seperti PAPADOM. Tahniah Afdlin sebab menghasil sebuah karya yang cukup bermakna dan berbisa, rasanya sesiapa yang menonton pasti tidak akan lupa setiap scene dan babak lakonan setiap artis sebab ianya meninggalkan kesan yang amat mendalam....

Sebelum ke KL Sentral, lizz sempat shopping lagi beli baju & kasut untuk Deeparaya...hehehehe. Alhamdulillah, angah dapat tren pukol 9.45pm dan sampai stesen komuter Port Klang jam 10.40pm. Yang penting PAPADOM....meninggalkan kesan sehingga nak tido.....
JANGAN LUPA MENONTON FILEM "PAPADOM".

Monday, October 12, 2009

Rakaman Muzik-muzik - 8/10/2009

Salam....

Sekadar gambaran......

RIZ - HARUS KU YANG PERGI
POP SHUVIT - OH! SIZUKA
SAERAH FEAT AHLI FIQIR & CHAM - HERO WAYANG
KHALIFAH - CINTA DEWI KAMALA
suke-suka makan di Ranting Cafe, Plaza Alam Sentral.
**angah, lebb, lizz, lan & judd**

Saturday, October 10, 2009

Penyanyi Rapper bertukar Muslim

JIKA kita menyebut nama Amir Junaid Muhadith, mungkin ramai yang bertanya, siapa dia? Nama itu mungkin indah namun siapa yang miliki nama itu, tiada siapa yang tahu.

Tetapi berbeza jawapannya jika kita menyebut nama Loon atau Rapper Loon. Seluruh dunia terutama kalangan peminat muzik dan remaja tidak sahaja mengenali Loon, malah begitu memuja-muja beliau.

Manakan tidak, Loon merupakan anggota kumpulan muzik terkenal Bad Boy dan yang penting beliau merupakan anak didik rapper terkenal dunia, Puff Daddy.Sedangkan hakikat yang mereka perlu tahu kini, nama Amir Junaid Muhadith dan Rapper Loon itu adalah individu yang sama!

Pada Disember tahun lalu, dunia dikejutkan dengan berita Loon memeluk agama Islam!Ramai yang tidak percaya seorang penyanyi rap terkemuka yang hidupnya begitu mengejar populariti, wang dan nama akhirnya boleh berubah.

Dua dunia yang dikatakan cukup berbeza, dunia hiburan barat kepada Islam? Hedonistik kepada holistik? Sukar bagi mereka untuk mempercayai walaupun Loon telah menampakkan perbezaan yang cukup ketara dalam soal imej. Dia kini memilih untuk berjubah dan kopiah putih serta menyimpan jambang dan janggut!

Iaitu satu imej Islam yang sama sekali tidak boleh dikaitkan lagi dengan gaya seorang rapper.

Amir merupakan artis kulit hitam Afrika Amerika yang dikatakan begitu berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan rekod. Terutama sebagai artis yang bernaung di bawah syarikat muzik terkenal milik penyanyi Rap terkemuka Puff Diddy (dahulunya Daddy), P. Diddy Bad Boy Records.

Loon atau nama asalnya Chauncey Lamont Hawkin yang lahir pada Jun 1975 dari keluarga Kristian dibesarkan dalam suasana kehidupan ghetto di Harlem New York.

Amir memulakan karier sebagai artis dengan menganggotai kumpulan Harlem World dan menghasilkan koleksi lagu-lagu Rap Mase. Dia turut mengembangkan bakat dalam bidang lakonan dengan membintangi dua buah filem arahan Damon Dash yang bertajuk State Property 2 dan Death Of a Dynasty.

Ketika bersama Syarikat Bad Boy itu beliau menghasilkan album single Loon yang begitu melonjakkan namanya dan menjadikan beliau berada di puncak persada kerjaya sebagai rapper untuk muzik-muzik genre R&B dan hip hop yang terkemuka di dunia muzik Barat.

Namun pada 2004, Amir keluar dari syarikat tersebut dengan menubuhkan syarikat bagi menghasilkan label album beliau sendiri, iaitu Boss Up Entertainment.Beliau dikatakan tertarik memeluk Islam ketika mengadakan siri jelajah persembahan di Dubai. Pengalaman sepanjang berada di negara itu menyebabkan Amir akhirnya memeluk Islam secara rasmi.

Berasal dan dibesarkan dalam suasana kehidupan sesak kulit hitam di lorong-lorong gelap Harlem New York, Amir sebagaimana anak muda kulit hitam yang lain, terlibat dalam pelbagai aktiviti yang kurang sihat.

Namun mujur sahaja Amir tidak berakhir menjadi seorang yang ganas atau penjenayah yang dikehendaki. Ini kerana minat yang mendalam, beliau belajar dan menguasai lagu dan tarian rap di setiap lorong dan sudut jalanan. Ini membolehkan Amir memilih untuk serius dalam dunia muzik rap sebagaimana yang kebanyakan dilalui oleh anak-anak muda kulit hitam yang lain.

Segala penat dan usaha gigih beliau dalam dunia hiburan rap itu akhirnya menjanjikan apa yang selama ini beliau idam-idamkan. Kemasyhuran, gemerlapan cahaya kejayaan dan peminat-peminat keliling pinggang.Namun yang jelas beliau menikmati satu kehidupan yang bebas, bebas tanpa sebarang had dan batasan.

Kebebasan memakan diri

Boleh melakukan apa sahaja, bebas dalam pergaulan dan bebas menentukan hala tujunya sendiri. Yang terkadang akibatnya ada kebebasan yang memakan diri sendiri. Namun semua itu dilalui oleh Amir bagi menciptakan kebahagiaan dalam diri.

"Begitu saya menyedari walaupun pelbagai nikmat dunia ini saya kuasai dan rasai namun kedamaian dalam hati ini langsung tidak ada. "Hati saya tidak pernah senang dan tenang. Sentiasa ada sahaja yang tidak kena, resah gelisah tidak menentu dan masih tercari-cari makna hidup yang sebenar dan apakah arah matlamat hidup ini sebenarnya," katanya.

Akhirnya kunjungan untuk mengadakan persembahan ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu memberikan jawapan kepada yang dicari selama ini.

"Hidup semewah mana pun tetapi jika tidak berpandu dan berasaskan kepada agama dan ajaran tuhan, semua itu tidak memberikan makna.

"Namun saya secara peribadi, mempercayai kewujudan dan menyerahkan diri kepada Allah memberikan saya seribu satu ketenangan kerana Dia memberikan saya inspirasi, hidup seseorang manusia itu adalah kerana dan untuk-Nya yang bakal memberikan kehidupan yang lebih abadi dan sempurna di akhirat kelak," jelas Amir.

Walaupun dia pernah mempercayai sepenuhnya ajaran Kristian namun ruang akalnya tidak mampu menerima terutama dalam kepercayaan trinity iaitu Nabi Isa itu sebagai anak Tuhan.

"Jika agama itu mempercayai Nabi Isa itu sebagai anak Tuhan, bererti Tuhan itu berkahwin bagi membolehkan 'isteri Tuhan' melahirkan anak, iaitu Nabi Isa.

"Tetapi mengapa di kalangan paderi-paderi itu sendiri menolak institusi perkahwinan dengan mengharamkan diri mereka untuk berkahwin. Jadi apa hinanya institusi itu sedangkan tuhan itu sendiri berkahwin?," katanya.

Walaupun Islam itu sendiri dimomokkan dengan pelbagai gelaran dan panggilan yang jahat dan tidak benar malah beliau sendiri pernah menaruh prejudis terhadap agama itu sebelum ini. Amir akhirnya mengakui bahawa Islam itu tidak sahaja sempurna malah begitu indah.

"Ajarannya cukup cantik, begitu mencintai kedamaian dan kehidupan yang adil dan sama rata untuk dinikmati oleh setiap golongan di muka bumi.

"Warna kulit bukan tiket untuk berlakunya pemisahan dan diskriminasi terhadap bangsa serta ia sama sekali tidak sebagaimana yang sering diperkatakan terutama mengaitkan agama itu dengan peperangan, keganasan dan pembunuhan.

"Malah pengebom berani mati pun sebenarnya tidak ada dalam ajaran agama itu," katanya.

Dalam temuramah dengan televisyen Al Jazeera pada Julai lalu, Amir tanpa ragu-ragu menyatakan hasratnya untuk melupakan dunia hiburan yang selama ini dikuasai, muzik rap!

"Saya tahu keputusan ini seperti membunuh diri saya sendiri kerana muzik itu sudah menjadi sebahagian besar dalam hidup saya selama ini.

"Saya tidak mampu melakukan perkara lain selain menghiburkan peminat menerusi lagu dan tarian rap ini.

"Tetapi sejak melakukan ibadat umrah di Mekah baru-baru ini, tanpa ragu lagi saya mengambil keputusan mendalami Islam bagi membolehkan saya beralih tugas yang lebih murni iaitu pendakwah," katanya.

Tugas pendakwah yang tidak mustahil dengan menjadikan muzik sebagai strategi dan metod terhadap kumpulan sasaran beliau kelak.

Namun seperti yang disebutkan, pengislaman Amir benar-benar mengejutkan dunia. Walaupun ada yang menganggap perkara itu bukan sesuatu yang luar biasa bagi seorang yang berkulit hitam dari Amerika.

"Kerana kecewa dalam hidup, individu bangsa Afrika Amerika akan lari kepada Islam, begitulah caranya mereka meneruskan hidup," antara kata-kata yang sering dilemparkan kepada golongan kulit hitam di Barat.

Malah ada yang menuduh tindakan Amir itu semata-mata kerana popularitinya kian merosot dan dengan memeluk Islam akan melonjakkan kembali namanya ke persada hiburan dan terus di puja peminat.

Tidak kurang juga sebagai satu cara kepada Amir untuk mendapat kewangan atau wang ringgit dari kalangan kaum kerabat diraja Arab bagi membolehkan beliau terus hidup dalam kemewahan.

Amir juga dilemparkan dengan gelaran baru; 'Black Osama Bin Laden'? Namun semua itu tidak diendahkan oleh Amir.

credit: CT ANIZA KAMSARI

Thursday, October 8, 2009

Bencana Alam atau Kemurkaan Illahi

credit to: Utusan Malaysia

Kampung tertimbus jadi kubur besar

PADANG 7 Okt. - Gabenor Sumatera Barat, Gamawan Fauzi hari ini berkata, kampungkampung yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh berpunca daripada gempa bumi kuat pada minggu lepas mungkin diisytiharkan sebagai kubur besar.

Sehingga 400 orang dipercayai tertanam hidup-hidup apabila lereng-lereng bukit runtuh berikutan gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter pada Rabu lalu.

Angka kematian rasmi akibat gempa bumi Rabu lalu, masih 704 orang tetapi Palang Merah percaya angka terakhir akan melebihi 3,000 kerana ratusan mayat masih terperangkap di bawah runtuhan.

Empat kampung berdekatan di daerah Padang Pariaman ditelan bumi dalam kejadian tersebut.

Menurut Gamawan, kebanyakan mayat mangsa mungkin tidak akan ditemui atau berada dalam keadaan begitu reput sehingga lebih baik untuk membiarkannya dalam keadaan tertimbus.

"Jika selepas sekian banyak hari berlalu mayat itu sudah reput, jika kita menggali tanah, lengannya tertanggal dan kakinya tercabut, itu tidak baik.

"Jika penduduk kampung bersetuju, dari sudut agama adalah tidak mengapa jika mayat tidak dikebumikan semula. Jadi kawasan itu akan diisytiharkan sebagai kubur besar," kata Gamawan kepada wartawan di ibu kota wilayah, Padang.

Sementara itu, agensi-agensi bantuan mengejar masa untuk menghantar bantuan ke kampung-kampung di kawasan pedalaman yang masih terputus hubungan seminggu selepas bencana tersebut.

Kira-kira setengah juta penduduk dipercayai hilang tempat tinggal, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Palang Merah berasaskan angka rasmi rumah musnah iaitu kira-kira 100,000 buah.

Penyelaras bantuan kemanusiaan PBB, Rachel Lavy berkata, tidak ada kekurangan bekalan bantuan dan banyak lagi yang akan sampai dengan kapal-kapal perang Amerika Syarikat (AS) yang dijadual tiba di perairan Sumatera lusa.

Sebuah hospital sementara tentera AS dengan kemampuan untuk merawat 400 orang telah didirikan di tengah Padang dan dijadual mula menerima pesakit hari ini.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Indonesia, Priyadi Kardono berkata, helikopter telah melakukan enam pengguguran bantuan di kampung-kampung terpencil semalam dan lebih banyak penerbangan dijadualkan hari ini.

"Bekalan bantuan mencukupi tetapi kami tetap mengalu-alukan bantuan lagi. Kami mempunyai cukup khemah dan kira-kira 19,000 tan beras yang boleh menampung keperluan selama empat bulan," katanya.

Menurut Lavy, cabaran terbesar ialah pengagihan bantuan terutamanya di kawasan pergunungan.

"Agensi masih melaporkan kawasan di sana sini di mana penduduk mengadu mereka belum menerima sebarang bantuan," katanya.

Tidak ada tanda-tanda wabak penyakit sekalipun bekalan air minum kekurangan dan ratusan mayat reput masih tertimbus di bawah runtuhan.

Pihak berkuasa menyemburkan bahan pembasmi kuman ke atas runtuhan bangunan yang diketahui terdapat mayat terperangkap.

Gamawan menafikan ada kawasan yang belum menerima bantuan dan menyalahkan pihak berkuasa tempatan sebagai punca kelewatan.

"Di mana pengagihan bantuan tersekat? Jika tersekat, kemungkinan (ia berlaku) antara pihak berkuasa daerah dengan penduduk.

"Bayangkanlah, jika 100,000 rumah runtuh, itu bermakna 500,000 orang hilang tempat tinggal. Jika ada enam atau 10 orang yang tidak berpuas hati, janganlah menjadikannya tajuk berita," kata beliau.

Gabenor itu berkata, pihaknya menjaga kebajikan 500,000 penduduk dalam masa sangat singkat. - AFP

Selepas Ketsana, ribut Parma pula memukul Filipina

MANILA 7 Okt. - Ribut tropika Parma membawa lebih banyak hujan dan kesulitan ke kawasan-kawasan banjir di utara Filipina hari ini, tatkala ia berlegar-legar di perairan tersebut tiga hari berturut-turut.

Sementara ia dilihat semakin lemah, Parma kekal bergerak kira-kira 60 kilometer dari kawasan pantai barat laut pulau utama Luzon, kata pegawai cuaca.

Kerajaan telah memberi amaran kepada para penduduk di rantau itu supaya berwaspada dengan bencana tanah runtuh dan lebih banyak banjir besar.

Parma memukul utara Luzon pada Sabtu lalu, sekali gus menyebabkan banjir yang turut menenggelamkan kawasan ladang termasuk meragut 16 nyawa.

Ia melanda tepat seminggu selepas ribut tropika Ketsana membawa banjir besar di selatan Luzon di Manila dan kawasan sekitar di ibu negara, menyebabkan empat juta penduduk terjejas dan mengorbankan sekurang-kurangnya 295 orang.

Banyak kawasan di Manila termasuk di wilayah utara masih mengalami banjir, memaksa segelintir mangsa yang terselamat mengharungi air pada paras leher untuk mendapatkan bantuan barangan keperluan dan lain-lain bagi meneruskan hidup di rumah yang separuh tenggelam.

Dengan lebih banyak hujan dijangka turun di Filipina, agensi bantuan berkata, mereka kini sedang meningkatkan operasi bantuan.

"Rata-rata mereka yang memerlukan tinggal di kawasan yang masih sukar dimasuki berikutan banjir yang berlaku," kata pengarah Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) negara, Stephen Anderson dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, agensi tersebut telah menggunakan bot dan helikopter untuk menghantar makanan, manakala tentera Amerika Syarikat (AS) juga telah menghantar aset-aset udaranya dalam usaha menyalurkan bantuan.

PBB telah mengeluarkan rayuan bagi mengumpul dana bantuan kecemasan sebanyak AS$74 juta (RM266 juta) untuk disumbangkan kepada negara yang terjejas.

Presiden AS, Barack Obama turut menyampaikan ucapan takziah kepada Filipina Selasa lalu dan berkata, kerajaannya telah menyediakan sebanyak AS$1.8 juta (RM6.5 juta) untuk rakan sekutunya di Asia Tenggara bagi membantu menangani bencana banjir tersebut. - AFP

Jepun dilanda Taufan Melor

TOKYO 7 Okt. - Hujan lebat dan angin kuat yang melanda barat daya Jepun dan muncul hari ini sebagai Taufan Melor yang sangat kuat telah memutuskan bekalan elektrik kepada lebih 10,000 buah rumah serta menerbangkan bumbung-bumbung, menurut pegawai agensi ramalan cuaca.

Ribut ganas itu merupakan taufan pertama yang muncul di Jepun sejak tahun 2007, agensi cuaca memberi amaran.

Taufan Melor dengan kelajuan sehingga 216 kilometer per jam bergerak ke timur Pulau Amami-Oshima di selatan Jepun awal hari ini dan dijangka menghala ke pulau utama Honshu esok.

"Hujan lebat dan angin kuat dijangka melanda kepulauan itu, malah ia turut dijangka akan mengganas," ujarnya.

Sejumlah 10,100 buah keluarga terputus bekalan elektrik awal hari ini di Amami-Oshima dan di pulau-pulau kecil di kawasan lain, menurut syarikat tenaga elektrik tempatan.

"Kami telah menasihatkan orang ramai yang merancang untuk berpindah supaya berbuat demikian ketika waktu siang sebelum angin menjadi lebih kuat," kata pegawai pengurusan bencana tempatan, Koki Ishino.

Para pegawai telah menasihatkan penduduk supaya meletakkan penghalang pada setiap tingkap, memenuhkan kolam mandi dengan air sekiranya terputus bekalan dan mengumpulkan barangan keperluan harian jika perlu berpindah.

Ribut dengan angin sekuat 162 kilometer per jam berhampiran pusatnya itu dikhuatiri akan menurunkan hujan lebat sebanyak 500 milimeter padu di barat daya Jepun dalam tempoh 24 jam menjelang esok, menurut agensi cuaca itu.

Melor mungkin akan muncul di barat Honshu esok dan mengganas di gugusan kepulauan itu menyamai taufan yang pernah melanda pada tahun 1959 yang mengorbankan beriburibu nyawa. - AFP

Lebih 300 maut banjir di India

BURDIPADU 7 Okt. - Angka kematian akibat banjir terburuk di selatan India dalam tempoh berpuluh-puluh tahun meningkat kepada lebih 300 orang hari ini, sementara ratusan ribu lagi mangsa belum mendapat bantuan.

Sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk terpaksa berpindah di negeri Karnataka, Maharashtra dan Andhra Pradesh berikutan hujan lebat selama berhari-hari.

Di Karnataka sahaja, lebih 200 orang terkorban, kata setiausaha agensi pemantauan bencana di negeri itu, H.V. Parashwanath.

Beliau menganggarkan 200,000 hingga 300,000 penduduk di kampung-kampung yang dilanda banjir belum menerima bantuan.

Pihak berkuasa melaporkan, lebih setengah juta mangsa berlindung di kem-kem bantuan di Andhra Pradesh, manakala 650,000 lagi ditempatkan di pusat perlindungan sementara di Karnataka.

Penduduk yang berlindung di atas beranda dan bumbung rumah mengadu bantuan makanan dan lainnya lambat sampai kepada mereka. - AFP


***Sebelum nieh bumi Tonga juga di landa Tsunami***
*** Apakah ini di katakan bencana Alam mengikut cara saintifik atau hukum Illahi yang Maha Mengetahui***
*** Renung- renungkan....***


Wednesday, October 7, 2009

Hafiz - rasa tersisih ( Majalah Hai)

Belum sampai setahun bergelar juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Mohd Hafiz Mohd Suip semakin menyepi. Namanya kurang di sebut, malahan populariti rakan-rakannya yang lain pula mengatasinya.

Hafiz juga tidak tersenarai sebagai pelakon utama menjayakan drama muzikal Kau dan Aku, hasil kolaborasi produksi Malaysia dan Indonesia. Sedangkan pada masa yang sama dua rakannya, Aril dan Akim terlibat dalam penggambaraan drama tersebut.

Bertanyakan perkara itu, penyanyi remaja yang juga ikon anak muda dari Sarawak ini tidak merasakan dirinya tersisih. "Sebenarnya perkara ini sudah pun dirancang semasa dalam AF7 lagi. Pihak produksi memang sudah memilih Aril dan Akim untuk menyertai drama muzikal itu. "Mungkin pihak produksi dan pengurusan ada perancangan sendiri. Mungkin mereka mahu Aril dan Akim ke Indonesia, dan saya pula perlu memenuhi jadual di Malaysia."

"Walau bagaimanapn, saya ada terlibat sedikit dalam drama itu, tapi sekadar cameo saja. Memanglah saya juara tapi tidak bermakna setiap aktiviti seni produk AF perlu ada saya. Saya pun tidak cemburu dengan mereka. Itu rezeki mereka. Mungkin rezeki saya di ruang yang lain. Walaupun ada yang menganggap nama saya sedikit tenggelam, tetapi pihak pengurusan sebenarnya sedang merangka beberapa aktiviti seni saya, " jelas Hafiz.

Cuba berlakon.
Mahu bergelar anak seni sejati, Hafiz tidak menghadkan pada aktiviti nyanyian semata-mata. Walau pun terasa janggal pada awalnya, Hafiz mengakui semakin meminati dunia lakonan. "Sejak berada dalam AF7, saya bertekad untuk menceburi semua cabang seni. Saya mahu menjadi seorang artis yang serba boleh, bukan sekadar boleh menyanyi malah saya mahu jadi penghibur yang baik. Mula-mula berlakon memang susah. Tapi apabila bekerjasama dengan kawan-kawan dan pihak produksi yang baik, maka perkara yang susah menjadi senang. Saya juga mengharapkan maklum balas daripada peminat mengenai lakonan pertama saya itu," Ujar Hafiz yang akan muncul dengan lagu single kedua berjudul Noktah Cinta.

Terlalu sayang.

Berpegang pada prinsip, 'tanpa peminat siapalah dirinya,' penyanyi remaja ini tidak akan pernah melupai jasa para peminatnya. "Saya terlalu sayang pada semua peminat kerana merekalah yang memberi rezeki pada saya. Peminat sangat penting dalam kerjaya saya. Sejak dalam AF7, merekalah yang paling banyak menaikkan saya sehingga menjadi juara. Pada saya, melayan peminat bukan sekadar mendengarkan mereka dengan lagu-lagu terbaru sahaja, mereka juga perlu di ajak berbual dan di layan mesra. Saya tak kisah penat, asalkan mereka gembira. Sebab itu kami di Hafiz Frenz Club sering menganjurkan aktiviti bersama peminat kerana pada saya mereka adalah nadi dalam kerjaya saya," terang Hafiz yang menyambung pelajarannya pada awal tahun depan.


credit: Wahida photo: Hafiz Khosmat

Tuesday, October 6, 2009

Jin Notti makan di Johnny dan lepak di Bowling Centre, Summit USJ

Salam....

Xtvt bersambung pada keesokan harinya sebab malam sabtu tak berkesempatan nak nonton wayang. Anyway kali nieh nak uat mcm story board @ diari jew la...dah kehabisan idea nak nulih.

Waktu Seantero --->>> Ahad (04/10/2009) lepas waktu keje angah half day.....

2.45pm - dan sampai Summit USJ. Ronda-ronda, survey-survey lastly colling lizz & lebb pasal nak booking tiket wayang Jin Notti for standby....


3.15pm - lebb sampai, katanya jam sebab keterlanjuran masuk exit jalan yang blom pnah dia susur.. pengalaman baru buatnya. lebb ajak ke johnny sementara nunggu lizz & lan. mulanya hanya nak minum-minum jew.


3.20pm - lizz & lan sampai..dari nak minum2 truih makan2 steamboat.....nyum nyum nyum...sedapnyer....sehingga menjilat ke siku.

4.20pm - bergerak dari johnny ke pawagam berhampiaran (memang satu tempat pon...). masuk tepat sekali truih start... sms lizz x payah beli air sbb citer dah mula pon.

6.00pm - citer habis...ronda-ronda carik port baik punyer. lastly, port kat bowling centre tempat lan pnah keje suatu ketika dahulu.....minum-minum, borak-borak, gossip-gossip & posing..wajib tu untuk KGSM.

8.35pm - waktu balik ..lebb nak bawa maknyer sopping kat tesco kajang manakala lizz nak anto lan ke HARD ROCK CAFE , awie perform kat sana (kalo senin tak koje...teman join jew).

bihkurang dalam kol 9pm , angah dah sampai klang....
hujung minggu yang paling best santai menyantai...