Saturday, May 29, 2010

Gelombang Biru @ Blue Wave

Salam......

Angah nak share a few pics taken semasa malam final AF8 dan juga malam2 Debaran sebelum malam final especially bersama Gelombang Biru @ Blue Wave iaiut Shahir FC. Dari pagi merka dah bukak booth utk jualan merchandise seperti :- Tsert, Gelang Getah, Note Book, Album Kompilasi Af8, Payung, Mug dan berbagai lagi utk memeriahkan suasana lantai final AF8. Angah masih keje tetapi sempat join merka jam 3pm. Memang kehangatan terasa [sebab nya panas...hehehe], bahang cukup tempias di sana- sini meriah berbagai2 acara termasuk sempat make-ober dgn maybelline lagi.

Gempak Selebriti Astro Rockabola lagi, Booth Innershine, Booth Modenas ... mcm2 ada =)). Lewat petang kehadiran rombongan bas dari Perak yang menyokong Shahir turut hadir sama maka itu bertambah gamatlah booth Shahir. Tak cukup kakitangan... pinjam tangan & kaki orang lagik..hehehe. Memang happenning sampai pening !!!

Anyway, jam 7.40pm geng flashmob dance di panggil utk berada di depan pintu masuk Stadium Putra. Seramai 28orang setiap fan club wajib berada di sana utk diberikan tempat dan juga taklimat yang akhir sebelum bermulanya konsert final af8. [tak penah2 teman join ke konsert final tetiba truih jadi flashmob dance [agaknyer mop lantai kot ... wahhh!!]. The best things is we're really enjoy the moment together gather... Wallawey!!!

Sunday, May 23, 2010

Shahir Che Ahmad Hoi Hoi Hoi - Juara AF8


Salam
Berakhirlah sudah konsert malam tadi utk episode tahunan Akademi Fantasia ke-8. Malah dengan tercipta Sejarah pelajar AF Masuk telah dinobatkan sebagai Juara AF8. Isu layak @ tidak , bukan relevan buat masa ini sbb kdg2 yang jadi Juara pun boleh hilang pada bila2 masa... so sekarang sudah tiba titik permulaan buat Shahir berjuang dlm bidang industri seni ini. Go Shahir @ Che Ahmad...=)) dengan undian 43.19% ANDALAH SEJARAH DALAM AKADEMI FANTASIA.

Kebahagiaan dalam Perpisahan


Biru Mata Hitamku


Keputusan Juara Akademi Fantasia ke- 8


Juara AF8: Shahir Tepati Ramalan!

KUALA LUMPUR, 22 MEI 2010: Seperti yang diramalkan ramai pihak sebelum ini, Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, 21, telah dumumkan sebagai juara pada konsert akhir Akademi Fantasia Musim 8 (AF8) yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Dengan persembahan meyakinkan, Shahir memecah rekod sebagai pelajar pertama menjadi juara setelah di AFMASUK pada minggu kelapan lalu selain turut menjadi pelajar pertama dari Perak menjuarai Akademi Fantasia.

Shahir yang menyampaikan lagu baru, Kebahagiaan Dalam Perpisahan ciptaan sepenuhnya Edry KRU dan Biru Mata Hitamku nyanyian asal kumpulan Wings telah mendapat tepukan yang sungguh bergemuruh dari ribuan penonton yang memenuhi Stadium Putra.

Sebagai juara, Shahir telah membawa pulang hadiah lumayan yang bernilai lebih RM 250, 000 iaitu sebuah kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, Percutian Hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND'S InnerShine untuk dinikmati 1 tahun tajaan Cerebos, 2 tiket perlancongan ke New York tajaan Maybelline New York, Set Karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG dan trofi Juara Akademi Fantasia.

Sementara pesaing utama Shahir, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 19, memenangi tempat kedua dan menerima hadiah sebuah kereta Satria Neo 1.6 CPS HL tajaan Proton, voucer percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Aiar Purifier, percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Naib Juara Akademi Fantasia.

Daus atau Muhd Shahril Firdaus Eli, 22, mencipta kejutan apabila memenangi tempat ketiga dan membawa pulang set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucer percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita Hugo Boss, Coway Air Purifier, Percutian 3h/2m di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG, trofi Akademi Fantasia. Daus menyampaikan lagu baru Kenapa? dan Doktor Pakar Cinta dari Yusri KRU.

Maulana atau Muhd Firdaus Maulana Mohamed, 22, yang turut disebut-sebut pesaing utama Shahir dan Adira sekadar menduduki tempat keempat. Maulana menyampaikan lagu baru RSVP dan Susun Silang Kata dari Aizat. Tempat kelima pula menjadi Iwan atau Emirza Azwan Zulazrin Chew, 20, yang menyampaikan lagu baru, VIP dan Relaku Pujuk dari Spider.

Konsert yang dibawakan oleh penaja utama, Cerebos dan penaja bersama Maybelline dan Modenas itu berlangsung selama 3 jam dan dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta turut disiarkan buat pertama kalinya dalam siaran HD di saluran 124. Ia turut menampilkan kemunculan istimewa dari Sham Kamikaze, Tam Spider, Lisdawati, Jeff Tilu dan Sharifah Ariana untuk membantu mereka membuat persembahan.

Bekas pelajar AF8 yang tersingkir iaitu Shah, Ema, Anum, Alif, Nad, Farina dan Ain turut muncul dengan lagu Standing in The Eyes of The World, Generasiku dalam bentuk medley.

AFMASUK Bawa Tuah Kepada Shahir

KUALA LUMPUR, 23 MEI 2010: Tuah AFMASUK Ahmad Shahir Zawawi atau dikenali sebagai Shahir tidak sia-sia apabila dia dimumkan sebagai Juara Akademi Fantasia 8 malam semalam dengan undian sebanyak 43.1% sekaligus memecah rekod pelajar-pelajar AFMASUK sebelum ini seperti Linda AF2, Lotter AF4 dan Aril AF7 yang hanya memenangi tempat kedua sahaja.

Shahir yang ditemui selepas diumumkan juara AF8 malam tadi melahirkan kesyukuran sekaligus rasa terkejutnya saat diumumkan sebagai juara.

"Syukur Alhamdulilah diatas kejayaan ini dan saya tak nafikan AFMASUK banyak membantu dan member peluang untuk berada di konsert akhir ini dan tak sangka boleh menang.

"Saya masih terkejut dengan keputusan ini kerana bagi saya rakan-rakan saya yang beraksi pada malam ini cukup hebat dan saya menganggap semua pun juara, tetapi mungkin tuhan sudah tentukan rezeki saya pada malam ini untuk menang.

Manakala pengetua AF8, Norman Abdul Halim mempunyai pendapat tersendiri mengenai kejayaan yang ditempa oleh pelajar kegemarannya itu selepas dinobatkan sebagai juara.

"Bila tengok Shahir, vokal dan rupa ada sama seperti finalis lain, namun mungkin cara ketimuran Shahir yang sopan santun dan pemalu itu dinilai oleh pengundi-pengundi di luar sana yang rata-rata dikalangan makcik-makcik dan luar bandar.

"Mujur saya memohon kepada pihak AESB untuk mengadakan AFMASUK yang bukan hanya kerana Shahir malah 2 pelajar AF8 lain yang sudah terkeluar sebelum sempat mereka menonjolkan bakat terpendem mereka seperti Anum dan Alif", ujar Norman.

Shahir yang menyampaikan dua buah lagu, satu dari singlenya iaitu Kebahagiaan Dalam Perpisahan dan Biru Matam Hitamku itu memenangi sebuah kereta Peugot 207 itu walaubagaimanpun memberitahu media mungkin akan memandu kereta 207 untuk kegunaan dia sendiri.

"Saya tak merancang apa lagi untuk kereta itu, tetapi rasanya saya akan menggunakan kereta itu untuk memudahkan kerja saya untuk ke mana-mana kelak.

Walaupun sebelum ini orang tahu Shahir bekas penyanyi nasyid Saujana dari tahun 2006 hingga 2008 namun Shahir tidak mahu dia kenali seorang yang mahu muzik bergenre nasyid sahaja kerana minatnya juga dalam genre rock.

"Bagi saya menyanyi nasyid atau tidak tapi yang penting saya mesej yang saya mahu sampaikan itu diterima dan difahami oleh segenap masyarakat seperti contoh terdekat Ramli Sarip yang menjadi idola saya kerana belaiu membawakan muzik dan lagu rock sambil menyampaikan mesej-mesej yang berguna kepada manusia", jawab Shahir.

credit: murai online


KUALA LUMPUR: Peserta pilihan Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir dinobatkan sebagai juara pada konsert akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, Shahir, 22, membawa pulang kereta Peugeot 207 tajaan Nasim Sdn Bhd, percutian hebat ke Hong Kong Disneyland dan bekalan BRAND's Innershine selama setahun tajaan Cerebos, dua tiket pelancongan ke New York tajaan Maybelline New York dan set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo.

Dia turut memperolehi jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan AD Time, Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi juara Akademi Fantasia.

Peserta yang berasal dari Kampar, Perak ini pernah tersingkir pada Debaran AF8 minggu ketujuh tetapi diundi masuk ke akademi menerusi AFundi Masuk pada minggu berikutnya.

Semalam, Shahir mendapat peratusan undian tertinggi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) iaitu 43.19 peratus.

Ini diikuti Adira dengan meraih 25.13 peratus, Daus (12.47 peratus), Maulana (10.2 peratus) dan Iwan (9.01 peratus).

Dalam persembahan akhir itu, Shahir membawakan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Biru Mata Hitamku (Wings) sehingga menambat hati para penonton untuk mengundinya.

Stadium gamat dengan sorakan, siulan dan tepukan gemuruh para penonton. Terdapat penyokong yang tidak segan silu berdansa mengikut rentak lagu penyanyi bersuara jantan ini.

Tanda-tanda Shahir dinobatkan sebagai juara sudah kelihatan ketika itu. Ini kerana sorakan penonton tetap berterusan walaupun pengkritik tetap, Aznil Nawawi dan Adlin Aman Ramlie serta pengkritik undangan, Ning Baizura sedang memberikan komen.

Pada sidang akhbar sejurus persembahan berakhir, Shahir memberitahu, kemenangan itu adalah di luar dugaannya.

"Sejujurnya dia tidak menjangkakan akan diumumkan menjadi juara. Saya sebenarnya berasa bersalah kerana di atas pentas, saya tidak sempat atau bersedia langsung dari segi ucapan.

"Dan saya hampir terlupa mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang sebenarnya berada di belakang saya memberikan tunjuk ajar. Tanpa mereka,saya rasa kami 12 peserta AF8 tidak akan berada di kedudukan kami hari ini," katanya dengan penuh rendah diri.

Peserta bersuara jantan itu turut berterima kasih kepada para pengundi yang memberi peluang kedua kepadanya untuk terus bersaing di AF8 sekali gus menjadi juara.

"Saya rasa mungkin AF Masuk sedikit sebanyak memberi tuah kepada saya dan saya ucapkan terima kasih banyak kepada pengundi yang percaya dan tak putus mengundi saya," ujar Shahir.

Mengenai pendapat Adlin bahawa persembahan Adira itulah adalah persembahan juara semasa konsert berlangsung, Shahir menyifatkan persembahan keempat-empat rakan seperjuangannya selayak-layaknya berupa persembahan seorang juara.

"Bagi saya, keempat-empat rakan saya pun memberikan persembahan seorang juara. Mungkin tuah dan rezeki saya pada malam ini," katanya yang masih tidak tahu bagaimana untuk menguruskan hadiah-hadiahnya.

Sementara itu, Adira yang menjadi naib juara AF8 memperolehi kereta Satria Neo 1.6 CPS tajaan Proton, voucher percutian tajaan Maybelline New York, set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time.

Dia turut membawa pulang Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway, percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Naib Juara Akademi Fantasia.

Satu-satunya finalis wanita dalam AF8 ini mendendangkan lagu Ku Ada Kamu (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Tiru Macam Saya (Sheila Majid).

Sebagai pemenang tempat ketiga, Daus meraih set karaoke Arezzo Hoffman tajaan Arezzo, voucher percutian tajaan Maybelline New York, jam tangan lelaki dan wanita jenis Hugo Boss tajaan HD Time, Coway Air Purifier - Lombok tajaan Coway.

Selain itu, dia juga memenangi percutian tiga hari dan dua malam di D-CEO Village @ D'Paradise Resort, Melaka tajaan D'Paradise, telefon mudah alih LG Prada tajaan LG Electronics dan trofi Akademi Fantasia.

Daus yang berasal dari Kuching, Sarawak melantunkan lagu Kenapa? (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Doktor Pakar Cinta (Yusry).

Bagi Maulana dan Iwan pula, mereka mendapat hadiah sagu hati berupa beg Kipling Luggage tajaan Kipling dan trofi Akademi Fantasia.

Maulana menyanyikan lagu RSVP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) serta Susun Silang Kata (Aizat)

Manakala Iwan menghiburkan penonton dengan lagu VIP (komposer dan lirik oleh Edry KRU) dan Relaku Pujuk (Spider).

credit: mstar online


Kompilasi / Medley Lagu-lagu Shahir di Akademi Fantasia - 8

Antara menjulang kegemilangan anak kelahiran Kampar , Perak.

AF8 - Single Shahir


Wednesday, May 19, 2010

Kebahagiaan Dalam Perpisahan - Single terbaru Shahir


Salam....

Promo...promo...single terbaru Shahir. Adakah beliau akan di angkat sebagai JUARA AF8, karisma dan aura beliau setiap kali berdiri di pentas persembahan. Hopefully he win this year AF.

Lirik : Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Tak perlu ucapkan sepatah kata
kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada keserasian di jiwa
mungkin manisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi
betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan menjadi perbalahan
manakah agaknya cinta suci?

Embun pun tak mampu
menyubur sekuntum bunga
yang layu pada musim luruh

yang dulunya mekar di sinar suria
Hilang sudah kering pasti akan gugur
terbukti cinta kita yang jelas ternyata
semakin lama oh semakin regang
Menimbulkan tanya apa mungkin kita?
temu kebahagiaan dalam perpisahan

Setitis air mata kau tangiskan
sudah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
tapi hanya berdiam
kerna cuba menafi realiti

Embun pun tak mampu
menyubur sekuntum ,
bunga yang layu pada musim luruh

yang dulunya mekar di sinar suria
Hilang sudah kering pasti akan gugur
terbukti cinta kita yang jelas ternyata
semakin lama oh semakin regang
Menimbulkan tanya apa mungkin kita?
temu kebahagiaan dalam perpisahan

Kebahagiaan ....ahhhh...dalam perpisahan..

cukup sedih...emo..emo...sesiapa yang frust berchenta eloklah dengar lagu nie. Gerenti ada yang mengguling2 atas katil @ menetes ayormatenyer...}


Disebalik Rakaman lagu single - Kebahagiaan dalam Perpisahan


Animasi Lagu Kebahagiaan dalam perpisahan


Adengan Lakonan Kelas cikgu Que


Gambar-gambar Shahir sekitar Konsert ke-9 AF8
MOH AFUNDI PUKAL BERAMAI-RAMAI
AFUNDI10 SHAHIR


credit: mstar online & shahir fc

Sunday, May 16, 2010

Konsert AF8 ke- 9 - Shahir Tak Mungkin Berpaling & Tamally Ma'ak

Salam.....

Saja jew nak preview konsert af8 ke-9 tika Shahir perform lagu Tak Mungkin Berpaling & Tamally Maak... [sekali pandang bila dak nieh lontar suara tinggi mcm ala2 Jamal Abdillah pulak]...



Angah, liza, anis & tun turut memeriahkan konsert kali nieh. Moral support for whom that deserves to win this year ====>>> SHAHIR... IDOP PERAKKK!!! Wahhh!!!!

Single terbaru : Kebahagiaan dalam Perpisahan

Friday, May 14, 2010

Konsert Mingguan - Shahir

Salam.....
Khas utk peminat-peminat @ peyokong-penyokong Shahir @ Che Mad hoi..hoi..hoi... =))

Konsert Tirai - Andalusia


Konsert Minggu 1 - Khatima Cinta


Konsert Minggu 2 - Jangan Nakal


Konsert Minggu 3 - Derita Cinta


Konsert Minggu 4 - Always b My Baby


Konsert Minggu 5 - Anggapanmu


Konsert Minggu 6 - Kau Yan SATU


Konsert Minggu 6 - Tiara


UNDILAH : AFUNDI10 SHAHIR sms 32999

LAGU MINGGU KE-9
TAK MUNGKIN BERPALING [versi Mawi feat Zamani]


TAMALLY MA'AK - Amir Diab

Thursday, May 13, 2010

TSUNAMI AF8 - SHAHIR

Salam.....

Tsunami?? Tsunami!!!
Yesszaa.....sesuatu melanda yang pada awalnya akademi fantasia @ af8 tidak kelihatan atau terasa aura. Tetapi ternyata kenyataan itu adalah salah [termasuk angah pon mcm tak terasa aura]. Bagi angahlah... sehinggalah Shahir menyanyikan lagu Anggapanmu [ZZ]. Wahh!!! Ternyata percubaan berani mati 'menjadi'... anyway angah tetap undi dari konsert pertama sebab sokong Anak Perak...hehehhe =)) anyway masih jadi silent voters sehinggalah beliau di singkirkan pada konsert ke-7. Ingatkan anis lebb bergurau jew dgn angah -> si Shahir ni kuar sbb pada minggu ke-7 sebab kami tak tgk debaran [terlampau konpiden kannn]... rope2nyer dah menjadi tsunami di fb dikalangan peminat fanatik Shahir.

Apa lagi... maka bermulalah pelancaran gerak gempur untuk afundi masuk pelajar-pelajar yang terkeluar. For the 1st time, konsert ke-8 sanggup angah & liza join Shahir fc utk bersama-sama menyaksikan konsert live utk mengetahui jika ada 'MAGIS' pada malam tersebut. Akhirnya... Sarimah & Jimmy mengumumkan AFUNDI MASUK dan keputusannya siapa yang layak pada malam DEBARAN keesokan malamnya.....


walo apa pon.... JOM BERAMAI-RAMAI AFUNDI10 SHAHIR sms 32999