Assalamualaikum & salam sejahtera untuk pembuka kata tirai tahun 2010. Tahun Baru telah pon melabuhkan tirainya... di sambut dgn meriah oleh Rakyat 1 Malaysia.
Walaupun tika gumbira menyambut kehadiran tahun 2010 namun tahun 2009 tidak akan di tinggalkan begitu sahaja. Kenangan memori suka, duka, tangis, gelak ketawa dan segalanya telah pun menjadi rempah ratus seharian kehidupan kita. Tatkala bersuka ria kadang kalanya boleh mendatangkan kemarahan, kemurungan dan akhirnya perbalahan. Sebagai manusia, kita hanya mampu menerima namun ada masanya harus memberi supaya tidak di pijak seperti sampah sarap. Biar pun riak di wajah mereka, kesabaran tetap di dalam jiwa angah. Biarlah mereka dan keluarga mereka menjadi dungu boneka antara satu dengan lain. Yang penting angah juga ada kehidupan sendiri, hormati lah kehidupan angah. Sampai bila mereka mahu berpura, menipu membohongi rakan-rakan dan manusia di sekeliling mereka dengan tutur kata semanis madu ropenya sepahit hempedu. Tuhan itu Maha Adil....biarlah mereka merengus dengan seribu kekesalan dengan kesilapan yang menghantui bayangan mereka sendiri.
Tahun 2010, angah cuba untuk lebih mantap dan majukan diri sendiri daripada menjadi 'kuda atau kambing hitam' antara dalang berpanggung wayangkan drama citarasa mereka. Masih ada keluarga yang sayangkan angah, kengkawan yang memahami dan sealiran yang tidak pentingkan kedudukan mahupun kewangan di poket ... hehehehe. Zaman sekarang setan duit lebih menakotkan dari setan sebenarnya..... 'Hantu Duit' lebih kejam dari 'Hantu Jembalang'.
Semoga 2010 memberi sejuta keceriaan, seribu kesihatan......dan tiada terbilangnya sembah sujud kepada Allah s.w.t kecintaan yang kekal abadi. Yang baik menjadi Teladan dan yang Buruk di jadikan Sempadan. Hanya pada-Nya mampu angah mengadu dan memberi ketenangan di dalam diri ini.... Bukan syurga dunia yang ingin ku kejar tetapi syurga abadi di dalam jiwa ini.....
SELAMAT TAHUN BARU 2010 - bersamaan 15 Muharram 1431H
Angah,
ReplyDeleteselamat tahun baru 2010
dh pun 2010 arini
InsyaAllah akan ketemu lg