Tuesday, September 28, 2010

Berbuka Puasa di Sana-sini... di mana ekkk????

Salam....

Bulan Ramadhan pon dah berlalu, begitu juga bulan Syawal yang semakin mengakhiri bilangan hari-harinya kini. Sekarang musim rumah terbuka pulak aihhhh!!! Dolu-dolu tak ada rumah terbuka orang datang jugak khennnn...ermmm... =P. Mcm2 lah..agaknya kalo rumah tak terbuka tak boleh terima kunjungan ke??? Hehehehehehhee........ Bagi angahlah, terbuka atau tidak yang penting sekali menjaga 'Persaudaraan' atau 'Silaturahim'.. kan gtew !!!!?????
Nieh... masa rumah terbuka baru nampak muka...itu pun ntah kenal atau tidak !!!!! Pastu.. hilang, ghaib ntah kemana-mana... baru btui setahun sekali jew musim raya .... kuang..kueng..kuong...

Anyway... kali nieh.. angah sajew nak tempelkan muka2 nieh tgh berbuka posa... tompang glam!!! wakakakakka...sabo jew la... =D

Iftar with Shahir di Sime Darby CC

Iftar with Adibah Noor di BTS

Iftar with Apiz di Restoran Cerana

Berbuka puasa dengan Geng tempat Kerja...
{sedap wehhh... di Restoran Sg Lang}
Berbuka puasa dengan KPS [Muara Ikan Bakar]

Bak kata orang tua-tua... "REZEKI JANGAN DI TOLAK".... =D

Thursday, September 23, 2010

SAKIT

SALAM.....

Dalam diam tak diam dah pong 15 Syawal 1431H, begitulah masa amat pantas lagi dan rasanya tiada siapa yang boleh mengejar masa lagi.


Ekceli bukan nak citer pasal masa pon... buang masa ajew kannn... so masa tetap masa ke semasa...hehehehhe.... Hampir 11 hari, angah menanggung kesakitan pada belakang badan sebelah kiri hinggalah ke kaki . Begitu juga dgn pinggang, nak duduk , nak tido, nak bangun, nak jalan dan rasanya mcm tersekat xtvt perjalanan harian kehidupan angah sebab kesakitannya tiada tertahan lagi. Pergi klinik dah.. kena injection dan juga di berikannya pil tahan sakit dan angin. Ini semua gara-gara balik ke Klang dari Teluk Intan perjalananku tersekat-sekat di sebabkan "JAM". Pastu , agaknya kesan eksiden tempohtahun dulu itu yang menyebabkan sakit belakang kembali. Masya'allah..... memang duga kesabaran ku di tahap gaban menetes di buatnyer...



Kalau berjalan rasanya, siput pon boleh kalahkan angah... memang terasa keberkesanan kelembapan untuk berjalan. Hingga sekarang nieh... ada kurang kalo makan ubat tahan sakit tetapi selepas beberapa jam... "SAKIT DATANG KEMBALI"... adoiiiiiii!!!!!



~~ luahan rasa angah ~~

,,,,,,,,,,,hu hu hu hu ..............

Wednesday, September 22, 2010

MAHER ZAIN LIVE IN MALAYSIA

SALAM....

The long awaited and much anticipated live performance of Maher Zain in Malaysia. Maher Zain LIVE in Shah Alam October 14TH & 15th 8:00 - 11:00 pm at the MBSA Auditorium.

Leading to the major event, Maher Zain will also be meeting his fans in several locations. These locations, dates and times will be announced soon.


Persembahan yang sekian lama dinantikan.

Raikan Maher Zain LIVE di Shah Alam: Oktober 14 ~ 15, 08:00 - 11:00 mlm di Auditorium MBSA.

Maher Zain juga akan mengadakan beberapa sesi pertemuan dengan peminat-peminat di beberapa lokasi. Lokasi-lokasi, tarikh dan masa akan diumumkan sebaik sahaja dipastikan.





CUCI THE MUSICAL - 2

Salam.....

Mengaktifkan blog teman sendiri...hehehehe... CTM-2, masih menyengat dan kelakor gler, ketawa terbahak-bahak dari mula sampai akhir penceritaan. Thumbs UP!!!! Hans Isaac, Awie, Afdlin Shauki, Nabil, Vanida, Jac, Reefa dan semua para pelakon CTM. Anda semua berjaya membuat kami melupakan kerisauan, stress dan segala gangguan mental.... =D

Especially, Adibah & geng turut nonton pada malam yang sama.... luv it!!!

XTVT sebelum Bulan Ramadan

Salam

Mungkin dengan kebizian utk menyambut bulan Ramadan adalah... sekelumit gambo yang tak sempat di "upload'kan... pastu raya la pulak khen. Dah 13 Syawal, selain antara kita nih bz dengan keje , agak-agaknya mesti ada yang bizi "mengira" umah terbuka Raya Aidilfitri...hehehehe....

Sekitar Rakaman Muzik-muzik [dalam simpanan Muzium Angah]


Bersama-sama Geng Peminat Shahir masa Rakaman Muzik-muzik ... Wallawey...!!!