Monday, November 29, 2010

Teater NATRAH 2 [27 November 2010]

Salam....

Sabtu lalu [27 November 2010], berkesempatan tgk teater Natrah 2 di Panggung Sari Istana Budaya. Kali nih, angah pergi menemani Mastura sebab yang lelain dah nonton pada malam Khamis yakni malam pertama 25 November 2010. Sabtu malam, ujung minggu memang ramai orang dan memenuhi setiap ruang di Istana Budaya. Sambutan memang happenning!!! Banyak juga antara adengan di tambahkan , pembukaan intro pon ada kelainan dari Natrah 1. Tapi yang nyata bila Ramai yang tepuk tangan dan memang nyata antara adengan yang menarik penonton di Istana Budaya Cikgu Mansor Adabi menari.... kalah Shah Rukh Khan tuh...=).Adengan yang menjadi tarikan penonton malam tersebut dan besar kemungkinan di malam2 yang berikut [kalo bley nak di "rewind-rewind" adengan Natrah menari dgn Cikgu Mansor).
Memang menarik tertarik dan GEDEBABOOMMMMMM!!!!. Malah babak yang terakhir yang mana Natrah dlm usia 70-an pon ada perubahan.

Sesiapa yang belum nonton / tengok teater Natrah 2, harus tengok jangan sesekali ketinggalan.
Sebuah naskah yang menarik dan selesa untuk tontonan keluarga =).


Sunday, November 28, 2010

Hepi Tyme * 23rd November 2010*


Salam.... Dah lama tak kuar bersama-sama dengan lan,lebb and lizz. Tetiba lak lan dapat free tix tgk Avatar 3D New Edition kat ImaX GSC BtS lak tuh.... Pehhh!!! Letey nieh dari klang , keje lak tuh...sib baik tayangan kol 10pm. Harusss pegi.... join lebb anis dari kajang baru ke BTS.. Pehh!! Ada ahli baru dlm latihan anak sdara anis..Zirah & ehemmm..ehemmm lebb. Tak lama lagik la rasa nasi minyak lebb anis...=))
HAPPY HOUR!!!!!!!

credit to: Anis Lebb
tenkiu...=)

Saturday, November 27, 2010

Kenapa Arak Memabukkan????


Salam....

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Al-Maidah : 90)

Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan Negara ke-10 terbesar dalam pengambilan arak di dunia? Malah, pada tahun 1996 (iaitu lebih sepuluh tahun yang lalu), cukai penjualan arak sahaja mencecah sekurang-kurangnya RM 817 juta. Menurut majalah The Globe Magazine, Syarikat Carlsberg AS of Denmark telah memahkotakan Malaysia sebagai "very important and attractive market" dengan melabur sebanyak US$ 20 juta bagi menghasilkan sekurang-kurangnya 125 juta liter arak setahun.

Mari kita tinjau makhluk ciptaan Allah yang tak berdosa ini ketika kehidupannya di peringkat zarah. Arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon, hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol.

Maha Suci Allah, manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama?

Kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza. Selain itu, manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen dan hidrogen) dan semestinya, manusia mempunyai ruh yang tak dapat diterangkan dengan huruf-huruf.

Arak yang berada di pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza, mengapa ya? Pertama, bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan. Kebiasaannya, semakin lama arak tersebut diperam, semakin melambung harganya.

Beer, Winw, Champagne, Vodka, Whiskey

Keduanya, bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. Secara puratanya, beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol.

Perbuatan minum arak secara "tipu-tipu" dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan. Apatah lagi meminumya.

Hal ini kerana, saat pertama alkohol diserap masuk ke dalam badan adalah ketika titisan cecair laknat tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku.....dan gulp.

Apabila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tidak, ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus. Permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan.

Molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang "melarut". Sekiranya terdapat anugerah "Paling Terlarut" antara unsur-unsur di bumi, pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air.

Bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan berhijrah bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan.

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu.."Pemisah Darah dari Otak", atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB).

Arak, Jus Anggur dan Tapai

Hal ini merupakan fakta yang sangat penting. Kebolehan alkohol merentasi BBB memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain. Contohnya, jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama , tidak termasuk dalam kategori "boleh merentasi Blood Brain Barrier", seterusnya halal dimakan.

Mengapa demikian? Kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi BBB mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla. Kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil "mabuk".

credit to:

Ilmi Nadhrah merupakan seorang pelajar perubatan di Jordan University of Science and Technology (JUST). Beliau juga merupakan salah seorang editor di iluvislam.com

Semi finalis Akhir Muzik 25 [22 November 2010]

Salam....
Semua yang bertanding memang mantap sekali & sukar meramalkan siapa yang berhak memasuk Anugerah Juara Lagu pada 9 Januari 2011. Walo apa pon, juri profesional yang paling layak memilih lagu-lagu yang terbaik utk di pertandingkan pada Anugerah Juara Lagu pada tahun hadapan. Yang tak berjaya, anda juga yang terbaik cuma nasib tidak menyebelahi anda utk kali ini.


Antara lagu-lagu tersebut ialah Selamat Malam (Faizal Tahir), Kebahagian Dalam Perpisahan (Shahir), Noktah Cinta (Hafiz), Cinta Sempurna (Yuna), Hanyut (Faizal Tahir), Tolong Ingatkan Aku (Ana Raffali), Jahat (Stacy) Kau Ada Aku (Adira) Berlari (Tomok) dan Sofea Jane (Black).

Turut menjejakkan kaki ke pentas final adalah lagu Pelita (A.P.I), Mencari Konklusi (Hujan), Extravaganza (Bunface), dan Drama King (Meet Uncle Hussain).

Seramai 14 finalis akan berentap di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 25.

Semi finalis - 1st week [8 November 2010]

Salam....

Selamat pagi, tengahari, petang dan malam.... juz wanna share apa yang snap that night. Anyway.... kita ENJOY!!!!!

Friday, November 26, 2010

TEGURAN ITU PENTING


Salam....

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang meminta teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak boleh menerima teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.


Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Saturday, November 20, 2010

Graduation Day at MRSM Pasir Salak

Salam......
Tanggal 30 10 2010- bersamaan hari Sabtu angah , along, abah & aimah [4A's] menghadiri Graduation Day di MRSM Pasir Salak bagi pelajar-pelajar d sana. Salah sorangnya of course la anak sedara teman bernama Wan Nur Syakilla bt Wan Ahmad Nasri b Zulpatah....[sajew jew sb atoknye yang jaga dari kecik hinggalah ke hari ini bersama-sama along]. Yang bangga sudah tentu atoknyer dgn along kerna berjaya mendidiknya hingga ke peringkat ini tetapi ini baru sahaja permulaan perjalanan dan masih lagi meniti titian yang penuh dugaan samada titian usang, titian rapuh reput dan sebagainya. Anyway... CONGRATS my dear!!!!! Buat yang terbaek =)
WE ALWAYS LOVE YOU, SYAKILLA !!!!