Sunday, January 16, 2011

JANGAN LUPA NONTON KHURAFAT


Salam.....

Sudahkah anda menonton filem Khurafat?? Jangan duduk diam jew, pastikan anda pergi nonton di pawagam berdekatan samada dekat rumah, dekat tempat keje, dekat tempat lepak dan sewaktu dengannya. Lagi satu..... bih baik bawa kengkawan bley cover skit rasa takut...hehehhee. Kalau bawa suami @ isteri lagi baguih [mcm filem Khurafat ===>>> isteri rasa takut ada suami atau berlari dapatkan suami].

Bagi angahla.... filem nieh amat bagus sebuah naskah filem seram, misteri, pysho yang lain daripada yang lain filem buatan Malaysia. Sesudah nonton filem nieh, angah terus teringat filem "INCEPTION" lakonan Leonardo di'Caprio dimana penceritaan berbentuk 3 dimensi [mimpi dalam mimpi dan di akhir ceritanya barulah yang realiti].

Begitu juga dengan filem Khurafat, hanya pengkarya yang bijak dan genius yang mampu melakukannya kerana ianya bukan senang membuat filem dengan penceritaan 3 dimensi yang mana di akhir ceritanya barulah kita tahu permulaan sebuah isi cerita dalam filem tersebut. Filem Khurafat membuat kita berfikir dan mengolah penceritaannya, saya pasti ramai yang menonton pada mulanya tentu akan meletakkan kesalahan pertama SENIWATI MARIANI seolah-olah pemberian kuih-muih yang membuat Johan di hantui tetapi bila di siasat bukan beliau. Maka itu pulak... gerenti penonton akan mengatakah perbuatan SABRINA ALI [baguslah lakonan Sabrina yang psycho, mantap gler!!!], sebab lakon layar byk menonjolkan perbuatan salah laku SAbrina atau Anna. Nasib baik lah van jenazah masuk gaung khenn..barulah terbongkar segalanya berpunca dari kesalahan Khurafat Johan sendiri.

Penceritaan dan pengupasan yang terbaek dari sutradara Syamsul Yusof. Cukup lengkap dengan pelakon yang mantap, kesan bunyi yang membuat denyutan jantung tak tentu arah serta suasana yang suram, muram...mungkin ada penonton akan komen "Kenapa Gelap" jew. Bagi jawapan angah lah [bukan penulis skrip...hehehehe].... sesiapa yang melakukan perbuatan khurafat dunia mereka memang GELAP. Orang lain nampak terang kerana cahaya itu adalah kebenaran... orang yang melakukan pemesongan dari ajaran Allah s.w.t , dunia mereka adalah suram ...gelap tiada jalan pulang melainkan Taubat sebelum terlambat.


AMARAN: - SESIAPA YANG BELUM NONTON FILEM KHURAFAT , RUGI BESAR!!!! ADA PENGAJARAN DAN PENCERITAAN YANG AMAT BAGUS UNTUK SEMUA GOLONGAN.




Pengarah : Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd. , Primeworks Studios Sdn Bhd (Formelly known as Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 13 Januari 2011
Durasi : 80 min


Sinopsis:

Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah. Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?


No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.