Sunday, August 30, 2009

SALAM MERDEKA

SALAM MERDEKA

Tanggal 31HB Ogos

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka! Merdeka!
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka!
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

Merdeka.. merdeka.. merdeka..
MERDEKA!



Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang!




SAYANGILAH NEGARA INI SEPERTI KITA MENYAYANGI IBU,
JANGAN SAMPAI NEGARA SENDIRI TERGADAI ,
KASIHI-NYA KERANA IANYA UMPAMA
BAPA YANG MELINDUNGI ANAK2NYA

SEBAGAI ANAK KITA WAJIB MENGHARGAI
DAN
SANGGUP BERKORBAN
DEMI

KASIH SAYANG DAN RASA HORMAT
PADA NEGARA YAKNI IBU-BAPA.


Keranamu Malaysia

Buruh nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu nyawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

Keranamu negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia!





Saturday, August 29, 2009

Wonder Girls - from Korea with Love

Salam.....

Sudah 8 hari umat Islam di Malaysia berpuasa, alhamdulillah. Bersyukur sangat2 sebab bulan Ramadhan kali ni dikurniakan dengan cuaca yang amat baik, serta ketenangan dan juga kekurangan hawa 'swine flu'...segalanya dipermudahkan...syukran...syukran.

Tapi bukan topik puasa yang nak angah kongsi tetapi vc dari Korea yang sekarang nih hot2 dengan kemunculan kumpulan gurlz yang MALATOPP!!! hingga ke US...tp kali ada yang PALING KELAKO!!! Jap angah nak mengguling ...wakakakkakaa....kita saksikan 2 versi lagu dari WONDER GIRLS....

VERSI ORIGINAL - "NOBODY"


VERSI KELAKO - "WASH YOUR HAND TOO"


SO CREATIVE!!!!

NICE TO WATCH!!!!

Wednesday, August 26, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA - HOME STYLE BERSAMA RIZ & FAMILY ANGELS

SALAM....

ALAMAT KIRIMAN KAD RAYA untuk RIZ ZAIZI

Tuesday, August 25, 2009

Cerita di Kedai Kopi - Malique feat Salam


Salam....

I really enjoy this song especially from Malique, kebanyakan lagu-lagunya mempunyai unsur masyarakat Malaysia. Dari Mentera Beradu hinggala Cerita di Kedai Kopi.. lirik nya sindiran masyarakat di sini.
Lagu terkini 'Cerita Di Kedai Kopi'.



Cerita Kedai Kopi

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati Salam

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Chorus
Cerita kedai kopi
Cerita kedai kopi
Tiada hakim tiada saksi
Cerita sensasi di kedai kopi

Ulang Chorus

(Salam)
Ada satu hero Melayu namanya rahsia
Dulu lepak tepi parit kampung
Sekarang lepak media massa

(Malique)
Asal boleh masuk TV dia mesti buat
Awek tengok jambu laki tengok meluat
Citarasa makin besar otak makin ketat
Baru angkat berat sikit baju pun dah sendat
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jalan berkepak dengan awek romantis
Biasalah budak baru nak naik jadi artis
Jakun ke pelakon jamban ke makan malam
Dinner show menyanyi seorang pun tak faham
Tapi datin muda tengok geram dan sangkut
Datuk outstation apa lagi angkut

Ulang Chorus 2X

(Salam)
I'm in the mood for love
Simply because you're near me
Honey but when you're near me
Well I'm in the mood yes
I'm in the mood for love

(Malique)
Terima kasih rahsia diterima
Kalau sunyi lagi boleh main gila
Datin kena taruk rahsia kemaruk
Makan boleh tapi jangan sampai kena lauk
Datuk pergi London lama pucat bila balik
Bini buncit sikit tahu dia tak boleh naik
Datuk pergi London dia pucat bila balik
Bini dan anak percuma dah ada penyakit
Apa kesudahannya apa yang terjadi
Rahsia tinggal rahsia takkan masuk TV lagi
Cerita sensasi dengar di kedai kopi
Setiap individu punya versi sendiri

(Salam)
Masing-masing ada masalah sendiri
Masalah dunia masalah peribadi
Luahkan jangan simpan dalam hati
Boleh cerita di kedai kopi

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati rentak keluarga Marley
Hamba di Belanda di tengah ibu kota
Temanku Salam dreadlocks bawah mahkota
Anak perantauan yang punya citarasa Jamaica
Rindu nak dengar cerita kopi Malaysia
Aku cerita dia ketawa
Tak kering gusi jatuh kerusi
Dia pula bercerita tapi bukan tentang dia atau dia
Di Eropah orang bentang idea
Topik-topik intelektual di diskusi
Anjakan paradigma bila kena kopi
Peace love and harmony reggae sampai pagi
Keluar kedai kopi Amsterdam masih steady

Ulang Chorus 2X

(Malique)
Terlalu banyak kena kopi aku menyanyi
Ditemani teko berasap dan bau wangi
Ditemani cahaya malap dan lagu reggae
Hayati yeah

X-FACTORS 2009 - Simon Cowell Witnesses The "Best Audition Ever"?

SALAM.....


This weekend The X Factor--the British version of American Idol, basically, and the show that spawned Leona Lewis--premiered in the U.K., switching to the even more dramatic live-audition format of Simon Cowell's other big across-the-pond reality hit, Britain's Got Talent. And auditioning Saturday night, non-coincidentally in the all-important "pimp slot," was hunky and likable schoolteacher Danyl Johnson. And this teacher gave an A+ performance, for sure.

How good was Danyl? Well, he managed to accomplish the unthinkable: Danyl not only made Simon Cowell smile, but he inspired Simon to give him a standing ovation...AND Simon even declared Danyl's audition (of the Joe Cocker version of "With A Little Help From My Friends") "the single best first audition I have ever heard."

Yes, you read that right: THE. BEST. EVER.


Sunday, August 23, 2009

Smart Tag again by Mimie

Salam.....
..:: tag & award from mimie....10Q dear::..

1- Link the person who tagged you.
2- Copy the image above, the rules and the questionaire in this post.
3- Post this is one or all ogf your blogs.
4- Answer the 4 questions following the rules.
5- Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them.
6- Come back to BloGGisTa iNFo CoRNeR (PLEASE DO NO CHANGE THIS LINK) at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your post in order for you/your Blog to be added to the Master List.
7- Have fun.

Questions & Answers
1- The person who tagged you?
*****Syamimi*****

2- His/her site's title and url?
*****http://akudansesuatu2009.blogspot.com*****

3- Date when you were tagged?
*****20th August 2009*****

4- Person you tagged?
***a - LIEA
***b - DEEJA
***c - FRIZ'Z
***d - IMAH
***e - FRODO
***f - IJJA
***g - BELLA

Wallawey...

Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan al-Mubarak

Salam.....

Selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak - 1430 H.
Selamat mengerjakan ibadah puasa dan juga bertarawih.
Begitu juga jangan alpa berzakat fitrah.

Sabda Rasulullah s.a.w

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu di buka segala pintu Syurga dan di tutup segala pintu neraka serta di belenggu segala syaitan."

Salam sayang, rindu pada-Nya. Salam kasih , pada Rasulnya.... Salam cinta pada umat-Nya.

(Jika angah ada melakukan kesalahan, kesilapan...mahupun tutur kata yang sungguh mengaibkan mahupun tata tulis mengecil hati sang pembaca...harap maaf...
Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, hambamu memohon ampun atas segala dosa-dosa terdahulu, terkecil mahupun terlarang.)

Wednesday, August 19, 2009

Kerana Wanita Ingin Dimengerti


"Apa yang kami pinta ialah bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuar di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran agar keimanan dan ketaqwaan kami sentiasa di pelihara."

"Berbuat baiklah terhadap para wanita kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya sesuatu yang paling bengkok ialah bahagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Jika engkau membiarkannya bengkok, ia akan tetap bengkok. Oleh itu, berbuat baiklah kepada wanita."
(sahih muslim,no-1468)
Pada ketika yang lain baginda mengulangi: "Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kami ingin memperbetulkannya, kamu akan mematahkannya." (sahih al-Bukhari,no:4889)

Tulang Rusuk
Dalam hadis-hadis di atas, Rasululullah s.a.w membuat perumpamaan "wanita seperti tulang rusuk" bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan wanita tetapi sebagai PERINGATAN kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian, layanan dan didikan yang baik kepada para wanita, serta berlaku lembut lagi hikmah dalam menjaga hati mereka.
Wanita sebagai manusia, telah di ciptakan oleh Allah s.w.t sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana fitrah manusawi seorang wanita.
Sudahlah lemah, jalan fikirnya juga sangatlah mendalam serta panjang sekali, berkelok-kelok (complicated), dan sering kali juga setiap tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadangkala tidak stabil.
Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah-lembutlah dengan wanita sesuai dengan lemah lembutnya sifat seorang wanita. Didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.

Panduan Islam
Islam tetap memberi garis panduan kepada suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang di gariskan syariat. Bersabarlah terhadap bengkok akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus lurus semuanya.
Ketika mentafsirkan ayat berikut:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka". (An-Nisa 4:34).
Imam ibnu Kathir berkata:
"Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Ini kerana Allah s.w.t telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu lelaki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Oleh kerana itulah kenabian dikhususkan kepada kaum lelaki.
Demikian pula kekuasaan agung berdasarkan hadith Nabi s.a.w:
" Tidak akan beruntung suatu kaum jika mereka menyerahkan urusan pemerintahan mereka kepada seorang wanita." (riwayat al-Bukhari).
Selain ayat 34 di atas, surah an-Nisa juga mengandungi beberapa peringatan kepada para lelaki dan suami agar berlaku baik dan sabar terhadap kekurangan dan kelemahan wanita dan isteri, serta suruhan untuk mengauli isteri dengan cara yang sebaiknya.
Allah berfirman: "Dah bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut. (an-Nisa 4:19).
" Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". (an-Nisa 4:19)

Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita, dikurniakan ganjaran dan kelebihan oleh Allah s.w.t.
Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami para wanita hari ini sekiranya tidak mampu sekuat isteri-isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang.
Apa yang kami pinta ialah bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar kelemahan dan ketaqwaan kami sentiasa di pelihara.
Jangan mengabaikan kami dalam keadaan bengkok dan janganlah berlebihan sehingga kami patah.


Sunday, August 16, 2009

Jalan-jalan Cari Makan di Restoran Cheng Ho

Salam....
Sekejapan sahaja seminggu sudah berlalu, tapi kali ni full week swing angah bekerja sampai la Ahad ni. Semuanya di sebabkan permintaan customer, lagi satu tak sangka lagi seminggu dah nak menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak..dah nak puasa. Sebelum tu, kami merancang nak makan malam di Restoran Cheng Ho.

Sabtu bersamaan 15hb Ogos 2009, dah berjanji dgn lebb, lizz & lan untuk kembali semula ke Wangsa Maju untuk santapan jalan-jalan cari makan. Especially lebb tengah mengidam sesangat nak rasa makanan kat restoran Cheng Ho hakmilik Amy Search. So, selepas keje balik umah jap ambil kesempatan untuk rehat seketika sebelum bersiap sedia (wahh!!! mcm nak perang walhal nak makan), untuk meneruskan xpdc minggu nih. Janji kol 7pm, wajib ada kat sana....for the 1st time kitorang nak merasa keenakan makanan...nyumm....nyumm. Yang paling terasa tercabar setiap kali nak ke sana sudah pasti jalan yang sesak menyesakkan setiap petang especially Sabtu malam minggu.

Wahhh!!! Lebb sampai dulu tuh...berkobar-kobar katakan mcm ngidam 12bulan bunting gajah. Tapi sebelum tu lan sms yang Nita akan perform di studio cafe bersama teman2nya. Fuyooohhh!!! Setiap minggu mcm ada agenda jew..hehehhe..ley release stress seminggu asyik keje kan.....
Mekasih lan kerna mengingatkan angah...jap jap..nak mengguling dulu...wakakakaka. Ada adengan muslihat musibat masa tengah makan kat Cheng Ho... ada ka patut sorang akak tu membontoti belakang lan yang sedang menjamu selera yang mampu membantuti keenakan makanan...pehhhh!!! (berpeluh skjap)... bukannya seksi...terseksa jiwa & raga di uatnyer. angah sendiri terkujat...nasib baik dah hampir nak abis makan..kalo tak..rugi wowoooooo...tak abih makan nanti. Hilang semangat selera nak makan...kan..lan...(tp lan tambah lagi tuh...hehehe).

Selepas menjamu selera, seperti biase uat pengambaran. Suke suke bergambo kan, dah puas bergambo kat Cheng Ho apa lagik....menuju ke destinasi seterusnya pulak. Ke Studio Cafe, dapat sambutan lak..wahhh!! Surprise salah sorang pekerja yang dulunya tuuuttt...dah bertudung, comey la pulak kan...(hehehehe...lan....). Sementara nunggu Nita perform, kitorang order minuman jew la..Pehhh!! sedapnya Milkshake Oreo...hingga menjilat ke siku lengan. Angah & lan minum milkshake oreo 2 gelas sebab sedap giler...lizz makan banana spilit & coca cola & lebb ice blended Mocha (sbb kat Cheng Ho dah minum jus SEROJA). Sempat bergambo dgn Za8, such a luvly & humble person & siap bergambo lagik..hehehe. Nita siap lepak & berborak lagi dgn kitorang, peramah giler orangnyer mcm dah lama kenal pulak kan....(jgn jeles..!!! ). But then, suke tgk couple ni (Za8 & Nita...murah rezki deme ekkkk).


gambo mabok bergelas minum memanjang...hehehehee
Gambo ni pon ada citenye, dah 'snap' tetiba adik comey (pekeja SC) kata "gambo abang tuh kecik tak nampak'....wahhhh!!! Tersipu-sipu malu lan..jeng..jeng..jeng...bley masuk "GOSSIP GURLZ". Vokal Nita... I tell...you..pehh!! Power giler...tiada cacat cela sepanjang malam tu especially dia nyanyi lagu yang high note. Duet dgn Tasha af4 dan juga salah sorang rakannya. Paling istimewa biler Nita berduet dgn Za8 - lagu "LUCKY", "TERLANJUR CINTA" & " AKU & DIRIMU", terkesima, terkedu .... dan terus pokes , sesuai bebeno sore deme nih... Aksi spontan Za8, mencuitkan hati...sempat perli meja kitorang lagi...(ayat power!!! biarlah rahsia...wakakakakka).
Tetapi penampilan dan tetamu undangan paling Havoc & Happenniing....siapa lagik kalo bukan Azlan Daniel...wakakakakaka. Nerveous konon...nak lari ke restoran Cheng Ho la...pakserela la...sekali di ajak menari dgn Nita, lastly over shadow tuh...sampai Nita terkujat sebentar. Yeayyyy!!! Lan dapat 'goody bag' dari Nita...tanda terima kasih bek-up dancer & bergelek sakan malam tu.
Rasenye jenuh & puas gak lepak & borak dgn Nita, Lebb, Lan & Lizz dan masa sebenonya tak cemburu dgn kita tetapi 'Sindarela' terpaksa pulang awal kalo tak..bukan kete @ rope yang akan bertuko tetapi rumah berkunci..hehehehe. So, seawal jam 12.10am (bihkurang la agaknyer) barulah kami balik ke sarang masing2.........
Thanks lizz & lan for the information....and lebb boley jalan-jalan carik makan lagik...

Wallawey...

Saturday, August 15, 2009

H1N1 membimbangkan - TPM


PUTRAJAYA 14 Ogos - Tahap wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini yang telah meragut 56 nyawa kini di peringkat membimbangkan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehubungan itu, katanya, beliau akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan untuk melihat sejauh mana keberkesanannya jika lokasi-lokasi panas H1N1 didedahkan kepada umum seperti gesaan beberapa persatuan pengguna.

''Kita akan teliti sama ada ia wajar dilaksanakan dan adakah langkah tersebut mampu membantu mengawal penularan H1N1,'' katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah peringkat kebangsaan di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan empat persatuan pengguna meminta Kementerian Kesihatan mendedahkan lokasi-lokasi panas H1N1 terutama kawasan yang membabitkan kematian atau mempunyai kadar jangkitan tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.

Hari ini, lima lagi kematian akibat H1N1 dicatatkan di seluruh negara menjadikan jumlah korban terkumpul meningkat kepada 56 orang.

Muhyiddin menjelaskan, seperti yang diisytiharkan oleh Kementerian Kesihatan berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia sekarang bukan lagi berada pada tahap awal sebaliknya peringkat mengambil langkah pengurangan sosial.

Ia bermaksud keadaan apabila orang ramai dinasihatkan tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum.

''Kita sekarang berada dalam tahap pengurangan sosial atau tahap untuk menangani (penularan), bukan lagi peringkat awal.

''Jadi maknanya sudah satu tahap yang kita lihat pada hari ini boleh dikatakan membimbangkan,'' katanya.

Lebih menyukarkan, kata Muhyiddin, penularan wabak H1N1 tidak boleh dilihat atau dikesan dengan mata kasar dan orang ramai terpaksa mengambil langkah pencegahan sendiri seperti menjaga kebersihan diri.

Beliau bagaimanapun memberitahu, kerajaan sudah pun mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan membuat pemantauan setiap hari selain memastikan bekalan ubat antivirus Tamiflu mencukupi untuk semua hospital dan klinik kerajaan serta swasta.

Katanya, meskipun jumlah kes H1N1 di negara ini masih kecil berbanding peringkat global, kerajaan tidak pernah mengambil mudah kerana ia melibatkan nyawa manusia.

Setakat ini, tambah beliau, Kementerian Kesihatan menyediakan maklumat terkini H1N1 setiap hari dan melalui laporan berkenaan, orang ramai boleh mengetahui kawasan-kawasan terbabit sama ada berlaku di peringkat sekolah atau masyarakat umum.

Turut hadir pada majlis pelancaran berkenaan ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom; Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan Bendahari MCPF merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Kempen Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan, Datuk Eddy Chen Lok Loi.

p/s: agaknya inilah natijah biler org2 kafir (khasnya org Amerika dan sewaktu dgnnya) menghina dan mengutuk kepada perempuan2 islam yang berhijab mahupun berpurdah. Akibatnya, mungkin Allah s.w.t memperlihatkan hikmah berpurdah...dan sekarang ramai orang berebut-rebut membeli topeng hingga kehabisan stok..

wallahualam.....

credit to: ZABRY MOHAMAD dan THOMAS CHONG
pengarang@utusan.com.my

Thursday, August 13, 2009

Ustaz Asri (Rabbani) Meninggal Dunia

credit to:
Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Jenazah arwah Ustaz Asri sedang dibawa ke rumahnya di di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.

Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.

Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.

Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.

Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.

Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.

Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.

Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.

Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.

Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.

Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.

Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.

Wednesday, August 12, 2009

E-Shopping ..:: Shawls @ Selendang::..

Salam...

Mengantokss!!! Seharian uat keje tetap berapa puluh kali menguap, nak kata tak cukup tido rasenye terlebey suda!! Nak uat mcm mana...??? Buat Bodo ler...hehehehe...
Selain uat bodo menjamu mata kat website2 rope-ropenyer ramai orang uat biznes berbagai-bagai dan bermacam macam barangan, pakaian, selendangan (betui ke ayat tu??) sampai tak terkata-kata dan tak berkedip mata menengoknye.

Anyway, angah terlalu teruja sesangat tgk seledang @ shawl yang di jual melalui website. Kebanyakannya house wife, tetapi ramai juga dari kalangan pelajar2 IPTA yang menjalani biz begini. Bagus!! Bagus!! Satu cabang perniagaan yang amat baik.
Mcm pergi melancong dari website ke website, kalo rajin kena survey terlebey dahulu sebab kebanyakan shawls yang serupa tetapi berlainan harga. Angah terpengaruh dgn nurul ler (my niece), war2kan...pembelian e-shopping nih. Mula2 uat donno jew...tetapi sekali tgk..bermunger-munger rasa di hati..dah jadi rambang mata. Kalo ikut hati semua nak..tp budget lebey2 lagi nak sambut bulan Ramadhan dan bulan Syawal. So shopping mata jew la.. ada gak beli baru2 nih. Kualiti memang terjamin dan secara tak langsung angah lak jadi rapat dengan tokey2 shawls nih.
Buat masa sekarang, angah pon dah membeli untuk anak2 sedara especially raya menjelang tiba nih. Rasenye, untuk di jadikan hadiah pon chantek jugak. Angah melanggan secara pos sahaja, tetapi cepat gak terima dalam sehari dua jew.... but i tell you.... jelajahi lah website mereka. Ada yang jual baju raya, jubah arbaya...dan pelbagai jenis sak nika benda (terkuor ckp perak) bley di dapati dan di langgani. Yang paling terharu..kebanyakan anak bumiputra (orang Melayu), so tak salah membantu merka berjaya dalam dunia perniagaan sebegini. Kalo tak percaya... cuba , try , testing...

Antara yang angah jelajahi :-
http://lurvemysoul.blogspot.com
http://shawlchantek.blogspot.com
http://warnacloset.blogspot.com

Rajin-rajinlah jelajah...renung-renungkan...kalo berkenan...beli-belikan...

Wallawey

Monday, August 10, 2009

Saturday Nite Fever

Salam

Selamat dini hari...terkujat!! Angah kat kg ni...pinjam malatop anak sedara si Nurul, yang baru discas petang ni dari GH di T.Intan. Alhamdulillah, nasib baik tak der apa2 cuma jangkitan bakteria dan ashma...(asmara???).

Walo apa pon nak citer pasal sabtu malam yang paling happening yang berlaku sepanjang minggu tersebut. First of all, adakan gathering comm & adhoc Riz-angels di mana??? Di studio Cafe, Wangsa Maju...yesszaaa... Se-awal kol 6pm dah berjanji dgn anis lebb, lizz & lan untuk berjumpe di gerai Popia Redah Ajew...dah mcm ketagih lak...dgn popia montok nih. Perjalanan dari klang ke tempat tujuan dan haluan memang jam gler. Anyway pon kena redah ajew ....paling penting sampai ke destinasi. Pehhh!!! Anis lebb glam dgn kekuningan... wahh!! lan pakai baju pink ada katun dan lizz...first time angah tengok dia pakai kasut tinggi...mcm artis lagi deme ni.
Seperti biasa kalo berjumpe gerenti mulut mcm bertih goreng..

Dalam diam tak diam, kol 7.30pm baru berangkat ke studio cafe, mcm konvoi lagi. Sementara menunggu kehadiran Cik Muz, Liea, Heavenleigh & Jaja, kami lepak dulu & thanks lizz kerna sudi mem'booking' tempat. Sampai jew, tgk meja byk kena booking. Sampai terkompius jap sbb terdapat 2 nama liza yang membooking. Nasib baik ada meja kosong lagi...kuss.....semangat!!! Memang semangat!!(amik tagline Dina & Ray) nomot & adiknye pon join sekali. Kelihatan amylea dan rakan2 seperjuangannya pon dah ada kat studio cafe. So comey, so cute..senyumannya.

Dalam kol 9pm barulah Muz, Liea sampai dan tak lama di susuli lak Heavenleigh & Jaja. Kol 9.30pm barulah persembahan amylea bermula. Suke dengar sorenya yang memang sedap di dengar , lontaran vokal yang konsisten dari mula hinggalah penghujung performance nya. Yang paling glamer adala tempat 2 buah meja tempahan Liza...best! best! Sampai amylea asyik menunjuk ke tempat kami yang sentiasa memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Sama-sama menyanyi...sama-sama hepi...you're marvelous...

Anyway paling gempak.... SURPRISE!!!! Sambutan besday boy Azlan Daniel...hatinya bermunger-munger...memang Lan terkujat!!! Tp memang happenning, amylea nyanyikan lagu hepi besday dan juga kami menyanyi beramai-ramai dan di sertai pengunjung studio cafe. Kelako!!! Lan malu-malu pulak....wahhhh!!! Larikkkkk!!!!


Namun malam tidak berakhir sebegitu sajew, sbb kawasan sewaktu dengannya masih terang ceria lagi. Ada yang uat cadangan Karocs...tp di mana ya??? Setelah berbincang beberapa minit, keputusan telah di ambil nak karoc di Ampang Park KTV. Angah & anis lebb first time nak pegi ni, terpaksa konvoi lagi takut tersesat bukan ke ampang park...kot kot ke water park..wakakakka. Alhamdulillah...sampai gak, mak aiii!!! beratur tu...mcm nak membuat undian suruhanjaya pendaftaran..hehehe..akhirnya lizz uat tempahan for medium room selama 2jam. Bih kurang dlm kol 12.10am tibalah giliran mendpt tempat ktv. Apalagi...serahan tugas pada liea, jaja & anis lebb yang lebih arif. Angah, lizz mula jadi pemerhati tp lan dah join.. Malam gemilang tak ley nak berkata apa-apa..memang happenning!!! Sampai pening...mcm2 adengan...goyang inul pon ada gak..belasah sajew la.... Lizz mengikut pencerita sahabatnya lan lama berkawan 7 tahun, first time lizz karocs...Cayalahhhh!!!!! Angah pon kompius gak, mcm mana ley ter'sampuk' sekali ternyanyi terkarocs sekali dgn liea lagu I Believe...pehhhh!!!!! Subuh menjelma, dini hari dah habis waktunya, kol 2am lebih baru selamat menyanyi karocs.... Jaja yang dah lama tak jumpa pon lepas geram.... Berakhirlah hepi day untuk Saturday Nite Fever.....