Wednesday, August 19, 2009

Kerana Wanita Ingin Dimengerti


"Apa yang kami pinta ialah bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuar di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran agar keimanan dan ketaqwaan kami sentiasa di pelihara."

"Berbuat baiklah terhadap para wanita kerana wanita diciptakan dari tulang rusuk. Sesungguhnya sesuatu yang paling bengkok ialah bahagian atas tulang rusuk. Jika engkau meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Jika engkau membiarkannya bengkok, ia akan tetap bengkok. Oleh itu, berbuat baiklah kepada wanita."
(sahih muslim,no-1468)
Pada ketika yang lain baginda mengulangi: "Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kami ingin memperbetulkannya, kamu akan mematahkannya." (sahih al-Bukhari,no:4889)

Tulang Rusuk
Dalam hadis-hadis di atas, Rasululullah s.a.w membuat perumpamaan "wanita seperti tulang rusuk" bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan wanita tetapi sebagai PERINGATAN kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian, layanan dan didikan yang baik kepada para wanita, serta berlaku lembut lagi hikmah dalam menjaga hati mereka.
Wanita sebagai manusia, telah di ciptakan oleh Allah s.w.t sebagai makhluk yang lemah, yang perlu dibimbing dan dilindungi. Dalam melaksanakan tanggungjawab dan tugas harian, mereka tidak terlepas daripada melakukan kesilapan kerana fitrah manusawi seorang wanita.
Sudahlah lemah, jalan fikirnya juga sangatlah mendalam serta panjang sekali, berkelok-kelok (complicated), dan sering kali juga setiap tindak tanduknya dikuasai oleh emosi yang kadangkala tidak stabil.
Selamilah lubuk jiwa wanita, bertolak ansur dan berlapang dada dalam menyelesaikan konflik, berlemah-lembutlah dengan wanita sesuai dengan lemah lembutnya sifat seorang wanita. Didiklah wanita sesuai jiwanya sebagai wanita, jangan sesekali mendidik atau membetulkan wanita dengan cara yang sama untuk lelaki yang kuat dan keras, sekalipun seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.

Panduan Islam
Islam tetap memberi garis panduan kepada suami untuk mendidik, sedangkan untuk memukul seorang isteri nusyuz juga mempunyai syarat-syarat pukulan yang di gariskan syariat. Bersabarlah terhadap bengkok akhlak para wanita dan lemahnya akal mereka. Janganlah membenci tanpa sebab dan janganlah terlalu mengharapkan mereka agar terus lurus semuanya.
Ketika mentafsirkan ayat berikut:
"Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka". (An-Nisa 4:34).
Imam ibnu Kathir berkata:
"Ayat ini menerangkan bahawa lelaki adalah pemimpin kepada wanita, iaitu dia sebagai pemimpin, pembesar dan penguasa serta pendidik bagi mereka ketika terjadi kebengkokan pada wanita itu. Ini kerana Allah s.w.t telah memberikan keutamaan sebahagian mereka (lelaki) ke atas sebahagian yang lain (wanita) iaitu lelaki lebih utama dari wanita dan lebih baik. Oleh kerana itulah kenabian dikhususkan kepada kaum lelaki.
Demikian pula kekuasaan agung berdasarkan hadith Nabi s.a.w:
" Tidak akan beruntung suatu kaum jika mereka menyerahkan urusan pemerintahan mereka kepada seorang wanita." (riwayat al-Bukhari).
Selain ayat 34 di atas, surah an-Nisa juga mengandungi beberapa peringatan kepada para lelaki dan suami agar berlaku baik dan sabar terhadap kekurangan dan kelemahan wanita dan isteri, serta suruhan untuk mengauli isteri dengan cara yang sebaiknya.
Allah berfirman: "Dah bergaullah kalian (para suami) dengan mereka (para isteri) secara patut. (an-Nisa 4:19).
" Kemudian bila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak". (an-Nisa 4:19)

Mudah-mudahan lelaki yang banyak bersabar atas sikap para wanita, dikurniakan ganjaran dan kelebihan oleh Allah s.w.t.
Maafkan kami atas segala kekurangan dan kelemahan, maafkan kami para wanita hari ini sekiranya tidak mampu sekuat isteri-isteri para nabi dan para sahabiah dalam berjuang.
Apa yang kami pinta ialah bimbinglah kami agar kami dapat melangkah dengan keyakinan dan semangat kuat di jalan istiqamah, agar kami dapat menjadi insan solehah dalam perilaku dan pemikiran, agar kelemahan dan ketaqwaan kami sentiasa di pelihara.
Jangan mengabaikan kami dalam keadaan bengkok dan janganlah berlebihan sehingga kami patah.


4 comments:

  1. owhh sapekah lelaki btuah yg tulang rusuknya berada dlm diriku...hihi

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhu .... tengah mencarik kat mana tulung rusuk Frodo ... xoxoxooxoxo

    Hormatilah wanita!!!!

    ReplyDelete
  3. salam... mimie...

    hehehehe..coba scan mana tau nampak tulang rusuk yang ada dlm tuh....

    ReplyDelete
  4. salam..frodo...
    ciannyer...berapa lama mencarik tulang rusuk frodo nih...huhuhuhu..mana tau bulan pose ni timbul lak..wahhh!!!

    ReplyDelete

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.