Saturday, November 28, 2009

Dari PPUM ke Muzik-muzik Semi-final

Salam....

Sabtu - 28hb Nov 2009, sehari selepas Raya Haji dah keje. Nak uat camner, kewajipan harus dijalankan sbb dalam konteks Islam tiada kemalasan dan jangan jadikan sebab2 tertentu menunjukkan yang masyarakat kita nieh dikatakan suka bercoti dan bersantai..wahhhh!!! Statement gtew....
Walo apa pon bukan ni yang angah nak share...agaknya hari nieh mesti angah tepek sebanyak mungkin kat blog kot...menghabiskan masa dan cerita ceriti. Pada 20/11/2009 angah bercoti sebab bawa abah untuk pemeriksaan bulanannya yang sejak tahun 2001 hingga kini harus di laksanakan demi kesihatan abah. (Dalam diam tak diam dah 8 tahun bertali arus dgn PPUM - Pusat Perubatan Uni. Malaya)... begitulah rencah kehidupan manusia bukannya selalu sihat kan. Se-awal jam 6.30am dah bergerak dari Klang sebab nak elak jam satu hal, lagi satu jam kat hospital pon ada gak bila beratur nak ambil nombor. Ingatkan paling awal sampai dalam kol 6.59am, tup tup....mak ai..ada juga yang datang sebelum subuh nie sbb dapat nombor ke-17. Biasalah kat hospital mana ada yang cepatkan dari ambil darah, tunggu result lepas tu baru di panggil jumpa doktor pon ikut nombor. Dah siap pemeriksaan doktor , pergi ambil ubat pon ikut nombor...sabo jew la. Untuk selesaikan appointment nieh hampir 5 jam lepak kat spital jew. (Keras bontot.....sakit pinggang...silap2 masuk spital). Penat menunggu yang lebih nieh. Dah setel segalanya, pada 25/11 abah kena amik darah lagi untuk pemeriksaan lanjutan dan seterusnya appointment susulan pulak pada 11/12/2009 pulak.
Di sebabkan hari dah hampir mencecah tengahari terus lunch di Carrefour Klang. Feveret abah seperti biasa bihun sop. Sampai umah rehat sekejap sbb....kol 5pm, angah and ila (niece) nak g ke JJ Bukit Tinggi nonton 'CHRISTMAS CAROL'. I tell you.... best!!! Animasi 3D tercanggih, citer thriller but it is good for everybody...sebuah citer penuh dgn unsur2 nasihat. Jangan sombong!! Sebab SOMBONG ITU BODOH!! hehehhehe.....
Habis jew .... terus menderu ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Untuk apa??? Semifinal Muzik2 malam terakhir dengan keputusan terakhir siapa yang layak ke FINALE ANUGERAH JUARA LAGU. Angah sampai dalam kol 8.05pm, tak lama anis lebb pon tiba dan jumpa dgh Ida pulak dari apizfc. Yang penting.... angah pon mewakili apizfc..wahhhh!!! Memang gempak bler bila lizz, lan & dnaz pon muncul mcm2 citer kuar. Yang pelik..citer Remy Ishak pulak jadi hot topic...sabo melayan lizz yang chenagau dgn Remy. Dalam kol 9.15pm, barulah semua orang masuk dalam studio untuk malam semi-final. Semua penyanyi malam nieh, vokal memang KLASSS!!! Walopon Shila tersilap teknikal untuk permulaan lagu Bencinta tapi beliau membawa lagu tersebut dgn caranya tersendiri. Thumbs Up! Berjaya juga ke finale....tapi Apiz really all out malam tu dgn lagu Masih Jelas! I know .. u r one of the finale...tapi berderau gak sebab sampai no-13, nama apiz tak di umumkan jugak. Akhirnya.... Apiz ke final jugak!!!! Lan yang terober...Idop Lan dgn banner Apiz..hehehhe. Yang tertarik disini ... kerusi yang sederetan dgn Apiz semua berjaya masuk ke final bermula dgn dari ujung sekali Stacy, Misha, Estranged, Aizat , Shila & Apiz...nampaknya itu adalah DERETAN KERUSI BERTUAH!!! Tahniah buat mereka yang berjaya ke Grand Finale Anugerah Juara Lagu ke-24 iaitu Hafiz, Akim, Aizat, Misha, Shila, Estranged, Hujan, Bunkface, Stacy, Alyah, Tomok, Black & Yuna.

1 comment:

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.