Friday, February 5, 2010

Dari Sunway Pyramid naik Rocket destinasi Bintang

Salam.....

Ahad...oooo...ahad... rase malas nak bangun namun terpaksa bangun jugak sbb nak check do invoices kat opis. Sempat sarapan kat Restoran Teluk Panglima sbb dekat dgn tempat keje. Merka pon dah tau sarapan angah roti canai banjir dan juga kopi tarik.

Boring pulak ahad pagi, so pas keje check segalanya yang patut terasa lak hati nak ke AEON JJ Bukit Tinggi. Dalam kol 11am, saje2 jamu mata kat JJ , terasa pulak nak ke TGV Cinema. Ada cite china 'Black Ransom' - pelakon Simon Yam Tat Wah dan Miu Kiu Wai. Angah memang minat merka sejak bangku skolah lagi...dari drama TVB hingga la ke lakon layar. So redah ajew, citer pasal jenayah gangsterisme@mafia china dan juga polis Hong Kong. Yang nonton kebykannya bangsa Tiong Hua, tapi mungkin merka dah tau angah selalu tgk cite China kat JJ so merka dah x heran seperti mula2 dulu...wakakakkaka.... kan 1 Malaysia...tengok ajew..!!!! Byk2 trailer angah cuma tertarik pada filem EVOLUSI KL DRIFT:2 , lakon layar Shamsul Yusuf, AAron Aziz, Scha, Sam Shaheizy, Remy Ishak .... paling seronok tgk aksi ngeri ... drifting! Anyway, mungkin angah dari kecil terpengaruh dgn lakonan-lakonan aksi, stunt dan pelbagai aksi ngeri so filem yang wajib angah tonton adalah dari kalangan film2 sebegini [terpengaruh dengan abah....].

Habis jew tgk wayang... balik & lepak jap kat umah. Kol 3pm baru terhegeh2 nak kuor umah , nak mulakan marathon lagi...hehehhe. Mak ai!!!! 15minit dah sampai Sunway Pyramid tetapi...mencari parking kete === wallawey!! Giler separuh masa di uatnyer dari cp4 hingga la cp6 baru dapat parking itu pon selamba kodok jew parking kat tepi laluan masuk kuor mall tuh. Dah tak tahan nak mencarik lagi...kalo2 lama2 mau meletup mall tuh...ahakkkzzzz.

Lan dan sampai awal, dah dapat tiket tgk wayang 2Hati 1 Jiwa... jumpa kat A&W. Ciannyer lan lepak sowang2, tgh tunggu lunchnyer. Tak lama angah sampai, anis lebb pon tiba...trus order makan sbb kelaparan lagi pon nak kejo wayang kol 4pm. Wajib makan dulu!!!!

Gedebak, gedebuk cite habis dlm kol 5.30pm bih kurang mcm tula...gedudu..geduduk... Round-round, uat lawatan di sekitar Sunway Pyramid sementara nak nunggu Rizna & Linda. Apa lagi berposing sakan...walo pon..dulik apa dgn orang. Paling vogue posing kat.... 'the eagle has landed', cantik tu background posternye...kannn kannn...lann. Agak lama sangat, singgah la Laksa Shack asalnya nak minum jew...tetapi dugaan sekali lagi. Lan terus order Laksa Asam Penang, angah lak Laksam Kelantan minuman syrap bandung cincau. Anis diet katanya....minum jew katanya..tetapi makan gak otak2....hehehehe...godaan...suh anis makan jugak.

Rope2nye... Judd, Rizna & Linda terus ke Borneo Rainforest. Huk ele!! Tun pon dah sampai sana jugak. So berlenggang kangkung mak limah pulang pasar kami menuju ke Cafe Borneo Rainforest hak milik Datin Tiara Jacquelina... Dah gelap ropenye kat luor, jumpe tun terlebey dahulu yang nunggu kat luar... posing lagik!!! Konsert Destinasi Rocket yang sepatutnya mula jam 8.30pm, terpaksa di lewatkan hingga ke jam 9.10pm mungkin ada beberapa persiapan teknikal dan rakaman dari astro perlu di perlengkapkan. So, lepak2 sambil borak2 di halaman rindu cafe tu.... jumpa Cik Jah yang datang nun jauh dari Penang tu sanggup datang demi Aril Lovers. Begitu jugak dari apizfc dari Sarawak Syaida sanggup menjelajah demi untuk melihat penyanyi kesayangan beraksi di pentas berlatar belakang air terjun. Antara apizfc yang hadir seperti louis. nano, kaka rz, idah, along ima dan anaknya serta beberapa lagi fan yang sudi memeriahkan lagi konsert tersebut. Gafimmers antara terhavoc di malam tuh.... sambil tu sempat jumpa Addya yang tolong smpaikan single Nonny dgn laguna 'Pesona' kiriman dari Julia. Thankss...addya...susah-susah ajew.....

Apiz mendendangkan 3 buah lagu iaitu, Mybaby U , Watak & Hujan dan Airmata. Bersama-sama Akim & Aril dgn lagu I Gotta Feeling, Menatap matamu, Bengang & Masih Jelas. Bagi angahlah terus terang ia lebih bercorakkan Showcase instead of Concert. Sbbnya, tempat terhad dan juga bilangan peminat yang hadir turut terhad. Satu permulaan yang baik untuk 3 orang anak muda ini sebagai mukadimmah untuk terus maju industri seni ini. Anyway thanks to Datin Tiara kerana sanggup mengemudi konsert nieh serta berkongsi dengan peminat2 Apiz, Aril & Akim. Thanks...sebab sudi bergambo dengan angah...hehehehhe....

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.