Thursday, February 11, 2010

Happy Ever After - Adinda Diddy & Allen



Salam.....
Selamat Pengantin Baru khas untuk adinda Diddy & Allen. Setelah menyulam dunia percintaan selama 10 tahun , pertunangan selama 4 tahun akhirnya ke jinjang pelamin jugak. Alhamdulillah..... Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!! Semoga Diddy & Allen berbahagia sehingga ke anak cucu hingga ke akhir hayat.

Angah mohon maaf sebab tak dapat pergi ke Johor hari tu, atas urusan kerja yang kini semakin menimbun dan tak terkata-kata lagi dah. Insya'Allah , jika pihak lelaki membuat khenduri resepsi di Lembah Klang akan angah hadirkan diri walo bagaimana sekali pon coba membolosi waktu terluang untuk ke majlis DD kelak.....[sebelum subuh dah terpacak ....hehehhee].



Dengan dua kali lafaz, pasangan mempelai yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama empat tahun kini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM300 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM10,000 pada 6hb Februari '2010. Syukran...syukran......
Tahniah juga buat Bad kerana dah tambah lagi sorang keluarga. Susah payah, pahit getir laluan kehidupan Bad bersama Diddy hingga lah Diddy bergelar suami kepada Allen adalah satu pengorbanan seorang abang terhadap adiknya. You're the best - bro Bad!

pix credit to: UCM

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.