Saturday, June 12, 2010

Majlis Kesyukuran Kepulangan Shahir.

Salam....

Hari Sabtu bersamaan 5hb Jun 2010, adalah hari penantian buat ibu bapa Shahir dan keluarganya menyambut kepulangan Shahir yang selama 3bulan tidak jumpa ketika berada di akademi af8. Terharu dan rasa gembira yang amat sangat itulah yang di rasai shahir tatkala buat pertama kali menjejakkan kakinya di kampung halaman di Taman Bandar Baru, Kampar , Perak selepas bergelar juara Akademi Fantasia pada musim ke-8. Kedatangannya di sambut dengan penuh gilang gemilang bersama-sama sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan juga peminat-peminatnya dalam anggaran 200~ 500 orang yang setia menunggu dari jam 2petang sehinggalah jam 5petang.


Walaupun kehadiran Shahir agar lewat dari jadual sepatutnya, namun mereka tetap tidak berganjak tetapi menunggu Shahir pulang ke kampung dengan penuh kesabaran. Tatkala van sampai sahaja di laman rumah, menderu peminat-peminat shahir dan juga fan clubnya menyambut kedatangan Shahir seperti menyambut kedatangan YB ke taman tersebut. Namun, Shahir memohon maaf kelewetannya tiba di sebabkan masih menjalani pengambaran
Diariku...Shahir yang di tayangkan di astro Ria jam 10 malam tiap-tiap hari Ahad.


Shahir begitu sabar melayani karenah peminat-peminatnya yang ramai dari kalangan kaum hawa, begitu juga dengan warga tua , kanak-kanak serta yang berkeluarga yang ingin bergambar dengan beliau. Walaupun dalam kepenatan, Shahir tetap melayan mereka dengan baik. Majlis tersebut juga dihadiri Pengetua Norman serta isterinya dan juga Cikgu Siti Hajar. Pada hari tersebut, ibu bapa Shahir dapat melepaskan kerinduan terhadap anak sulong mereka begitu juga Shahir yang sentiasa melemparkan senyuman dalam kepenatan. Kehadiran fan club Shahir juga mewarnai majlis tersebut dengan pakaian serba biru atau lebih dikenali Gelombang Biru.



Cita-cita Shahir untuk mengumpul modal untuk membuka gelanggang futsal di kampung halamannya di Taman Bandar Baru, Kampar. Dia berusaha untuk membuka gelanggang tersebut sebagai salah satu cabang perniagaannya untuk memantapkan diri beliau selain daripada industri seni
.


Begitu hebatnya penangan seorang Juara AF8 . Malah lagu single terbaru beliau 'Kebahagiaan dalam perpisahan' begitu hebat di putarkan di setesen radio ERA, HotFm, MuzikFm dan juga SuriaFm. Manakala keesokan harinya pula beliau di anugerahkan Ikon Belia Negeri Perak.


1 comment:

  1. assalamualaikum w.b.t...
    wah!!memg meriah skali tuh....semoga selamat smuanya yer....gud luck utk shahir...senyum soKmo dess...=))

    ReplyDelete

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.