SOMEONE LIKE YOU MAKES THE SUN SHINE BRIGHTER SOMEONE LIKE YOU MAKES A SIGH HALF A SMILE SOMEONE LIKE YOU MAKES MY TROUBLESOME MUCH LIGHTER SOMEONE LIKE YOU MAKES LIFE SEEM WORTHWHILE
Saturday, July 24, 2010
Malam Uda & Dara
Masih keje lagi di waktu 4.52pm bersamaan hari Sabtu 24 Julai 2010. Walau pun Dedor, kurang sihat tetapi tanggungjawab tetap di pikul. Lebih2 lagi, kena jadi JAGA kena uat cleaning pulak petang2 nieh sbb next Monday ada visitor, kata-nya la.
Kali nieh nak citer pada 14/07 - yakni Rabu, tetiba dapat sms dari anis lebb tetiba jew ajak tgk teater Uda & Dara. Ingatkan main-main, rope2nye btui2 tu. Bayangkan lah waktu keje dah la petang jam 2.45pm, memang tingin nak pergi sb minat dengan karya Datuk Rahim Razali.
Especially, tix di taja oleh anis....hehehehehe... so by hook or cook ..pergi jugakla. Sib baik bawa persalinan dlm kete, pas keje bersiap pon di tempat keje. Sabo jew la...aniss ooooiiii..))) dah agak jam tapi masih tawakal. Hujan pulak tu, separuh giler di uatnyer... dengar Era & Hotfm merata2 katakan jalan utama "JAMMMMMMM"... nak tak nak dah sampai Sungai Way...pehhh!!! Letey mak aiii... jam sepanjang perjalanan hinggalah ke Midvalley dan susur Cheras. Sib baik tingat pesanan lizz kalo nak cepat skit ikut jalan terowong smart.
Dah mcm drift nieh melalui terowong smart, nak kejo masa katakan. Kuar jew...adoyaiiii!!! Jam jugak [dlm hati nieh duk berkata... mcm mana lah pekerja2 lembah kelang bley tahan sabo??!!].
Calling anis lebb, gtau samada angah can make it or not...go on with lan, lizz, imah dll.... jangan tunggu angah tetapi nak tunggu jugak. Exactly, at 8pm sampai Istana Budaya. Bukan angah ajew.. berduyun duyun orang terlewat gak.
Thanks anis.... liz, lan, imah & adik ipar duai serta kengkawan anis sebab tunggu angah FROM KLANG WITH JAM....hehehhee.... Yang peliknya... bila duk tgk teater Uda & Dara soklan tertanya di hati angah... "KENAPA TAK BLEY FEEL EKKKK?".
Hujung Minggu Agenda 10 / 07 / 2010
Hampir 2 minggu dah berlalu, cepatnya masa berlalu sebegitu pantas mcm melalui jalan pintas jew. Sejak dua menjak nieh pon, kureng sihat. Tetiba demam & selsema datang mendadak , rasa nak coti ajew tapi tu la.... keje kan. Hingga kini masih "THE DOOR"... heheheh [anda faham] dan selsema masih ada sikit2 dalam peringkat pemulihan agaknye kot. Nieh sajew nak tepek apa yang angah lakukan pada 10 Julai yang lepas. [sebab tu demam ... wakakkaka...sabo ajew la]
Thursday, July 22, 2010
Wong Fei Hung @ Faisal Hussein Wong
Dicatat oleh
DRS. KHALIL IDHAM LIM
Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film "Once Upon A Time in China".Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li.
Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung? Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.
Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).
(Harus di ingat gelaran fei ini juga merujuk kepada orang-orang cina muslim di negara kita seketika dahulu,ie, kumpulan Hai San di Perak).
Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi.Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Harimau Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Kerana itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati keluarga Wong.
Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.
Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda.
Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734.Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea).
Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun),pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in.Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju.
Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Harimau dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata.
Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejamdi Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton .
Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan
juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin(tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun
dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.
Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah
kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.
(Tidak menghairankan sekiranya Manchu sebagai maharaja terakhir China di gambarkan sesegitu rupa bagi menghalalkan kerajaan komunis sediaada di China).
Tuesday, July 6, 2010
Lagu Warisan
Amati lah setiap bait-bait lirik Warisan ini. Professog Khoo Kay Kim pernah berkata: " Bumi Malaysia ini bukan sembarangan tempat."
Lagu Warisan
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintis sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Monday, July 5, 2010
Nur Kasih
Semalaman angah terasa amat sebak tapi tidak tahu mengapa dan kenapa ianya terjadi ??? Hari minggu Ahad, tika berkemas-kemas bilik dan susun atur semula [mungkin terasa rajin] agar nampak kemas dan tukar selera tiba-tiba ternampak senaskah buku yang angah beli sewaktu teater Natrah tahun lepas. Bukan novel Natrah pun tetapi hanya buku yang tertulis nama pelakon-pelakon watak utama hinggalah pelakon sampingan yang memeriahkan teater tersebut. Juga terdapat secara ringkasan dan gambaran kisah hidup Natrah @ Bertha Hertough, tanpa sebab angah terasa sebak justeru terus berlinangan airmata. Mengapa? Kenapa?? Entahlah angah pon tidak tahu... hingga kini. Apakah kisah riwayat Natrah masih ada lagi tertinggal sisa-sisa kebenaran perjalanan kehidupannya.... wallahualam. Mungkin ada sebab kehidupan, penderitaannya, jiwanya hakikatnya.... dendam yang tiada kesudahan dalam dirinya. Tiada siapa yang tahu...?? Apakah masih ada Nur Kasih di dalam dirinya tetapi di khianati oleh bangsanya sendiri????
Lantas hingga petang ini... masih lagi terasa 'sesuatu'... seolah-olah ada kisah yang belum 'sudah'. Namun dia telah tiada, tiada ungkaian misteri hidupnya sebenar. Buat apa nak fikir hal orang telah 'tiada', kita yang masih bernafas ini pun belum tentu ada 'kesudahan' cerita.
Mungkin juga ini hanya mainan perasaan angah.... harap janganlah terpengaruh sesungguhnya yang elok dan molek adalah dari Allah s.w.t & kita hanya hamba-Nya yang serba kekurangan dan daif dalam kesempurnaan.
Tiba-tiba selepas Maghrib pula, terngiang-ngiang lagu Nur Kasih dari saudara Yassin. Indah sungguh setiap lirik bait-bait yang tertulis :-
Nur Kasih.
Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan
Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan
Nur kasih
Nur kasih
Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran
Nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih
Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi
Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih
Sunday, July 4, 2010
GERMANY 4 VS ARGENTINA 0
JERMAN meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas Argentina di Stadium Green Point, Cape Town semalam.
Jerman bermula cemerlang sebaik sepak mula apabila Thomas Mueller menanduk masuk hantaran percuma Bastian schweinsteiger pada minit ke-3.
Pemain tengah Jerman, Miroslav menggandakan jaringan pada minit ke-67 sebelum Arne Friedrich membuka gol pertamanya di peringkat antarabangsa, 29 minit perlawanan memasuki babak kedua.
Pasukan kendalian Pengurus Joachim Loew kini menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia keempat mereka selepas terlebih dahulu menyingkirkan England 4-1 di pusingan kedua.
Lebih menyakinkan, Jerman mempamerkan permainan dengan kelas tersendiri selepas menghentikan langkah anak buah Diego Maradona di peringkat suku akhir.
Belang Jerman
CAPE TOWN: Jerman mengetepikan ramalan awal apabila mudah membelasah Argentina 4-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia, lewat malam tadi - sekali gus menghantar Diego Maradona serta Lionel Messi pulang.
Miroslav Klose menyumbat dua gol untuk merakamkan rekod peribadi dengan himpunan keseluruhan 14 gol dalam tiga penampilan Piala Dunia untuk menyamai pencapaian rakan senegara, Gerd Muller.
Penyerang Brazil, Ronaldo terus mendahului selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 15 gol.
Thomas Mueller memberi pendahuluan buat juara tiga kali itu apabila menanduk masuk seawal minit ketiga permainan sebelum Klose meraikan penampilan antarabangsa ke-100 dengan menampan bola masuk pada minit ke-68.
Pertahanan, Arne Friedrich menjaringkan gol pertama antarabangsanya dengan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-74 dan Klose menyumbat gol keempat, yang juga gol kedua peribadinya, seminit sebelum tamat saingan.
“Adalah gila untuk menewaskan Argentina 4-0. “Saya berasa Jerman menggegar ketika ini,” kata Mueller.
Rakan sepasukan dan pemain terbaik perlawanan, Bastian Schweinsteiger menambah: “Kami mungkin bertemu Sepanyol di separuh akhir nanti. Bagi saya, mereka adalah pasukan terbaik dunia tetapi kami juga bagus, kami percaya pada diri.”
Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula berkata: “Anak buah saya beraksi seperti pasukan juara. Mereka melakukan semuanya dengan hampir sempurna.”
Penyerang Argentina, Carlos Tevez yang hampa di atas kekalahan besar itu berkata: “Kekalahan seperti ini amat menyakitkan. Kami bermain buruk dan jika anda melakukan kesilapan, anda boleh pulang.” - Agensi
credit to: Berita mingguan
1st score
2nd score
3rd score
4th score
Friday, July 2, 2010
Perginya Omar Ong Yoke Lin, Perintis Perikatan
KUALA LUMPUR: Dengan kembalinya ke Rahmatullah Tun Omar Ong Yoke Lin hari ini, Malaysia kehilangan seorang pejuang kemerdekaan dan anggota terakhir kabinet pertama negara di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Omar, 92, meninggal dunia akibat sakit tua di rumahnya di sini pada 8.15 pagi tadi dan jenazah dikebumi di Makam Pahlawan.
Allahyarham merupakan seorang daripada pengasas MCA dan pada 1952, dan bersama-sama Datuk Yahya Razak dari Umno, membuka jalan ke arah pembentukan Perikatan MCA-Umno yang membawa kepada kelahiran gabungan parti pelbagai kaum dan pelopor kepada Barisan Nasional yang terus memerintah negara sehingga hari ini.
"Ong Yoke Lin dan Datuk Yahayalah yang memutuskan untuk membentuk sebuah perikatan bagi bertanding pada pilihan raya ini," kata almarhum Tunku Abdul Rahman dalam bukunya pada 1977 bertajuk "Looking Back", bagi mengimbas pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada 1952 ketika negara masih di bawah pemerintahan British.
Perikatan itu, yang memenangi sembilan daripada 12 kerusi pada pilihan raya itu, kemudiannya disertai MIC.
Omar yang merupakan Ketua MCA Selangor, kemudian menjadi Naib Presiden MCA dan anggota Parlimen Ulu Selangor.
Beliau adalah antara empat anggota parti Perikatan yang menggubal Perlembagaan Malaya ketika itu di London pada April 1957 sebelum kemerdekaan pada Ogos tahun yang sama.
Pada 1961, beliau mengetuai delegasi Malaya ke Sarawak bagi membincangkan pembentukan Malaysia dan merupakan seorang daripada wakilyang menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia di London pada September 1963.
Beliau diberikan jawatan Menteri Pos dan Telekomunikasi oleh Tunku Abdul Rahman dalam barisan kabinet 10 anggotanya pada 1955 yang turut melibatkan tokoh terkemuka seperti Tun Abdul Razak, Tun V.T.Sambathan, Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan Tun H.S.Lee.
Antara 1956-1957, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri Pengangkutan dan dalam kabinet pertama selepas kemerdekaan, Omar diberi portfolio Menteri Buruh dan Kebajikan Sosial.
Beliau berkhidmat sebagai Menteri Kesihatan dan Kebajikan Sosial dari 1959 hingga 1962 serta menteri tak berportfolio (1962-1973).
Pada Mei 1962, Omar berlepas ke Amerika Syarikat bagi berkhidmat sebagai Wakil Tetap ke Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi tempoh 10 tahun sehingga 1972.
Beliau berkhidmat dan bersara presiden Dewan Negara antara 1973 dan 1980.
Selepas meninggalkan kerajaan, Omar memegang beberapa jawatan tinggi di sektor swasta termasuk sebagai Pengerusi Esso Malaysia Bhd, Malaysian Oxygen Bhd dan OYL Industries Bhd.
Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 23 Julai 1917, Omar mendapat pendidikan di Victoria Institution di mana beliau bertemu Yahya.
Beliau lulus peperiksaan matrikulasi Universiti London pada 1934.
Omar, yang memeluk Islam pada 1961, dianugerahkan darjah kebesaran Seri Setia Mahkota yang membawa gelaran "Tun" pada 1979.
Beliau terlibat secara aktif dengan kerja kebajikan antaranya sebagai Pengerusi Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan St John's Ambulans, presiden Yayasan Jantung Malaysia dan naib presiden Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). -BERNAMA
credit : mstar online