JERMAN meneruskan kemaraan ke pusingan separuh akhir selepas mencatatkan kemenangan besar 4-0 ke atas Argentina di Stadium Green Point, Cape Town semalam.
Jerman bermula cemerlang sebaik sepak mula apabila Thomas Mueller menanduk masuk hantaran percuma Bastian schweinsteiger pada minit ke-3.
Pemain tengah Jerman, Miroslav menggandakan jaringan pada minit ke-67 sebelum Arne Friedrich membuka gol pertamanya di peringkat antarabangsa, 29 minit perlawanan memasuki babak kedua.
Pasukan kendalian Pengurus Joachim Loew kini menjadi pilihan utama untuk merangkul kejuaraan Piala Dunia keempat mereka selepas terlebih dahulu menyingkirkan England 4-1 di pusingan kedua.
Lebih menyakinkan, Jerman mempamerkan permainan dengan kelas tersendiri selepas menghentikan langkah anak buah Diego Maradona di peringkat suku akhir.
Belang Jerman
CAPE TOWN: Jerman mengetepikan ramalan awal apabila mudah membelasah Argentina 4-0 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Dunia, lewat malam tadi - sekali gus menghantar Diego Maradona serta Lionel Messi pulang.
Miroslav Klose menyumbat dua gol untuk merakamkan rekod peribadi dengan himpunan keseluruhan 14 gol dalam tiga penampilan Piala Dunia untuk menyamai pencapaian rakan senegara, Gerd Muller.
Penyerang Brazil, Ronaldo terus mendahului selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 15 gol.
Thomas Mueller memberi pendahuluan buat juara tiga kali itu apabila menanduk masuk seawal minit ketiga permainan sebelum Klose meraikan penampilan antarabangsa ke-100 dengan menampan bola masuk pada minit ke-68.
Pertahanan, Arne Friedrich menjaringkan gol pertama antarabangsanya dengan menjadikan kedudukan 3-0 pada minit ke-74 dan Klose menyumbat gol keempat, yang juga gol kedua peribadinya, seminit sebelum tamat saingan.
“Adalah gila untuk menewaskan Argentina 4-0. “Saya berasa Jerman menggegar ketika ini,” kata Mueller.
Rakan sepasukan dan pemain terbaik perlawanan, Bastian Schweinsteiger menambah: “Kami mungkin bertemu Sepanyol di separuh akhir nanti. Bagi saya, mereka adalah pasukan terbaik dunia tetapi kami juga bagus, kami percaya pada diri.”
Jurulatih Jerman, Joachim Loew pula berkata: “Anak buah saya beraksi seperti pasukan juara. Mereka melakukan semuanya dengan hampir sempurna.”
Penyerang Argentina, Carlos Tevez yang hampa di atas kekalahan besar itu berkata: “Kekalahan seperti ini amat menyakitkan. Kami bermain buruk dan jika anda melakukan kesilapan, anda boleh pulang.” - Agensi
credit to: Berita mingguan
1st score
2nd score
3rd score
4th score
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.