Monday, July 5, 2010

Nur Kasih

Salam.....

Semalaman angah terasa amat sebak tapi tidak tahu mengapa dan kenapa ianya terjadi ??? Hari minggu Ahad, tika berkemas-kemas bilik dan susun atur semula [mungkin terasa rajin] agar nampak kemas dan tukar selera tiba-tiba ternampak senaskah buku yang angah beli sewaktu teater Natrah tahun lepas. Bukan novel Natrah pun tetapi hanya buku yang tertulis nama pelakon-pelakon watak utama hinggalah pelakon sampingan yang memeriahkan teater tersebut. Juga terdapat secara ringkasan dan gambaran kisah hidup Natrah @ Bertha Hertough, tanpa sebab angah terasa sebak justeru terus berlinangan airmata. Mengapa? Kenapa?? Entahlah angah pon tidak tahu... hingga kini. Apakah kisah riwayat Natrah masih ada lagi tertinggal sisa-sisa kebenaran perjalanan kehidupannya.... wallahualam. Mungkin ada sebab kehidupan, penderitaannya, jiwanya hakikatnya.... dendam yang tiada kesudahan dalam dirinya. Tiada siapa yang tahu...?? Apakah masih ada Nur Kasih di dalam dirinya tetapi di khianati oleh bangsanya sendiri????

Lantas hingga petang ini... masih lagi terasa 'sesuatu'... seolah-olah ada kisah yang belum 'sudah'. Namun dia telah tiada, tiada ungkaian misteri hidupnya sebenar. Buat apa nak fikir hal orang telah 'tiada', kita yang masih bernafas ini pun belum tentu ada 'kesudahan' cerita.

Mungkin juga ini hanya mainan perasaan angah.... harap janganlah terpengaruh sesungguhnya yang elok dan molek adalah dari Allah s.w.t & kita hanya hamba-Nya yang serba kekurangan dan daif dalam kesempurnaan.

Tiba-tiba selepas Maghrib pula, terngiang-ngiang lagu Nur Kasih dari saudara Yassin. Indah sungguh setiap lirik bait-bait yang tertulis :-

Nur Kasih.

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.