Friday, December 31, 2010

HAPPY NEW YEAR 2011 & SELAMAT TAHUN BARU 2011

DON'T WORRY BE HAPPY NEW YEAR

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 DENGAN AZAM BARU, PENGHIJRAHAN BARU, SEGALANYA BARU TETAPI YANG LAMA TETAP DI INGATI....

Thursday, December 30, 2010

BLUE IS THE COLOUR FOR MALAYSIA


AFF SUZUKI CUP 2010

Jakarta: Malaysia will once again be donning their "lucky" blue away jerseys when they face Indonesia in the second leg of the AFF Suzuki Cup final at the Gelora Bung Karno Stadium on Wednesday.

While yellow shirts have been the traditional first-choice colours for the Tigers, they have regularly worn their alternate kit during this year's tournament. The blue shirt has been used for four of their six matches so far including both of Malaysia's home games, against Vietnam in the semi-finals and Indonesia in the final.

"Apparently the blue-coloured shirt has brought us quite a bit of luck," said Malaysia team manager Subahan Kamal. "Coach K. Rajagobal believes in that so we will stick with it for the second leg of the final.

"
The statistics seem to support that view as Malaysia have been unbeaten so far in the blue kit, winning three of the four game that they have played in it. Meanwhile, they have yet to win a game in the yellow shirts, losing 5-1 to Indonesia and drawing 0-0 against Vietnam.

According to Subahan, Vietnam did not agree to Malaysia's request to use blue in the second leg of the semi-finals as the white shorts that are part of their away kit would have clashed with the all-white Vietnamese kit. However, Indonesia have agreed to Malaysia's request to use their blue shirts and socks with the black shorts of their home kit.

"It is not that big a deal," Subahan explained. "If the other team had said that we cannot use that colour, then we would use yellow. But Indonesia said today during the team managers' meeting that it would not be a problem as long as we wore different coloured shorts."

In addition to being the team's lucky colour so far at this year's AFF Suzuki Cup, blue also brought good fortune to Malaysia at last year's Southeast Asia Games, when they beat Vietnam 1-0 in Vientiane for the first gold medal in 20 years.

Indonesia, who lost for the first time in the tournament after donning white shirts for the 3-0 defeat by Malaysia in the first leg of the final, will revert to their traditional home colours of red shirts and white shorts for the return match.

PIALA SUZUKI AFF GENGGAM HARIMAU MALAYSIA


Gol Safee Menyakinkan Saya
credit to: Utusan online

JAKARTA – Pengendali skuad negara, K. Rajagobal mengakui dia sudah terbayang kejuaraan selepas jaringan gol yang dilakukan oleh Safee Sali pada minit ke-53 kerana amat sukar buat Indonesia bangkit mendapatkan lima jaringan dalam tempoh baki perlawanan yang tinggal di separuh masa kedua.

Katanya, selain memberikan kelebihan gol di tempat lawan, ia mengundang rasa keyakinan buat pemain pertahanan mudanya untuk bertahan membendung asakan bertali arus tuan rumah.

‘‘Walaupun Indonesia cuba bangkit selepas mendapatkan gol penyamaan pada minit ke-71, saya masih menaruhkan kepercayaan kepada para pemain untuk mempertahankan kelebihan yang kita ada.

‘‘Selepas gol kedua Indonesia, saya sedar masa sudah semakin suntuk buat mereka dan kejuaraan hampir pasti dirangkul oleh kita,” katanya pada sidang media selepas perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, semalam.

Tambah Rajagobal, dia sedar Indonesia akan mempamerkan perwatakan agresif sebaik wisel perlawanan dimulakan dan memberitahu pemainnya supaya memberi lebih perhatian ketika bertahan pada awal 45 minit separuh masa pertama.

‘‘Saya berpesan kepada pemain, sekiranya mereka kehilangan bola, mereka mesti cepat merampas kembali dan bekerja secara berpasukan.

‘‘Kami dapat bertahan dengan baik dan berharap melakukan serang balas untuk melakukan jaringan.

‘‘Sekiranya penalti pada minit ke-18 dapat disempurnakan oleh Indonesia, saya rasa ia mungkin memberikan semangat buat tuan rumah untuk mendapatkan gol namun saya puji semangat yang dipamerkan oleh pemain-pemain muda saya,” katanya.

Media Indonesia juga sempat bertanyakan apakah formula kejayaan yang dilakukan olehnya selepas kalah besar 1-5 pada perlawanan pertama.

Tanpa berselindung, Rajagobal berkata rahsia kejayaannya kerana memberikan kepercayaan kepada pemain mudanya dan menganggap kekalahan pertama itu sebagai proses kematangan. – Utusan

Berakhir kemarau 14 tahun

credit to: Syed Riduan Ahmad di Jakarta
smriduan@nstp.com.my

Malaysia bawa pulang Piala Suzuki; Safee muncul penjaring terbanyak

HARIMAU Malaya seperti memberi 'markah kasihan' kepada Indonesia dan penyokong mereka untuk menang di laman sendiri ketika episod penyudah di Stadium Gelora Bung Karno, malam tadi menyaksikan anak didik K Rajagobal mencipta gemilang ditabal selaku juara baru Piala Suzuki AFF.

Di sebalik kekalahan 1-2 gara-gara kealpaan benteng pada lewat babak perlawanan akhir kedua, Malaysia hebat ungguli kejuaraan edisi 2010 atas agregat 4-2 – sekali gus menamatkan kemarau 14 tahun buat menghiburkan jutaan rakyat di tanah air yang bangun menabik skuad masa depan negara.
Dalam perlawanan akhir pertama, pasukan negara menang 3-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 26 Disember lalu.

Bagi Indonesia, igauan 1979 nyaris berulang tetapi tetap kecewa gagal menyekat lawan yang pernah menewaskan mereka 1-0 dalam final Sukan SEA di Senayan menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Ledakan padu Safee Sali pada minit ke-53 – jaringan yang menerbitkan rasa gelisah jutaan rakyat Indonesia – menjadikan jumlah gol peribadi penyerang Selangor itu kepada lima untuk muncul pemenang anugerah Kasut Emas.

Namun, dua gol Indonesia menerusi Mohammad Nasuha pada minit ke-72 dan Mohammad Ridwan, dua minit sebelum wisel penamat memberi sedikit penawar duka kepada 95,000 penyokong Merah-Putih meskipun menggigit jari melihat trofi yang mereka amat idamkan itu menjadi milik lawan.
Sebaik pengadil meniup wisel penamat, kekecohan kecil tercetus antara penyokong Indonesia, dengan sebahagian daripada mereka membantah sikap tidak ‘sporting’ (kesukanan) sebahagian penonton di tempat duduk paling atas.

Bagaimanapun keadaan dapat dikawal 10,000 pegawai keselamatan diketuai pegawai dari Malaysia, Datuk Dell Akhbar Khan.

Tuesday, December 28, 2010

Fantasi ku Di Alam Nyata


Salam.....

Minggu lepas 22/12/2010 - Rabu, hari pertama teater Siti di Alam Fantasi di pentaskan di Panggung Sari Istana Budaya. Dengan usaha gigih... sanggup tu pergi jugak ke sana walopon perjalanan dari Klang ke K.Lumpur memang dekat tetapi dengan jam, hujan, masalah jalanraya dari 45 minit boleh jadi 1 ~ 2jam itu pun dapat kuar awal dari opis. Selalunya kalo dari pukul 5.30pm gerenti sampai Istana Budaya...sipi-sipi pukul 8pm [bayangkan ... mcm nak balik kg Teluk Intan jew].

Anyway, kali nieh angah dengan lizz, anis lebb & anggota teater baru mastura sanggup nak tgk CT Fantasi. Komen - mungkin hari pertama masih ada kelemahan tetapi tak mengapa... kebanyakan teater 1st day ada jew kelemahan lepas tu barulah semangat teater mengancam datang sebab bila tgk penonton otomatik menjadi terbaik. Tahniah khas utk si pokok dan si mamat, tanpa mereka terasa hambar teater nieh tetapi tarikan komedi bersahaja memang menjadi!!!

Monday, December 27, 2010

SYABAS MALAYSIA!!!

Indonesia Tertekan


credit to Hussain Said & Jumiaty Rosly

Berita Online
Malaysia bawa bekalan selesa 3-0 ke Jakarta

KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak Malaysia menunaikan hajat besar jutaan peminat bola sepak tanah air, dan kini mereka hampir mendakap Piala Suzuki AFF buat julung kali selepas menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama, di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Situasi ini membuatkan pasukan pelawat bergelar Merah-Putih itu bertambah pincang kerana ada tugasan besar untuk dibereskan di Jakarta, Rabu ini dalam perlawanan akhir kedua dengan realitinya harus menjaringkan empat gol tanpa dibolosi untuk menafikan impian pasukan Harimau Malaysia.
Berdasarkan format pertandingan Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) keputusan perlawanan untuk menentukan juara ditentukan atas perkiraan agregat gol dalam dua perlawanan timbal balik.

Pancaran laser dan letupan bom asap pada babak kedua di gelanggang menyentap sedikit penghormatan negara kerana gelagat penyokong yang kurang bertanggungjawab tapi dua gol daripada Mohd Safee Sali pada minit ke-60 dan 72 serta satu menerusi pemain gantian, Mohd Ashari Samsudin, minit ke-68 berjaya memadamkan ‘gangguan sementara’ itu.

Jurulatih, K Rajagobal yang merancang baik strategi pasukan pada setiap perlawanan mengulangi komitmen sama dan beranggapan gol pertama pada babak kedua meniup semangat pemainnya untuk mencari kemenangan mutlak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

“Selepas mendapat gol pertama, sama seperti di Indonesia dulu, ia menaikkan semangat pemain dan selepas itu, kita terus menyerang dan mendapat gol kedua dan ketiga. Kita mungkin boleh menambah gol keempat namun pengadil tidak memberikan sepakan penalti.
“Sebelum bermain, saya sudah dapat rasakan yang kita akan mendapat tiga gol. Apa yang pasti pemain berjaya menghiburkan seluruh penyokong kita di stadium malam ini (malam tadi). Mereka berhak untuk menang ,” katanya.

Kedudukan berbekal modal selesa ini akan dibawa pasukan ke Stadium Gelora Bung Karno, Rabu ini ketika ramai sudah beranggapan pasukan kebangsaan ini ada ramuan untuk mengatasi rekod barisan 1996 – yang layak ke final – untuk muncul juara baru kali ini.

Dalam final pada tahun berkenaan pasukan yang dibintangi pemain seperti Zainal Abidin Hassan gagal menjulang trofi berkenaan apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam perlawanan akhir di Singapura.

Kali terakhir pasukan negara menewaskan Indonesia dalam final kejohanan utama adalah pada Sukan SEA 1979 di Jakarta 1-0 menerusi jaringan tunggal Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

HARIMAU BAHAM GARUDA

credit to MUHAMMAD DAYNE AZMIN,

FERZALFIE FAUZI dan ZAZALI JAMIAN
Utusan online


KUALA LUMPUR – Dendam terbalas! Garuda tersembam ke bumi dibaham Harimau Malaya. Nampaknya reputasi gah Indonesia sekadar omong kosong apabila anak-anak buah K. Rajagobal memastikan penyokong Malaysia berpesta di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan kemenangan cukup menyakinkan, 3-0.

Luka kekalahan 1-5 di Jakarta telah diubati dengan kemenangan berharga ini dan Malaysia kini berpeluang cerah menjulang trofi Piala Suzuki AFF buat kali pertama.

Turut menyaksikan kemenangan bersejarah itu ialah Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan dif-dif kehormat yang lain.

Dianggarkan sebanyak 85,000 penonton membanjiri stadium pada malam, semalam.

Nama Safee Sali layak disanjung sebagai wira Malaysia kerana dua golnya pada minit ke-59 dan 71 selain Mohd. Ashari Samsudin pada minit ke-67 memastikan Malaysia membuatkan Indonesia pulang dengan penuh kekecewaan.

Kemenangan ini sudah pasti memberikan kelebihan besar buat Malaysia yang akan bertandang ke bumi Jakarta pada Rabu depan untuk perlawanan akhir kedua.

Walaupun beraksi agak gementar pada separuh masa pertama, percaturan bijak Rajagobal memasukkan Ashari dan mengeluarkan

Mohd. Amirulhadi Zainal untuk menukar rentak serangan sebaik bermula separuh masa kedua membuahkan hasil lumayan buat pasukan negara.

Ashari bagaikan menjadi senjata sulit negara apabila serangan dari arah sebelah kiri jelas bertenaga dan membuatkan benteng Indonesia dalam keadaan kucar-kacir.

Detik gemilang Malaysia bermula 14 minit pada separuh masa kedua, apabila pengantin baru yang melangsungkan majlis persandingannya, Norshahrul Idlan Talaha bijak menghukum kesilapan Maman Abdurachman di sebelah kanan sebelum melorongkan bola kepada Safee yang tidak dikawal untuk memberikan gol pembukaan buat Malaysia.

Keyakinan Garuda sedikit terjejas selepas Malaysia meraih gol pertama dan kesempatan itu diambil oleh pemain Malaysia, hasilnya, Ashari melakukan rembatan menarik dalam kotak penalti pada minit ke-67 untuk menewaskan Markus yang hanya mampu tergamam.

Keadaan di Bukit Jalil gegak gempita sementara penyokong Indonesia terus bermuram apabila Malaysia memperoleh gol ketiga hasil hantaran silang yang cantik daripada bek kanan, Mahalli Jasuli sebelum disudahkan melalui tandukan Safee pada minit ke-71 bagi meletakkan Harimau Malaya kini sebelah kaki untuk menjulang Piala AFF.

Selepas gol tersebut, aksi pemain Indonesia semakin longlai, namun sebaliknya keyakinan pemain Malaysia semakin menggila, malah hampir mendapat gol keempat melalui sayap lincah negara, S. Kunanlan pada masa kecederaan tetapi Markus sempat menghalang.

Dalam aksi di Jakarta nanti, Malaysia sudah pasti akan kehilangan khidmat Mohd. Amirulhadi Zainal yang mengutip kad kuning kedua dalam perlawanan ini sementara Indonesia pula terpaksa meratapi ketiadaan Oktovianus Maniani yang turut menerima nasib yang sama.


****90,000 penonton @ penyokong bola sepak membanjiri Stadium Nasional****


Tuesday, December 21, 2010

TRON LEGACY

Salam....
Tron legacy, naskah yang menghiburkan. Seronok jugak filem digital mcm nieh, tapi hakikatnya ada cerita sebaliknya yang nak di sampaikan. Pertama sekali, jangan terlalu taksub nak mengubah persepsi atau hak Maha Pencipta yakni Allah s.w.t. Sesungguhnya untuk membuat satu perubahan dengan kelebihan teknologi hakikatnya akan memusnahkan dunia ini tanpa sempadan. Akhirnya bila manusia ingin menjadi tuhan sudah tentu tewas di tangan manusia juga. Walau bagaimanapun, bila nonton Tron Legacy jangan anggap ianya sebagai hiburan sahaja sebaliknya kita fikir akan mesej yang ingin di sampaikan ke minda kita.
[lepas jugak rindu angah pada Bruce Boxleitner yang memegang watak Alan @ Tron]



Jeff Bridges as Kevin Flynn @ Clu
Garret Hedlund as Sam Flynn
Bruce Boxleitner as Alan Bradley @ Tron
Olivia Wilde as Quorra
Michael Sheen as Castor / Zuse


PLOT

In 1989, Kevin Flynn, an innovative software programmer and the CEO of ENCOM International, tells his eight-year old son Sam about a new "digital frontier" he has created called The Grid, a virtual domain existing inside the game system. Kevin tells Sam of the two programs helping him, Tron and Clu. Tron keeps The Grid secure, while Clu is tasked with creating the perfect system.

Twenty years later, Sam haunted by Flynn's mysterious disappearance, investigates a page that originated from a supposedly disconnected number at Flynn's long-shuttered arcade. Exploring the arcade, Sam discovers a concealed door leading to a computer laboratory in the basement. Attempting to discover what his father was doing by calling up the command logs and reissuing the last command entered Sam activates a digitizing laser which transports him to The Grid.

Sam is captured and taken to the game arena where he receives combat armor and an identity storage battle disc from four Sirens, including Gem. When Sam attempts to escape he is pitted against Rinzler, a master of the games, who discovers that Sam is not a program, but a user. Sam is taken to Clu, who Sam initially believes is his father. Clu brings Sam into a Light Cycle match with several other programs, and Sam is nearly killed before Quorra rescues him, taking him to a distant hideout. There, he is reunited with his father Kevin. It is revealed that during The Grid's development the so-called "isomorphic algorithms" (ISOs) manifested out with the potential to unlock mysteries in almost every field of science, philosophy and art. Clu saw the ISOs as imperfect beings and following his programming, betrayed both Kevin and Tron and seized control over The Grid. He then systematically eliminated all ISOs. It is further revealed that the portal to the real world, which takes massive amounts of energy to sustain, cannot be open indefinitely and ultimately closes: it can only be opened from the outside.

Quorra reveals that Kevin can choose to "re-integrate" with Clu at any time, but that the process would destroy them both. Seeing how determined Sam is to go back, Quorra tells him about Zuse who she believes may be able to provide safe passage out of The Grid. Using Flynn’s Light Cycle to travel back onto The Grid, Sam changes identities before the vehicle is detained. While searching for Zuse, Sam encounters Gem, who tells Sam she can lead him to the person he needs to find.

At the End of Line Club, the club owner Castor is revealed to be Zuse, but turns against Sam. Kevin and Quorra arrive to rescue Sam, and Quorra is severely injured when her arm is derezzed. They escape but Kevin's disc is seized by a guard, and eventually winds up in the hands of Castor. Kevin, Sam and Quorra are nearly killed when the elevator they are on plummets from the End of Line club. Kevin uses his system creator powers to bring all to a gentle stop. Castor bargains with Clu to be given administration over the city for Kevin’s disc, but Clu takes the disc and destroys the club, derezzing Castor and Gem. Stowing away on a transport ship, Kevin heals Quorra, now revealed to be the last surviving ISO, bringing her back online.

All ultimately arrive at a station within a massive warship. Trying to avoid detection, they encounter Rinzler. Giving her identity disc to Kevin, Quorra sacrifices herself as a distraction so that Sam and Kevin may safely reach the portal. Watching Quorra's capture, Kevin sees Rinzler and immediately recognizes him as Tron, reprogrammed to serve Clu. Clu reveals his plans to use Kevin's disc as a means of sending himself and his army into the real world in order to "perfect" it. While Kevin commandeers a flyer, Sam saves Quorra and retakes Kevin's disc.

They head for the portal, pursued by Clu, his guards and the reprogrammed Tron using light-jets. Between Quorra's evasive flying and Sam manning a rear turret, they manage to shoot down most of their opponents, only to come under fire from Clu. As their flyer takes damage, Tron manages to break his programming and collides with Clu's light-jet. As Clu and Tron fall towards the digital sea, Clu manages to wrest Tron's baton away from him and, using it to manifest a replacement light-jet, continues his pursuit, while Tron sinks into the sea, his red markings fading out to be replaced with his original white.

At the portal Sam, Kevin and Quorra see their way blocked by Clu. Clu seizes the identity disc from Kevin and is horrified to discover it is actually that of Quorra. Kevin uses his powers as a user and creator to hold Clu back, and ultimately sacrifices himself by reintegrating with Clu. The two merge and explode as Sam and Quorra transport through the portal back to the basement of Flynn's arcade. Sam shuts The Grid server down and meets Alan Bradley upstairs. Sam tells Bradley he will start working at ENCOM on Monday, and as the controlling interest shareholder of ENCOM, he will name Bradley chairman of the board. Sam joins Quorra for a ride on his motorcycle and shows Quorra her first sunrise.

JANGAN LUPA NONTON DI PAWAGAM BERHAMPIRAN DI TEMPAT TINGGAL ANDA.

Friday, December 17, 2010

TEATER SITI DI ALAM FANTASI


Salam....

Siti di Alam Fantasi pernah di pentaskan 10tahun yang lalu , di mana watak Siti di pegang oleh artis kecil molek comey lotey yakni Amy Mastura. Tetapi kali nieh di watak tersebut di beri kepercayaan penuh kepada artis remaja masa kini Liyana Jasmay. Apkah Liyana mampu memberikan persembahan sehebat Amy Mastura suatu ketika terdahulu....=). Kita tunggu dan tengok....
Jangan lupa beramai-ramai kita serbu Panggung Sari Istana Budaya yang bermula pada 22hb Disember 2010 hingga 31hb Disember 2010. Penutup teater Istana Budaya tahun 2010.
Tiket boleh di dapati dengan harga mengikut kemampuan penonton/pelanggan...hehehe :- RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150 sahaja.
Serba sedikit cer criter...cer criter....

Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.

Friday, December 10, 2010

Moh Tengok "HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH".


Salam....

Dah tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah??? Jangan tunggu lama-lama weyyyhhh!! Rugi tau kalo tak tengok, mau teringat-ingat... terngiang-ngiang sampai ke tido. Criternye lagi best dari Zombie Kg Pisang, mau pecah dalam panggung dengo gelak ketawa kalah hantu kak limah di buatnya. Bagi angahlah, antara filem2 sutradara Mamat Khalid yang INILAH paling best!!!! Anyway, itu hak masing-masing menilaikannya tapi bagi angah sesapa yang blom tengok lagi...jangan buang masa. Cikgu-cikgu yang bercoti sekolah sakan nieh kalo ada famili bawaklah sekali , gerenti puas hati. Yang lelain jangan lupa pulok, harapkan cikgu jew memang tak bley pecah dlm panggung... moh kita!!! Cher criter...cher criter...teman bangga bebeno bahasa peghak di guna sepenuhnya..=)


JANGAN LUPA EKKKK!!! TEMU JANJI KOME KAT PANGGUNG BERDEKATAN, KALO JAUH PON MOH JUGAK... ADA BANYAK BAS, LORI, TEKSI ..TAHAN JEW !!!!! BAYAR SENDIRI-SENDIRI =p



YANG PASTI ADA KESINAMBUNGANNYA .... TUNGGU DALAM KESABARAN =)

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH 1432h

Salam.....

Awal Muharran atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam Sejarah Islam. Pertama - memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Kedua - ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunnat di masjid-masjid di seluruh negeri bagi doa penutup tahunan dan juga doa pembuka tahunan yang baru.
“Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…”

Semoga Allah jadikan Subuh kita Cahaya... Zohor kita Gembira... Asar kita Bahagia.. Maghrib kita Keampunan... Isyak kita Keberkatan... Doa kita Diterima.... Rezeki kita Diberkati... Serta Dibuka pada kita pintu Syurga tanpa sempadan...

Selamat Tahun Baru Hijrah 1432H


Saturday, December 4, 2010

Im Falli'n with Jang Dong Gun


Salam.....

Filem aksi antara filem yang harus angah tontoni sbb suka dgn skill & teknik seni pertahanan diri tak kiralah samada dgn menggunakan jurus tangan mahupun bersenjata , tak kisahlah samada citer omputih, china, melayu, korea, tamil apa pun bley saja janji .... LAYANZZZZ =). Semalam pas keje, seperti biasa tempat lepak angah kat JJ Bukit Tinggi, so jalan-jalan cari makan angin sambil window shopping 'ter'jalan kat tempat sinema. Tetiba tingin pulak nak tengok citer The Warrior's Way sbb lakonan dari aktor Korea Jang Dong-gun , sebelum nieh Rain pernah berlakon as Assasin. Rope-ropenya gabungan pelakon barat dan juga timur jugak .. kelako nye berlaku pada bertahun-tahun dahulu....once a upon a time...far far away...mcm fairytales la pulak. Seharusnya.... ok la sebagai hiburan semasa sebab byk yang tak logiknye..sib baik Jang Dong-gun jadi heronye..... walo pun mukanya yang sentiasa serius tetap menawan , tetap maintan encem dan macho lagik....wakakakakkaa... =D





Friday, December 3, 2010

SYUKUR !!!

Salam....

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Thursday, December 2, 2010

I LOVE MOVIE

Salam......

MOvie @ Film @ Teater.... menghiburkan especially waktu-waktu stress dengan kerja. Lebih-lebih lagi musim cuti sekolah nieh. Macam-macam filem ada berlumba-lumba di pawagam. Bulan November, dalam diam tak diam banyak jugak yang dah angah tonton. Dari filem Takers hingga lah sebelum bulan November berakhir filem Appalasamy.....

Diantara yang menjadi tontonan angah :-

3rd November - TAKERS

stars:- Matt Dillon, Michael Ealy, Chris Brown, Idris Elba, Paul Walker, Hayden Christensen, T.I [nieh mcm Teluk Intan jew...hehehhe].
5th November - ESTET
stars:- Farid Kamil, Sasi Tharan, Jasmine Michael, Soffi Ikan, Siti Fazurina, Rosyam Nor, Dato' David Arumugam, T.Mohan
7th November - ADVENTURE OF ADELE BLANC-SEC : RISE OF THE MUMMY
stars: Louise Bourgon, Gilles Lellouche
19th November - HARRY PORTER AND THE DEATHLY HALLOWS
stars: Daniel Radcliffe, Emma Watson, Ron Wesley
20th November - UNSTOPPABLE
stars: Denzel Washington, Chris Pine
23rd November - AVATAR 3D NEW EDITION
stars: Zoe Saldana, Sam Worthington, Sigourney Weaver
25th November - RAPUNZEL @ TANGLED
stars: Mandy Moore, Zachary Levi
26th November - NGANGKUNG
stars: Sam Shaheizy, Eira Syazira, Azad, Angah Raja Lawak, Puteri Mardiana, Mazlan Pet-Pet
27th November - TEATER NATRAH -2
stars: Umi Aida, Maya Karin, Remy Ishak, Susan Lankaster, Fizz Fairuz, Aaron Aziz, Liyana Jasmay, Nabila Huda, Sharifah Sofia, Lufya Omar.
28th November - APPALASAMY
stars: Gana Pragasam, Jaclyn Victor, Raja Ilya, Sharifah Amani, Sasi Tharan.