SOMEONE LIKE YOU MAKES THE SUN SHINE BRIGHTER SOMEONE LIKE YOU MAKES A SIGH HALF A SMILE SOMEONE LIKE YOU MAKES MY TROUBLESOME MUCH LIGHTER SOMEONE LIKE YOU MAKES LIFE SEEM WORTHWHILE
Friday, December 17, 2010
TEATER SITI DI ALAM FANTASI
Salam....
Siti di Alam Fantasi pernah di pentaskan 10tahun yang lalu , di mana watak Siti di pegang oleh artis kecil molek comey lotey yakni Amy Mastura. Tetapi kali nieh di watak tersebut di beri kepercayaan penuh kepada artis remaja masa kini Liyana Jasmay. Apkah Liyana mampu memberikan persembahan sehebat Amy Mastura suatu ketika terdahulu....=). Kita tunggu dan tengok....
Jangan lupa beramai-ramai kita serbu Panggung Sari Istana Budaya yang bermula pada 22hb Disember 2010 hingga 31hb Disember 2010. Penutup teater Istana Budaya tahun 2010.
Tiket boleh di dapati dengan harga mengikut kemampuan penonton/pelanggan...hehehe :- RM30, RM50, RM70, RM100 & RM150 sahaja.
Serba sedikit cer criter...cer criter....
Siti di Alam Fantasi mengisahkan tentang seorang budak perempuan yang kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Bapa Siti, Tuan Malim meraikan harijadi Siti di satu majlis yang meriah, tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu membuka rahsia: kekayaan datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri, kelak papa kedana tujuh keturunan. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari geliga milik keturunannya.Akhirnya, rumah yang tenggelam, timbul semula seperti sedia kala. Pengalaman pengembaraan mengajar Siti berhati mulia, kesetiaan pengikutnya dan pengorbanan binatang lain melunturkan kesombongannya. Akhirnya Siti menyedarinya bahawa “selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja, miskin bukan hamba selama”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.