Monday, September 28, 2009

Masih demam raya???

Salam

Dalam diam tak diam dah masuk 9 Syawal. Masih ada yang demam beraya lagi mahupun betui2 demam raya sbb 'duit dah pokai'. Wahhh!!! Tapi itulah hakikatnya... mcm angah jugaklah kan gaji dapat awal kena pandai2 la budget. Boleh ke budget?? Pehh!!! Pengsan jugak nak tunggu sampai ujung bulan nieh....gerenti penat 'memudget'. Anyway, insya'Allah... jika ada kemahuan di situ ada jalan...

Angah nak kongsi beberapa gambo raya yang sempat snap snoop tika beraya di Teluk Intan. Kononnya team tahun nieh Purple tapi ternyata angah sendiri pakai kaler merah...gara2 baju tak sempat siap walhal dah 3bulan dah bagi tailor tu... huhuhu. Rezeki tak deq kot!! Yang penting baju anak-anak sempat di jahit dan di pakai di pagi raya. Seronok...sekali beraya di kg....walo pon penat.


Ada lemang, ketupat, rendang tok, kari ayam, dendeng dan kuah kacang utk hidangan di pagi raya tak lupa juga dgn biskut2 moden untuk hidangan di pagi syawal. Yang tak sangka tu, sampai 13mcm biskut raya moden tak termasuk kuih kapit, mini popia dan kerepek2....tu la setahun sekali katanya.... Tahun nie adik angah rajin uat biskut yang baru di pelajari...so save skit budget..hehehhe

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


ASSALAMUALAIKUM

Salam di Hulur Tanda Ingatan, Buat Semua Insan Umat Islam di Pagi Syawal


Mohon Keampunan Dosa-dosa Yang ku Lakukan


Marilah Bersama Kita Saling Bermaaf-maafan Semoga Lebaran Ini

Membawa Keinsafan Diri

Sejarah Yang Hitam Agar Tidak Terulang Untuk Selamanya


Pada Dia Yang Pergi Kita Hulurkan Doa Tulus Suci Agar Roh Mereka
Dicucuri

Oleh Rahmat-Nya

Thursday, September 17, 2009

My Heart, My Soul & My Dignity

Salam....

Dalam kesibukan keje..tetiba mendatang satu tamparan seperti tsunami menerjah dalam kehidupan seharian angah. Namun, ianya satu dugaan dan juga cobaan dari Allah s.w.t yang sentiasa menguji hambanya yang lemah dalam serba serbi mengharungi kehidupan di muka bumi pinjaman-Nya ini. Sesungguh ianya memberi satu penambahan energy kekuatan lagi dalam diri angah untuk menghadapi kemelut yang beronak berduri meranjau kehidupan kita sebagai manusia. Mungkin , angah selalu mendiamkan diri..hanya memerhati dan kesabaran menjadi prinsip hidup ini tapi selama mana ia tetap akan meletup jika di perap, di peram dan tidak di luahkan rasa di dalam hati ini....

Walo pon kemelut ini melanda dan mengecewakan diri ini hingga ke tahap maksimum... hanya pujuk diri sendiri untuk meneruskan perjalanan ini. Yang tahu diri ku Hanyalah Diriku sahaja. Jika ada yang mengaku mengenali diri angah...itu adalah tidak benar...yang mereka tahu hanya se-zarah kulit sahaja.....

Anyway, dalam ketidakstabilan akal dan fikiran angah meluangkan masa berbuka puasa dengan kengkawan yang memahami angah... tempat luahan rasa.. Thanks lizz, lan & lebb.....for being with me...
Perjalanan hidup ini umpama roda, ada kala di atas dan sepanjang masa di bawah. Sebuah sketsa kehidupan adalah lakonan untuk sementara sahaja sehingga tiba masanya...hanya tinggal nama.

Wednesday, September 16, 2009

BERBUKA PUASA DI STUDIO CAFE - 13/09/09

Salam....

Akhirnya walo pon tak dapat makan kat cheng ho, mungkin rezeki berbuka kami di studio cafe di wangsamaju. Teruja sesangat setelah sekian lama tak ke situ...(tak la sampai sebulan pon..kan). Kali ni angah pergi dengan wien (nompang dia la...hehehehe), agak lewat jugak dalam bihkurang kol 6pm. Jam memangla...tp cool...(dlm hati...boley ke ontime smpai nieh). Alhamdulillah, sampai ke destinasi jalan jalan carik makan. Liz, lan & tun ropenyer terlebey dulu dah menunggu di studio cafe. Di ikuti dengan anis lebb lak...sampai awal jugak nieh katakan...lewat kan....

Makanan memang sedap gler di uatnyer...sampai kempunan sotong tak dapat...ahakksss.. Kuih muihnye lazat sampai menjilat ke siku lengan...(nanges KFC). Yang paling istimewa malam tu sambutan besday adik aiman yang chomell datang dengan ayongnya yang berusia 9tahun, diikuti nyanyian hepi besday dan juga di sertai oleh rakan teman sahabat di meja sebelah..... Setelah usai makan, didendangkan nyanyian Macam-macam Ada oleh Za8. Sore....memang sedap selayaknya menjadi jore AF2....
Za8 & Nita...amatlah peramah...nice couple..so nice ....(rasenya dah byk kali cakap nieh..) such a humble couple. Semoga mereka sentiasa bahagia dan juga biz merka semakin maju dari semasa ke semasa... Sebelum pulang ke rumah, sempat sessi bergambo dgn Za8 & nita jua bergambo kete ms posing...(nak jugak tuh...)

za8,angah,tun,nita,anis lebb,wien, lan diva malatopp

Monday, September 14, 2009

MAJLIS IFTAR BERSAMA APIZ AF7

Salam.....

Alhamdulillah... akhirnya dapat juga angah berjumpa face to face dengan apiz. Pehh!!! Chomell nyer...so kiut miut..especially rambutnya dan pipi gebu. Apiz..memang peramah, tak payah nak tunggu peminat tegur dia tetapi dengan senyuman dan ramah tamah bual mesranya membuat peminat merasa amat di hargai.. (ya tak lan??!!! yang teruja sangat2 kan...)
Walo pon, keterlewatan agenda majlis namun ianya berakhir dengan santunnya. Peminat dari pelusuk negeri dengan penuh debaran menanti kehadiran apiz dengan penuh kesabaran (lebey2 lagi bulan pose...).
Majlis iftar bersama apiz di adakan di Bora Ombak, Ampang pada 12hb Sept 2009. Angah sampai pon dalam kol 6.15pm , terkujat gak... Aidid & Lan D'vom pon ada bersama2, kira ada kenalan jugak la. Tak lama, lan daniel sampai dengan 'drivernyer' (sapa ekkk??)...itu adalah rahsia...
Eventhou, ini pertama kali angah join event apizfc ternyata semuanya ramah mesra dan sporting. Juz luv the environment..walo pon pertama berkenal dan bersua muka... meja angah terpisah semeja jew...tp at last join gak tempat lan..sebab lebih pokes...(bley gtew??!!)

gerammnnyyyeerr........



Majlis bersurai dalam pukol 10.40pm, sblum pulang apiz tetap jumpa peminat untuk beredar. Malah sudi jumpa angah & lan bersalaman...sebelum kami pulang ke rumah masing-masing.
Syukran...syukran.... alhamdulillah...
(chomelll....sesangat apiz nieh...!!!!)

Saturday, September 12, 2009

Detik-detik Fotosut Aidilfitri - 21.07.2009

Salam....
Ari ni angah malas nak stori-mori tetapi nak tepek jew gambo-gambo yang sedia ada dalam kamera nih. Fotosut Riz & angels di lokasi rumah ms prez pada 21hb Julai 09, jam 3pm.

Manakala yang pulak di dada majalah hiburan exclusive Media Hiburan edisi Raya....
Glam lagi! Wakakakakkaa......


WALLAWEY...

Friday, September 11, 2009

Salam AIdilfitri Ayahanda & Bonda - Raihan & Hujan

Salam.....

Antara lagu terbaru hari raya tahun ini, Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda adalah yang terbaik buat angah...luv it!!! Tersentuh hati....wahhh!!!








Budi dan pengorbanan ayahanda dan bonda ,
walo pon seribu tahun tak terbayar oleh anakandamu........

Thursday, September 10, 2009

Tuesday, September 8, 2009

Sepanjang kenangan 'Home Style' berbuka puasa bersama Riz , Angels & Family


Salam...

Salam Ramadhan yang ke-18hari, diam tak diam tak payah nak menghitung hari lagi..berdebar-debar tak lama lagi dah nak raya. Ahad bersamaan 6hb Sept'09 yakni 16 Ramadhan merupakan tarikh untuk berbuka puasa bersama-sama Riz-angels & family. Tetapi angah tetap keje separuh hari (then kawan take over) kewajipan harus di laksanakan. Balik keje baru tercari-cari dessert , last minit beli pineapple egg tart jew.

Balik umah dulu, sebab nak amik apa yang patut seperti sejadah, telekung, persalinan baju then baru ke umah wien. Tompang wien jew... dalam kol 3.12pm barulah bertolak dari umah wien. Nak ke Kelana Jaya pulak sebab...jeng..jeng..jeng...nak ambil makanan catering kat Kelana Square. Mencari satu hal sbb memang tak pernah ke sana (tanpa tujuan) sesat apa lagi..calling calling..sampai lepak kat tengah2 divider fly-over. Nasib baik lah tak jauh dari tempat tu, sampai jew nasi tomato baru jew masak.

Adventure nih, bayangkan wien bawa kete satria neo tp makanan lak nasi tomato, nasi putih, dalca, jelatah, ayam masak merah, laksa, kuah laksa, rencahan laksa, air teh panas, dengan pinggan mangkuk..dll...pada mulanya terkujat gler gak!!!! Sabo jew la kan.... paling tak bley lupa sebab kete 'besar' sesangat kan terpaksa la angah masuk bahagian seat belakang sbb nak letak nasi tomato, air teh panas dan kuah laksa ... magic tuh..boleh muat lak dgn angah sekali. Wakakakaka..... dah selesai susun kat seat belakang, leganya...dapat kuar..berpeluh gler diuatnya. Nasib baik pakai baju biasa...(ada yang luar biasa ke??)...

Cian wien, selalu nya drive mcm formula 1 kali nih laju lagi kura-kura. Orang lain pandang depan tp angah pandang belakang...risau gak kalo tertumpah ke, terjatuh. Sambil tu berborak-borak dgn wien kalo sesat sampai villa ukhuwah, kita meniaga jew kat jalan TAR. Tu la pasal tak sayang molot kan...bley tersasar ke jalan TAR ... wakakakaka...boley sesat ke sana...pengalaman, pengalaman gelak macho kitorang. Berpatah balik...kali ni kena hati-hati bercakap..hehehhe. Dalam keadaan yang amat berhati-hati memandu, al-maklumlah first time nak ke jalan titiwangsa memang asyik tersasar namun akhirnya berjaya sampai villa tersebut dalam kol 5.30pm tepat waktu pendaftaran. Disana muz, liea, ann, jaja, fiza dan famili aiman x kisah dah sampai terlebih dahulu.

Tolong menolong menyiapkan hidangan sambil berborak-borak kosong sbb perut kosong. (Sepanjang perjalanan tadi...sabo jew la dengan bau-bauan dalcanya, laksanya...menguji tahap keimanan angah btui!!!). Kol 6.30pm, barulah bersiram dan salin baju untuk majlis iftar tersebut. Tak lama, lizz, lan, anis lebb diikuti kak mawar & hubby dan ramai lagi angels sampai. Yang paling comey anak sedara ann...aiman bebob...geram pipinya yang chubby (tingatkan Tun yang tak dapat join sbb hal keluarga tp ada lagi abang chubby - Nomot. Ya Amponnn......). Tak lama tuh barulah Riz & edward (ejam) sampai..ustaz , famili auntysms...dan akhirnya family Riz iaitu abg zaizi, kak som dengan anak dan bakal menantunya.

Tepat jam untuk berbuka puasa...bestnya sessi nih beramai2 beratur ambil makanan, duduk ramai-ramai, borak ramai-ramai....macam macam ada...tak kering gusi antara angels ni kalau berkumpul topik semasa dan topik luar biasa pon ada hingga nak jadi duta mineral water dan tisu..Malah ada diva malatopp, rancangan sehati berdansa dan berbalas pantun pon ada jugak...hehhehe Selesai berbuka puasa, sembahyang jemaah maghrib di ikuti dengan isyak serta terus berterawih.

Inilah KENANGAN YANG PALING MANIS TIKA SEMBAHYANG BERJEMAAH, MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM KAMI.

Selesai usai majlis... akhir sekali sessi basuh pinggan mangkuk ayun, periuk belanga dan segala-galanya gotong-royong sesama angels.
(kami lah wonderwoman...yang penting kerjasama...hehehehhe)

insya'allah jika ada umur yang panjang, harap kita berjumpa lagi....