Tuesday, September 8, 2009

Sepanjang kenangan 'Home Style' berbuka puasa bersama Riz , Angels & Family


Salam...

Salam Ramadhan yang ke-18hari, diam tak diam tak payah nak menghitung hari lagi..berdebar-debar tak lama lagi dah nak raya. Ahad bersamaan 6hb Sept'09 yakni 16 Ramadhan merupakan tarikh untuk berbuka puasa bersama-sama Riz-angels & family. Tetapi angah tetap keje separuh hari (then kawan take over) kewajipan harus di laksanakan. Balik keje baru tercari-cari dessert , last minit beli pineapple egg tart jew.

Balik umah dulu, sebab nak amik apa yang patut seperti sejadah, telekung, persalinan baju then baru ke umah wien. Tompang wien jew... dalam kol 3.12pm barulah bertolak dari umah wien. Nak ke Kelana Jaya pulak sebab...jeng..jeng..jeng...nak ambil makanan catering kat Kelana Square. Mencari satu hal sbb memang tak pernah ke sana (tanpa tujuan) sesat apa lagi..calling calling..sampai lepak kat tengah2 divider fly-over. Nasib baik lah tak jauh dari tempat tu, sampai jew nasi tomato baru jew masak.

Adventure nih, bayangkan wien bawa kete satria neo tp makanan lak nasi tomato, nasi putih, dalca, jelatah, ayam masak merah, laksa, kuah laksa, rencahan laksa, air teh panas, dengan pinggan mangkuk..dll...pada mulanya terkujat gler gak!!!! Sabo jew la kan.... paling tak bley lupa sebab kete 'besar' sesangat kan terpaksa la angah masuk bahagian seat belakang sbb nak letak nasi tomato, air teh panas dan kuah laksa ... magic tuh..boleh muat lak dgn angah sekali. Wakakakaka..... dah selesai susun kat seat belakang, leganya...dapat kuar..berpeluh gler diuatnya. Nasib baik pakai baju biasa...(ada yang luar biasa ke??)...

Cian wien, selalu nya drive mcm formula 1 kali nih laju lagi kura-kura. Orang lain pandang depan tp angah pandang belakang...risau gak kalo tertumpah ke, terjatuh. Sambil tu berborak-borak dgn wien kalo sesat sampai villa ukhuwah, kita meniaga jew kat jalan TAR. Tu la pasal tak sayang molot kan...bley tersasar ke jalan TAR ... wakakakaka...boley sesat ke sana...pengalaman, pengalaman gelak macho kitorang. Berpatah balik...kali ni kena hati-hati bercakap..hehehhe. Dalam keadaan yang amat berhati-hati memandu, al-maklumlah first time nak ke jalan titiwangsa memang asyik tersasar namun akhirnya berjaya sampai villa tersebut dalam kol 5.30pm tepat waktu pendaftaran. Disana muz, liea, ann, jaja, fiza dan famili aiman x kisah dah sampai terlebih dahulu.

Tolong menolong menyiapkan hidangan sambil berborak-borak kosong sbb perut kosong. (Sepanjang perjalanan tadi...sabo jew la dengan bau-bauan dalcanya, laksanya...menguji tahap keimanan angah btui!!!). Kol 6.30pm, barulah bersiram dan salin baju untuk majlis iftar tersebut. Tak lama, lizz, lan, anis lebb diikuti kak mawar & hubby dan ramai lagi angels sampai. Yang paling comey anak sedara ann...aiman bebob...geram pipinya yang chubby (tingatkan Tun yang tak dapat join sbb hal keluarga tp ada lagi abang chubby - Nomot. Ya Amponnn......). Tak lama tuh barulah Riz & edward (ejam) sampai..ustaz , famili auntysms...dan akhirnya family Riz iaitu abg zaizi, kak som dengan anak dan bakal menantunya.

Tepat jam untuk berbuka puasa...bestnya sessi nih beramai2 beratur ambil makanan, duduk ramai-ramai, borak ramai-ramai....macam macam ada...tak kering gusi antara angels ni kalau berkumpul topik semasa dan topik luar biasa pon ada hingga nak jadi duta mineral water dan tisu..Malah ada diva malatopp, rancangan sehati berdansa dan berbalas pantun pon ada jugak...hehhehe Selesai berbuka puasa, sembahyang jemaah maghrib di ikuti dengan isyak serta terus berterawih.

Inilah KENANGAN YANG PALING MANIS TIKA SEMBAHYANG BERJEMAAH, MENGERATKAN LAGI SILATURAHIM KAMI.

Selesai usai majlis... akhir sekali sessi basuh pinggan mangkuk ayun, periuk belanga dan segala-galanya gotong-royong sesama angels.
(kami lah wonderwoman...yang penting kerjasama...hehehehhe)

insya'allah jika ada umur yang panjang, harap kita berjumpa lagi....

2 comments:

  1. angah..riz tu sdara angah eh???konpius la..

    ReplyDelete
  2. salam mimie....

    btui tu...sdara ...
    tp sdara islam la...hehhehehe

    wallawey

    ReplyDelete

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.