Wednesday, December 2, 2009

TWILIGHT SAGA : NEW MOON


Filem:
Twilight: New Moon

Dibintangi oleh:
Kristen Stewart, Robert Pattinson, Taylor Lautner dan Dakota Fanning

Genre:
Fiksyen / Pengembaraan

Ulasan:
‘New Moon’, filem sekuel yang diadaptasikan daripada novel tulisan Stephenie Meyer. GUA percaya ramai yang sudah menyaksikan filem ini sebaik sahaja ia mula ditayangkan pada 26 November lalu.

Jika di Amerika Syarikat, ‘New Moon’ telah mencipta fenomena luar biasa apabila mula ditayangkan pada 16 November lalu. Ramai yang terus terpikat dengan ketampanan Robert Pattinson yang melakonkan watak Edward Cullen, seorang pontianak romantik. Lakonan Taylor Lautner yang memegang watak Jacob juga memancing kehadiran penonton, gara-gara dia sentiasa mempamerkan tubuh badannya yang sasa.

Bagi yang sudah menonton, apa pendapat anda tentang filem romantik versi pontianak ini? Hebat atau tidak? Bagi GUA, ia tidak sehebat filem pertamanya. Bukan kerana GUA tidak puas menatap wajah Edward Cullen yang hanya muncul pada permulaan dan penghujung cerita, tetapi GUA tidak berapa senang dengan jalan cerita yang bergerak terlalu perlahan. Malah, garapan pengarah Chris Weitz juga tidak sehebat pengarah terdahulu, Catherine Hardwicke.

Lihat sahaja bagaimana Weitz menggambarkan watak Jacob. Bagi GUA dia cuba menggunakan Jacob sebagai pelaris. Cuba anda fikirkan, ketika babak Bella terjatuh daripada motosikal dan kepalanya berdarah, Jacob yang cuba membantu terus menanggalkan bajunya untuk membalut luka Bella. Perlu ke menanggalkan baju semata-mata untuk membalut luka yang tidak seberapa? Nampak sangat pengarah cuba mempergunakan tubuh sasa Lautner.

Bagaimanapun, Weitz berjaya mengadaptasi karektor Bella dengan baik. Kali ini penonton akan menyampah dengan Bella yang suka buat perangai kerana terlalu kecewa ditinggalkan Edward. Perasaan yang sama apabila anda membaca novelnya.

Berbeza dengan filem pertama di mana Bella dan Edward akhirnya menyedari mereka tidak boleh berpisah kerana saling mencintai, ‘New Moon’ menyaksikan Edward tiba-tiba mengambil keputusan untuk meninggalkan Bella kerana percaya manusia dan pontianak tidak boleh hidup bersama.

Bella yang tidak dapat menerima hakikat mula menyendiri dan ini merisaukan ayahnya sehingga dia membuat keputusan untuk menghantar Bella ke rumah ibunya. Tidak mahu pulang ke rumah ibunya kerana percaya Edward akan pulang mencarinya, Bella mula memberi alasan yang dia sudah mengatasi kekecewaannya.

Bella mula keluar dengan Jessica untuk menonton wayang dan satu insiden telah memberi idea kepada Bella untuk sentiasa dekat dengan Edward. Caranya, dia perlu berhadapan dengan bahaya supaya bayangan Edward muncul di depan mata.

Dalam masa yang sama, dia semakin rapat dengan Jacob, anak kepada sahabat baik ayahnya. Tanpa pengetahuan Bella, Jacob sebenarnya adalah serigala jadian. Namun, identiti Jacob terdedah apabila dia cuba menyelamatkan Bella daripada diserang oleh rakannya yang berang. Keadaan bertambah rumit apabila Jacob cuba merebut cinta Bella daripada Edward.

Namun segala halangan berjaya dihadapi. Bella dan Edward tetap bersatu sebagai pasangan kekasih.

Info:
Sekuel terbaru ‘The Twilight Saga: Eclipse’ telah pun menamatkan pengambarannya pada 29 Oktober lalu. Untuk filem ketiga ini, anda akan melihat Jacob patah hati apabila dia mendapat tahu Bella dan Edward akan melangsungkan perkahwinan.

credit to: gua.com

Sabtu lepas (28/11/2009), angah telah menonton New Moon di TGV Jaya Jusco, Bukit Tinggi Klang dan pastinya hari ini Rabu (2/12/2009) angah akan menonton untuk kali ke-2 bersama ahli keluarga UCM pula. Rasa tak sabar pula menonton sambungannya ECLIPSE pada tahun hadapan mungkin dalam bulan Julai di Malaysia, especially nak tahu bagaimana Edward & Jacob bergabung untuk menyelamatkan orang yang d i sayangi, Bella dari pemburuan musuh tradisi pontianak yang membalas dendam akan kematian kekasihnya itu... tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.