Tuesday, February 24, 2009

PUTERI GUNUNG LEDANG SESSION 3


Yess!!! Akhirnya melangkah jugak ke IB untuk menyaksikan malam terakhir hari terakhir teater muzikal drama Puteri Gunung Ledang Session 3. Watak terakhir uat Tiara memegang watak Puteri Gunung Ledang. Angah sampai awal, first of all sebab parking la dan risau sangat pasal trafik jam d KL. Namun, alhamdulillah... bersama2 siapa??? Sudah tentu dgn Riz-angels Muz, Liea, Anis, Tun, Wien, Ina serta Auntysms & famili.
Sebuah teater muzikal yang terbaik karyanya dimana boleh melihat pelbagai bangsa turut memberi sokongan dan menontonya. Proud of it!!! Especially pendokong2 watak seperti Tiara, Stephen Rahman, Adlin , Ida Mariana , Yalal Chin & semua cast also crew=> CONGRATS!

(Bahagian Pertama)
Berkisar pergolakan Gusti Adipati dan rakyat Majapahit menghadapi pergisiran sengketa dengan bala tentera Demak. Demak yang berleluasa membina empayarnya mahu Gusti Adipati tunduk pada kerajaannya dan menbayar ufti sebagai ganjaran Demak utk memastikan keselamatan rakyat dan negeri Majapahit. Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah adinda Gusti Adipati pula menghabiskan masa bersama Mbok Bayan @ pengasuh beliau dan mempelajari seni kebudayaan keturunan mewarisi seni halusan seni tari temurun golongan Gusti @ diRaja. Beliau turut di temani oleh dayang2 namun jauh di sudut hati tuan puteri kekosongan, kesunyian….untuk mencari cinta sejati.

Kehadiran Datuk Laksamana Hang Tuah ke kota Majapahit telah mencuri hati tuan puteri dan berputiklah cinta diantara dua benua Majapahit dan Melaka.

Dalam suasana menyambut kedtgan Sultan Melaka bersama tuan bendahara tun perak dan dato laksamana Hang Tuah serta sahabatnya dengan penuh adat istiadat malah di tamu dengan tarian istana oleh Gusti Puteri. Tiba2 Gusti Adipati di datangi oleh perutusan bahawa Demak menghampiri Majapahit dan beliau mengisthyharkan Perang. Namun beliau di nasihatkan oleh Patih (paman) untuk memikirkan akan nasib rakyat Majapahit. Sultan Melaka mendapat tahu al-kisah pergolakan antara Majapahit dan Demak, oleh itu beliau mengguna kesempatan ini untuk menolong Majapahit yang di anggap oleh saudara sendiri. Tetapi bersyarat, yakni puteri Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah akan menjadi permaisuri Melaka. Untuk kepentingan rakyat dan Majapahit, syarat tersebut di setujui oleh Gusti Adipati. Maka itu titah Sultan Melaka menghantar Hang Tuah menjadi perutusan pendamaian jika Demak tidak setuju Melaka & Majapahit akan bersatu memerangi angkatan Demak.

Gusti Putri telah mendapat tahu akan tugasan Hang Tuah dan ini membuat puteri menjadi sedih akan pemergian Tuah yg mungkin tidak kembali. Janji dan sumpah setia telah termetrai tatkala mereka bersama untuk bertemu sebelum Tuah ke Demak. Janji Tuah untuk bersama Gusti Puteri untuk selamanya manakala janji Gusti Putri jika Tuah tidak kembali beliau akan menyusul ke Melaka justeru ke puncak cinta mereka di PUNCAK GUNUNG LEDANG.

Akhirnya , Demak bersetuju untuk tidak mencampuri urusan kerajaan Majapahit atas kebijaksanaan Hang Tuah menangani permasalahan sengketa mereka. Adipati yang telah bersetuju dengan syarat yang di kenakan oleh Sultan Melaka terpaksa memahkotakan janji beliau tapi tika itu Gusti Puteri telah pun menghilangkan diri belayar ke bumi Melaka. Mbok Bayan bertanggungjwb dengan kehilangan gusti puteri maka itu beliau dikenakan hokum mati, namun bayan lebih rela membunuh dirinya daripada menerima hukuman dari Gusti Adipati.


Bahagian Kedua.

Hiruk pikuk pelabuhan Melaka kesibukan berniaga dengan pedagang masih tidak dapat menembusi sang ratnapura Hang Tuah merindui kekasihnya Gusti Putri. Dengan sentapan kemarahan Adipati bersama patih dan pelayar telah singgah ke pelabuhan Melaka. Dengan rasa kemurkaan terhadap Hang Tuah hampir membawa ke pertumpahan darah , nasib baik patih (paman) telah menasihati Gusti agar di beritahu kepada Sultan Melaka. Ketika ini lah terbongkarlah cerita bahawa kekasih hati Gusti Putri telah meninggalkan Majapahit untuk ketemu dgn Tuah di Puncak Gunung Ledang.

Malah yang menyedihkan khabaran lagi, Sultan Melaka telah menitah kepada Hang Tuah, Orang Kaya (Tun Mamat) serta sahabatnya untuk mengetuai rombongan meminang ke Gunung Ledang.

Perjalanan dan pengembaraan ke puncak gunung ledang menempuhi pelbagai dugaan, cabaran dan onak ranjau berduri. Kemunculan nenek kebayan menambahkan lagi kesulitan perjalanan mereka dengan kuasa sakti menentang kegagahan para panglima Melaka. Namun dalam jelmaan nenek kebayan maka terpisahlah Hang Tuan dengan para sahabatnya menuju ke puncak gunung ledang.


Bertemu kembali sepasang kekasih yang saling merindui, menyintai dan kembali segar dengan kata2 indah melafazkan kecintaan hati mereka. Kerinduan terlerai apabila kedua kekasih bersia kembali dalam suasana yang penuh romantis. Namun tidak lama kemudian, Orang Kaya (Tun Mamat) hadir dengan titah Sultan Melaka akan hajat mereka ke Gunung Ledang. Kekecewan dan keterlukaan hati Gusti Putri amat sangat mendalam tatkala Hang Tuah menyatakan ketaatan beliau terhadap Sultan yang memerintah. Jutaan linangan airmata kasih tidak mampu memampuhkan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Maka itu Gusti Putri mengenakan 7 syarat yang mustahil, untuk membalas kembali kekecewaan nya terhadap Hang Tuah- hakikinya.

Sekembalinya ke istana Melaka, Orang Kaya mengadap baginda Sultan dengan 7 permintaan Gusti Putri :-

  • 1 jambatan emas dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 1 jambatan perak dari Melaka ke Gunung Ledang.
  • 7 dulang hati nyamuk.
  • 7 dulang hati kuman.
  • 7 tempayan air mata anak dara.
  • 7 tempayan air pinang muda.
  • 1 mangkuk darah Sultan Ahmad, iaitu anak Sultan Mahmud Shah, dan yang masih kanak-kanak lagi.

Sultan Melaka rasa tercabar dengan kedaulatannya, sanggup menuruti semua kehendak Gusti Putri walau pon terpaksa mengorbankan nyawa putera mahkota Melaka. Sebelum baginda Sultan meneruskan hajatnya, Gusti Putri sempat menghalang Sultan Melaka daripada meneruskan kehendaknya. Malah Gusti Putri menjunjung Kedaulatan Sultan Melaka demi mempertahan rasa cinta yang amat mendalam terhadap kekasihnya Hang Tuah. Jua Gusti Putri turut menerima padah sumpahan daripada Sultan Melaka kerana keingkaran menerima pinangan baginda.

Hang Tuah yang dibeban rasa bersalah membunuh cinta suci Gusti Puteri mulai sedar gila korban setia yang harus dihentikannya. Dia bangkit meluru ke Ledang semula demi Gusti Puteri yagn tercinta, Gusti Puteri masih menanti kekasihnya di puncak Gunung Ledang yang menjadi tugu ingatan kasih mereka.

(untuk hiburan – teater Puteri Gunung Ledang patut di angkat dan di julang naskahnya sebagai contoh teater muzikal terbaik di Malaysia untuk hiburan semua bangsa menikmati perit jerih kerja susun atur begitu indah dan menarik. Syabas Tiara!! Syabas kepada Dato’ Zahim Albakri, Adlin Aman Ramlie, Stephen Rahman-Hughes, Roslan Aziz, Raja Malek dan semua krew PGL Session 3)

Namun angah harap sebagai peminat sejarah jangan pengaruh dengan jalan cerita ini untuk ulas sebagai kesan sejarah. Cerita teater PGL hanya rekaan untuk hiburan semata-mata. Sesungguh Sultan Melaka tidak sekejam itu untuk membunuh anakandanya begitu jua tika Hang Tuah dan Tun Mamat meminang, sewajarnya Hang Tuah telah tua dan tidak kesampai menunaikan hajat Sultan.

Jika anda perasan ada dialog mengatakan waktu Hang Tuah bertarung untuk mendapatkan keris Taming Sari, Gusti Putri masih kecil. Sudah tentu usia Hang Tuah sudah menjangkau lebih 40an tika bertemu Gusti Putri untuk kali kedua. Renung-renungkan….Cintailah Sejarah kita… Cintailah Diri kita…….


No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.