Thursday, February 5, 2009

SMS Dari Seorang Doktor dari Norway di Gaza.

Mads Gilbert, seorang doktor perubatan dari Norway , tiba di Semenanjung Gaza sejak minggu lepas untuk membantu pasukan perubatan Palestin. Memandangkan maklumat terkini dari Gaza sangat terhad ekoran larangan Israel terhadap pasukan media dari daerah berkenaan, Gilbert menggunakan mesej SMS untuk dihantar ke talipon-talipon mudah-alih seluruh Eropah. Mesej yang dihantar Gilbert menjadi satu sumber yang amat berguna untuk memberitakan keadaan sebenar di Gaza .
Mads Gilbert, seorang doktor dari Norway , muncul dalam satu rancangan TV. Gilbert membertitahu pemberita di Gaza bahawa dia tidak akan meninggalkan Gaza , sekalipun beliau kini mendedahkan nyawanya sendiri kepada risiko.

STOCKHOLM, 6 Januari 2008 (MENASSAT) - Menjelang berakhirnya hari ke-11 serangan kejam tentera Israel laknatuLlah ke atas bumi Palestin, laporan perubatan yang tepat terhadap keadaan sebenar yang berlaku di Semenanjung Gaza menjadi suatu yang amat berharga, memandangkan Israel mengharamkan sebarang pasukan media dari memasuki Gaza sejak 27 Disember lalu. Seorang doktor dari Norway, Mads Gilbert, 61 tahun, yang menghantar laporan melalui mesej pesanan ringkas (SMS) semakin mendapat perhatian media dari seluruh Eropah.

Gilbert, seorang pakar triage (menentukan prioriti perubatan berdasarkan kepada keadaan pesakit,) mempunyai pengalaman yang sangat luas bekerja di zon-zon berkonflik, seperti di Beirut pada tahun 1982 ketika Israel menakluk kawasan tersebut, dan juga yang terkini di Afghanistan. Beliau berpendapat keadaan di Gaza adalah suatu yang paling teruk dari apa-apa yang pernah beliau lihat.

Tidak ada lagi peluang yang lebih baik

Gilbert bersama seorang lagi rakan doktor senegara, Erik Fosse, adalah sebahagian dari pasukan sukarelawan perubatan NORWAC - Norwegian Aid Committee. Mereka tiba di Gaza pada 30 Disember, iaitu 3 hari selepas Israel memulakan serangan menggila mereka ke atas Gaza, untuk membantu doktor-doktor Palestin di hospital Al-Shifa yang penuh sesak.

Mengikut Gilbert, serangan Israel terhadap populasi yang padat menyaksikan peristiwa pembunuhan beramai-ramai, memandangkan mangsanya tidak lansung berpeluang untuk menyelamatkan diri dari tembakan yang dilepaskan.

"Unit kawalan rapi (ICU) di sini penuh dengan kanak-kanak yang mengalami kecederaan serius. 25 peratus dari mereka adalah wanita dan kanak-kanak, dan 40 peratus dari jumlah yang tercedera adalah wanita dan kanak-kanak. Tidak ada lagi peluang yang lebih baik untuk menghampiri peristiwa pembunuhan beramai-ramai ini," kata Gilbert kepada Radio Sweden .

Gilbert dan rakannya Fosse dilaporkan bekerja 24 jam membantu mengsa-mangsa, yang jelas semakin meningkat sejak bermulanya serangan tentera darat Israel . Mereka yang tinggal di sebuah bilik hospital juga menyatakan Israel terus meledakkan kawasan tersebut dan menembak ke arah siapa sahaja, apa sahaja.

"Keadaan sangat sejuk dan Israel meledakkan bom sepanjang masa. Semalam, 3 orang pekerja ambulan terbunuh ketika mereka sedang mengangkat mangsa, " kata Gilbert.

Menceritakan Kengerian Melalui SMS

Israel mengharamkan media dari memasuki Gaza, walaupun satu keputusan mahkamah bulan Disember lalu memutuskan 8 orang pemberita rasmi harus dibenarkan memasuki Gaza pada satu-satu masa - sekalipun tentera Israel semakin meningkatkan serangan.

Peguam-peguam media bebas mendakwa bahawa tanpa kehadiran pemerhati dari luar, fakta-fakta tentang apa yang berlaku di Gaza terpaksa bergantung kepada laporan yang terlalu terhad dan berat sebelah.

Isnin lepas masyarakat di sekitar Scandinavia telah mula menerima SMS di talipon mereka, memberi gambaran sebenar yang dilalui oleh Gilbert mengenai keadaan di Hospital Al-Shifa di Gaza.

Mesej asal beliau kepada rakan-rakannya kemudiannya menjadi tajuk utama akhbar-akhbar di Eropah.

Satu mesej yang diterima oleh MENASSAT berbunyi: "Kami berenang di tengah kematian, darah, dan mangsa-mangsa yang terurai. Ramai kanak-kanak. Wanita hamil. Saya tak pernah lihat sebegini dahsyat."

Dalam SMS beliau, Gilbert juga mendakwa pasar utama di Gaza telah dibom pagi Isnin lalu, mengorbankan 20 orang dan mencederakan 80 yang lain.

Mesej-mesej Gilbert kemudiannya menjadi teriakan seorang doktor menyeru orang ramai untuk bertindak memberi tekanan ke atas kerajaan di Eropah untuk menaja genjatan senjata antara Israel dan Hamas.

"Sebarkan. LAKUKAN SESUATU! LAKUKAN LAGI!," rayu Gilbert melalui satu SMSnya, sambil menambah, "Kita tak layak untuk menggelar diri sebagai orang Eropah yang sopan kalau tak bertindak menghentikan semua ini."

Beliau memberitahu Radio Sweden , "Ini sebenarnya adalah setinggan Warzaw untuk tahun 2009," merujuk kepada serangan NAZI ke atas sebahagian dari kaum Yahudi di ibukota Poland ketika Perang Dunia Kedua.

Israel menyatakan hasrat mereka untuk melakukan serangan darat, dan walaupun keadaan di Gaza semakin teruk, Gilbert tidak sekali-kali merancang untuk pulang walaupun dia mengambil risiko yang tinggi ke atas nyawanya.

"Kami di sini untuk meyelamatkan manusia dan kami akan tetap di sini," katanya lagi. [menassat]

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.