Wednesday, June 3, 2009

JOM TENGOK JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK

SALAM..... Nak tolong promosi filem JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK. Rasenye baguih btui strategi filem nih musim coti coti sekolah.. masa trailer tgk mcm best jew!!! Jom kengkawan... kita nonton dulu!!!!


credit to : budiey.com

Sebelum tu pada 31 Mei 2009 Ahad yang lepas, tgk gak filem Syurga Cinta sbb dapat tau dari akhbar yang filem ni dapat kutipan 1.3juta dalam seminggu. But anyway, alhamdulillah.... sebuah naskah yang amat ringkas tapi padat dengan maksud yang hendak disampaikan. Tak payah nak sakit2 kepala... nak fikir citer nih. Thumbs up!! Ahmad Idham & David Teo mengangkat naskah berunsurkan agama. Angah pegi dengan anis (lebb), ina dan anak2 sedara anis - zirah & umairah. Seawal 11am, beli tiket tapi tengok pukul 5.20pm..hehehhe... Anis & the geng sampai JJ Bukit Tinggi kol 3.20pm. Tp balik umah masing2 kol 9pm...dahsyat tuhhhh!!!!

SINOPSIS FILEM SYURGA CINTA
Irham, berusia lewat 20-an anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Pn Sri Mahani telah membesar di luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia telah bersekolah dan bekerja di sana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya. Kerana terlalu lama di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat.

Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Alex dan Zainal sering kalah jika bertaruh. Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini.

Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai seorang muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil. Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal.

Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan ’misi’nya. Melihat ’ketulusan’ Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Irham sebagai kawan dan dalam tempoh berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim dan dia merasa selesa dan tanpa disedari telah menunaikan tanggungjawab sebagai orang Islam seperti mendirikan solat.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma ”suka-suka” dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa. Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki kini lain pula jadinya.

So....untuk mengetahui kesudahan citernyer....tontonilah... SYURGA CINTA....
Ada 3 jenis pernikahan :-
1 - antara setan.
2 - antara jin.
3 - yang sah.... nak tau.....????? Apa lagi...sila lah ke pawagam yang berhampiran...

(nih nak minta David Teo ganjaran promosi...wakakakakka...)

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.