Salam....
Baru angah tingat hari ni Jumaat malam Sabtu...hehehhee..(bukan Khamis malam Jumaat), nanti ramai yang kompius lak kan. Yang pasti bukan Keliwwon tapi angah nak kongsi pasal citer drama Nur Kasih di TV3 yang di tayangkan pada pukul 9 mlam pada tiap-tiap Jumaat malam.
Sebuah karya dari sutradara Kabir Bhatia dan juga pasangannya Mira Mustaffa.. Angah salute btui la sbb kebanyakan karya sutrada dari Kabir Bhatia tidak pernah mengecewakan penontonnya bermula dari filem "CINTA".
Sebelum ni antara drama karya beliau seperti Manjalara, Kekasihku Seru gerenti tak akan miss nye menonton seperti ada 'ketagihan' nak tahu apa yang berlaku berikut nya. Lebih2 lagi suke tgk gaya sinemtografinya, lightingnyer... cara catch-up camera movement ... ada klas gtew!!! Seolah2 kita bukan sekadar menonton tp merasai suasana kekampungan, even setiap sudut & editing begitu bagus sekali. Lebih2 lagi suasana yang tidak membosankan, even imbas sekali zaman kanak2 memang tidak membosankan.
Paling angah suke ada adengan dimana Nur Amina merasa sedih kerana keluarganya menerima pinangan Adam. Adengan tu dalam bilik Nur Amina dan kelihatan hujan bercucuran di tingkap biliknya...pehhh!!! memang terasa kesedihannya....
Intipati Nur Kasih cukup mendalam maksudnya, mungkin ada di antara penonton akan mengatakan "kenapa ada jugak diskriminasi walhal bapanya ustaz" atau " mengapa bapanya tahu hukum agama Islam tetapi tetap memaksa anaknya menikahi seorang perempuan yang tidak diredha". Tapi yang nyata.... hanya naluri bapa yang tahu apa yang baik untuk anaknya. Bak kata orang tua2 , " Nyiur/pisang setandan tak kan semuanya elok". Begitu juga lah dengan manusia... tidak semestinya bapaknya alim akan automatik anaknya alim juga... segalanya akan terjawab di Nur Kasih.
Sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI....
Sinopsis Nur Kasih:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil (Fizz) dan Adam (Remy) yang mempunyai karektor sangat berbeza dari kecil lagi. Aidil seorang anak yang akur segala perintah ibubapanya, penyabar dan amat menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang2 di Universiti Al-Azhar dan bercita2 utk menjadi peguam syariah.
Manakala adiknya, Adam pula hidup dalam suasana eksotik di Australia bercita2 membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam cukup berdikari dan tegas dalam setiap keputusan dibuat. Kedua2 anak Ustaz Hassan dan Hajah Khadijah ini sama2 berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh dari orang tua mereka.
Selain itu, ada juga konflik cinta tiga segi dalam drama yang mengetenghkan unsur2 keagamaan ini .....
Untuk mengetahui citer seterusnya.... jangan lupa nonton malam ini (Jumaat) dan seterusnya di kaca tv anda di siaran TV3.
Syabas!!!! Setidaknya ada juga drama keagamaan yang begitu menarik minat penonton dan ramai yang memberi komen yang bagus sekali malah ada yang tak sabar menunggu drama mingguan ini.
Angah harap, agar drama keagamaan dan juga kesedaran ini akan menjadi contoh dan landasan yang baik untuk kita semua....
Amin........
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.