Salam...
Bulan lepas hari ibu dan bulan nih lak hari bapa. Hakikatnya setiap hari, detik, saat, ketika dan selamanya adalah hari ibubapa tiada khasnya dan khususnya. Selagi kita bernyawa dan selagi bernafas selagi itu akan senantiasa mengingati mereka tak kira samada susah mahupun dalam kesenangan.
SELAMAT HARI BAPA untuk abah, walid, ayah, papa, baba, daddy, appa, father dan sebagainya. Kenangan angah dgn abah terlalu banyak, hingga ketabahan abah mengharungi kehidupan sebagai suami kepada mak(hehehe..tentula kan...), bapa kepada kami (4beradik 1mak & 2 beradik lain mak..wahh!! statement) tidak berbelah bahagi walo pon ada ketikanya ada tersentap, tersensitif tapi abah banyak bersabar. Angah mengaku sendiri, angah tak 'sesabar' abah.
Kenangan masa kecik paling best!!! Abah hanya berbasikal membawa anak2 berjalan-jalan ke pekan teluk anson. Rasenya , zaman skrang mana ada bapa/mak bawa anak2 berjalan-jalan dengan berbasikal. Abah pon suka bawa kami makan nasi kandaq padang speedy (memang sedap...dulu murah jew...RM1 / RM1.20 & sekarang x payah nak ucapler). Antaranya, suka bawa kami adik beradik jika ada sebarang perayaan di pekan teluk anson dari pesta layang-layang hinggalah sambutan ke-100 tahun teluk anson.
Masa kecik2 dan masa zaman persekolahan adalah kenangan paling manis...(yang pahit buangkan jew)..selalunya biler abah nak bertukang buat reban burung, reban ayam mahupun rumah burung pasti angahlah yang jadi assistant abah. Tak kirala mengetam kayu ke, tolong pegang papan mahupun 'memaku' (bukan pontianak tau) pasti angah bantu abah.
Lebih2 lagi bab bela ayam, burung memang kegemaran abah dan sebelum kami adik beradik mencari rezeki boleh dikatakan umah abah la mcm mini zoo burung. Ada berbagai2 jenis merpati seperti Merpati USA, Moghul, Merpati Jambul hinggalah Merpati biasa. Begitu juga dengan burung benjy yang kecil comey2, burung tekukur, burung balam dan juga burung merbuk. Hinggakan pernah abah & angah uat project kacukan burung tekukur & burung balam...memang anaknye lawo sgt2 sbb bulunya lain dan juga sore tak srupa tekukur & balam..agak unik. Boleh dikatakan angah adalah assistant abah bahagian pemeliharaan binatang termasuk ayam. Sebabnya abah rasi bela ayam betina manakala angah lak rasi bela ayam jantan. Namun itu hanya kenangan waktu muda remaja yang tak mungkin angah lupakan sampai bila bila pong.
Yang baguihnyer...abah tak pernah merokok sepanjang hidupnya. Tp pada penghujung tahun 2001, tiba2 abah jatuh sakit hingga hospital kerajaan tidak tahu puncanya. Nasib baik, bawa segera ke Universiti Hospital, PJ. Didapati abah kekurangan sel darah kuning malah doktor kata kes ni special satu dalam sejuta (mcm OIAM lak). Sebagai anak , angah sanggup berhenti kerja demi untuk menjaga kesihatan abah sebab pada masa yang sama mak pula kena strok (angin ahmar)... Pada tahun 2006, sekali lagi abah kena ulser....kami adik beradik kena kejutan kali kedua sebab abah masa muda jarang kena sakit. Sekali lagi abah kali nih, admitted di Universiti Hospital PJ sehingga pulih.
Sehingga sekarang,Alhamdulillah, abah sihat dan sekarang berusia 75tahun dan aktif menanam pokok bunga kertas...hehehehe..
God took the strength of a mountain,
The majesty of a tree
The warmth of a summer sun,
The calm of a quiet sea
The generous soul of nature
The comforting arm of night,
The wisdom of the ages
The power of the eagle 's flight
The joy of a morning in spring
The faith of a mustard seed
The patience of eternity
The depth of a family need,
Then God combined these qualities
When there was nothing more to add,
He knew His masterpiece was complete,
And so.......
He called it.... "ABAH"
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.