Salam....
BERITA SUKA
Nih angah nak citer di musim percotian skolah yg baru lepas... bagi angah berita gumbira. Setiap orang mesti ada pemasalahan keluarga, biaserla manusia kan.. even Robot pon akan tak berfungsi kalo tak di jaga dengan betul.
Siapa yang tak ada komplikasi, kontroversi, gelombang dalam sebuah keluarga??? Biaserla setidaknya kita dapat belajar dari kesilapan. Ada 'kesilapan teknikal' antara orang tua angah dengan adinda lelakiku serta menantunya. Tetapi di sebabkan kegawatan, adinda ku telah di berhentikan keje oleh majikannya. Pada bulan pertama dan ketiga, masih bertahan tetapi lama-kelamaan baru terasa kehangatan kebahangan kegawatan. Mana ada mak bapak dalam dunia nih yang tak menerima anak walo pon.....
Yang penting sebagai anak wajib tahu peranan masing-masing. Sebelum coti skolah, angah angkut my bro & kedua2 anaknya atas permintaannya sendiri balik ke kg Teluk Intan.
Sampai jew umah, (kelako pon ader) abah uat eksyen skit..heheheh. Tapi lama-kelamaan tercetus satu fenomena, adengan cedih nih. Adindaku mohon maaf atas 'kelampauan'nya.
Almost 2years pergolakan ini berlaku... ropenya ada hikmah di sebalik KEGAWATAN.
Pada tanggal 10/06/09- Rabu, adinda bongsu ku menumpang anaknyer (coti skolah duk dgn ibunya) ke umah adinda lelaki ku ni (panggilan ATAN) sebab terpaksa masuk spital sbb bacaan diabeticnya bahaya untuk baby dalam kandungannya. Angah gak yang kena bawak sebab dia tak berani memandu ketenya dalam keadaan gusar. Nasib baik anaknya dah biaser dgn angah selama nih duk dgn atok, opah & along kat T.Intan. Malam tu gak angah tompangkan anaknye (Aiman) ke umah Atan. Alhamdulillah... (lagipon masa kecik2 dah pulangkan aiman pada Atan so dia pon colling 'PAPA).
11/06/09 Khamis - Along biler dapat tau jew Aiman di jaga oleh Atan, dgn perasaan terharu dan bercampur baur dengan segera nak amik Aiman supaya tidak mengganggu kesusahan mereka. Along, Nurul & abah dari Tk Intan terus menerjah Kapar untuk amik Aiman.
Along sms angah.... abah dapat layanan VIP dari menantunya... Alhamdulillah......
Memang angah amat-amat bersyukur.... pada Allah s.w.t kerna mengurniakan rahmatnya di sebalik kegawatan.
Oleh itu, sebagai hamba Allah kita wajib mensyukuri dalam keadaan apa ujian yang di beri oleh-Nya terhadap hamba sebagai ujian yang amat kerdil tapi meninggalkan kesan yang mendalam.....
BERITA DUKA
Pagi tadi sekali lagi angah uat check-up kat kinik sebab lately sejak cuaca teruk kesihatan angah pon ley di kategori truk jugak la..susah utk bernafas waktu tido even gangguan penglihatan.
Tup tup...amik kau!!!! Bacaan BP 160 / 100 tahap bahaya!!!! Kena lah dengar ceramah dan juga syarahan dari doktor. Kan dah kena uat rawatan susul dan mula makan ubat darah tinggi.
Nampaknyer kena jaga diet dan juga senaman.... soklan nyer??? Boleh ke???
Wahhhh!!! Satu ujian jugak uat angah.... syukur alhamdulillah....ingat semasa hidup susah..
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.