Wednesday, October 7, 2009

Hafiz - rasa tersisih ( Majalah Hai)

Belum sampai setahun bergelar juara Akademi Fantasia musim ketujuh, Mohd Hafiz Mohd Suip semakin menyepi. Namanya kurang di sebut, malahan populariti rakan-rakannya yang lain pula mengatasinya.

Hafiz juga tidak tersenarai sebagai pelakon utama menjayakan drama muzikal Kau dan Aku, hasil kolaborasi produksi Malaysia dan Indonesia. Sedangkan pada masa yang sama dua rakannya, Aril dan Akim terlibat dalam penggambaraan drama tersebut.

Bertanyakan perkara itu, penyanyi remaja yang juga ikon anak muda dari Sarawak ini tidak merasakan dirinya tersisih. "Sebenarnya perkara ini sudah pun dirancang semasa dalam AF7 lagi. Pihak produksi memang sudah memilih Aril dan Akim untuk menyertai drama muzikal itu. "Mungkin pihak produksi dan pengurusan ada perancangan sendiri. Mungkin mereka mahu Aril dan Akim ke Indonesia, dan saya pula perlu memenuhi jadual di Malaysia."

"Walau bagaimanapn, saya ada terlibat sedikit dalam drama itu, tapi sekadar cameo saja. Memanglah saya juara tapi tidak bermakna setiap aktiviti seni produk AF perlu ada saya. Saya pun tidak cemburu dengan mereka. Itu rezeki mereka. Mungkin rezeki saya di ruang yang lain. Walaupun ada yang menganggap nama saya sedikit tenggelam, tetapi pihak pengurusan sebenarnya sedang merangka beberapa aktiviti seni saya, " jelas Hafiz.

Cuba berlakon.
Mahu bergelar anak seni sejati, Hafiz tidak menghadkan pada aktiviti nyanyian semata-mata. Walau pun terasa janggal pada awalnya, Hafiz mengakui semakin meminati dunia lakonan. "Sejak berada dalam AF7, saya bertekad untuk menceburi semua cabang seni. Saya mahu menjadi seorang artis yang serba boleh, bukan sekadar boleh menyanyi malah saya mahu jadi penghibur yang baik. Mula-mula berlakon memang susah. Tapi apabila bekerjasama dengan kawan-kawan dan pihak produksi yang baik, maka perkara yang susah menjadi senang. Saya juga mengharapkan maklum balas daripada peminat mengenai lakonan pertama saya itu," Ujar Hafiz yang akan muncul dengan lagu single kedua berjudul Noktah Cinta.

Terlalu sayang.

Berpegang pada prinsip, 'tanpa peminat siapalah dirinya,' penyanyi remaja ini tidak akan pernah melupai jasa para peminatnya. "Saya terlalu sayang pada semua peminat kerana merekalah yang memberi rezeki pada saya. Peminat sangat penting dalam kerjaya saya. Sejak dalam AF7, merekalah yang paling banyak menaikkan saya sehingga menjadi juara. Pada saya, melayan peminat bukan sekadar mendengarkan mereka dengan lagu-lagu terbaru sahaja, mereka juga perlu di ajak berbual dan di layan mesra. Saya tak kisah penat, asalkan mereka gembira. Sebab itu kami di Hafiz Frenz Club sering menganjurkan aktiviti bersama peminat kerana pada saya mereka adalah nadi dalam kerjaya saya," terang Hafiz yang menyambung pelajarannya pada awal tahun depan.


credit: Wahida photo: Hafiz Khosmat

2 comments:

  1. huhuhhhuuhu ... suara mantoppp sayang kalau dibiarkan dak apis ni

    ReplyDelete
  2. salam hobbit...

    angah sokong frodo...
    sorenye memang bagus sekali....

    ReplyDelete

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.