Saturday, October 3, 2009

Menatap Matamu ~ Khas uat Cik Jah, Karl, Lebb, Lizz & sewaktu dengannya...

Salam......

Lagu dari Aril Af7 Menatap Matamu sekarang lebih malatop dari biasa...anyway angah tuju khas lagu nieh...khas untuk Cik Jah, Karl, Lizz, Lebb dan juga fan aril di luar sana. Tapi tu la...selalunya lagu komposer dari tanah seberang juga yang boley melantun sore artis Malaysia hingga boley lebih dikenali seperti Anuar Zain dengan Lelaki Ini dan juga permulaan buat Aizat dengan lagu berhantunya - Hanya Kau Yang Mampu.... dari situ lah melonjak nama2 artis kita lebih terkenal.



Aril - Menatap Matamu

Sungguh indahnya hari berlalu
Menunggu kasih tambatan hati
Ingin rasanya selalu berbagi
Bersamanya kala suatu nanti

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu untuk menatap matamu
Menatap matamu

Bagaikan bintang nun jauh di sana
Terangi malam yang semakin gelap
Jika kau sudi menemaniku
Takkan ku lepas walau sedetik pun

Andainya kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaikan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kitakan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu utk menatap matamu

Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu

Andaikan kau jadi milikku
Selaluku nyanyikan lagu rindu
Andaiakan kau dan aku bersatu
Dunia ini berseri selalu


Ku ingin dirimu dekat dihatiku
Berdua kita kan raih bahagia
Ku ingin dirimu turut merasa
Rasa rindu 'tuk menatap matamu


ASTRO ENTERTAINMENT DAN ENFINITI PRODUCTIONS BAKAL URUS KERJAYA HAFIZ, ARIL DAN AKIM BERSAMA

Petaling Jaya, 17 September 2009: Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) dan Enfiniti Productions Sdn Bhd (Enfiniti) hari ini mengumumkan pengurusan bersama 3 finalis Akademi Fantasia musim ke 7 (AF7), Hafiz, Aril dan Akim di dalam satu sidang media bertempat di restoran Borneo Rainforest Sunway.

Melalui pengurusan bersama ini, pihak AESB dan Enfiniti bakal berkerjasama di dalam mengurus dan mempromosikan 3 artis tersebut melalui semua saluran media. AESB dan Enfiniti amat yakin dengan bakat besar yang ada pada 3 artis muda ini dan akan bergabung tenaga mengatur kerjaya mereka.

Menurut Pengarah Eksekutif AESB, Zainir Aminullah,

Ketiga-tiga artis ini memerlukan pelan pemasaran yang rapi dan menyeluruh.

“Perhatian bukan sahaja diberikan kepada bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan juga dikenal pasti mampu mengukuhkan lagi kerjaya mereka.

”AESB turut aktif menembusi pasaran syarikat-syarikat korporat untuk memasarkan artis-artis ini sebagai duta produk. Justeru itu, penjenamaan atau ’branding’ memainkan peranan penting bagi artis bersaing secara sihat merebut peluang komersial dari pihak korporat”, terang Zainir.

Beliau menambah AESB amat terbuka dalam menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak demi kemajuan karier artis.

”Enfiniti Productions merupakan sebuah agensi yang dikenal pasti dapat membantu AESB melaksanakan perancangan ini. Di bawah penyeliaan Yang Berbahagia Datin Seri Tiara Jacquelina, Enfiniti dilantik secara rasminya sebagai pengurus bersama dari aspek pengurusan jenama, perhubungan awam dan aktiviti-aktiviti komersial.

Datin Sri Tiara pula berkata, pihak Enfiniti dan AESB telah pun mengadakan beberapa sesi perbincangan antara lain penjenamaan (branding), pemasaran dan pelan kerjaya 2 hingga 3 tahun untuk Hafiz, Aril dan Akim.

Antara perancangan Enfiniti yang utama adalah lanjutan skil yang diajar sewaktu di Akademi Fantasia tempohari, antaranya segi teknik tarian, seni persembahan pentas, lakonan, tatagaya (styling), vokal dan sebagainya. Perancangan juga sedang diatur untuk beberapa projek, antaranya rancangan untuk TV,album, klip video, konsert jelajah dan persembahan untuk majlis koprat. Ada juga kemungkinan perancangan untuk projek filem dan teater. Sebahagian dari projek-projek ini bakal dikelolakan secara usahasama diantara Enfiniti bersama AESB, disamping kerjasama dengan stesen TV yang lain.

“Industri hiburan hari ini penuh dengan cabaran-cabaran baru. Artis perlu ada perancangan karir yang terperinci (detailed career road map), dan pendekatan (approach) yang lebih segar supaya menonjol. Hafiz, Aril dan Akim akan dipakej dengan imej dan “branding” yang jelas, disamping rancangan pemasaran dan promosi mereka tersendiri.

Jelas Tiara lagi, “Saya amat teruja untuk membentuk Hafiz, Aril dan Akim pergi lebih jauh kerana saya percaya dengan bakat murni yang mereka ada. Saya kenal mereka, dan yakin mereka bertiga sanggup bekerja keras.

Pihak Enfiniti telah pun berkongsi dengan mereka perancangan kerjaya (career plan) yang kami telah atur bersama pihak AESB. Saya sangat berbesar hati atas sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan oleh Encik Zainir Aminullah dan pengurusan AESB sejak dari awal perbincangan dalam merealisasikan usahasama ini.”

“Saya bermula di dalam bidang seni lebih 20 tahun yang lalu, bukan sebagai pelakon tetapi sebagai pengurus bakat, melalui syarikat saya Jacquie Eu Productions dan Kit Kat Klub Entertainment. Enfiniti Productions Sdn Bhd ingin dikenali dengan penerbitan produk berkualiti dalam bidang filem dan teater.

Syarikat-syarikat bersekutu kami iaitu syarikat pengurusan bakat D Casting Sdn Bhd, syarikat event management Kit Kat Klub Entertainment dn Bhd, production house rancangan TV Ten On Ten Pictures Sdn Bhd dan juga projek terbaru kami iaitu Enfiniti Akademi merupakan “network” kami sendiri.

“Justeru itu, segala pengalaman, sumber tenaga dan kreatif syarikat-syarikat ini secara bersekutu akan dimanfaatkan untuk menyokong projek pengurusan bersama Hafiz, Aril dan Akim ini. Saya melihat ini juga sebagai satu kesinambungan kepada penglibatan saya sebagai “principal” mereka!”


TAMAT.


credit: Tiara Blog

2 comments:

  1. thanx ANGAH

    mmg layan sgt lagu ni

    lazat!
    haha

    ReplyDelete
  2. Angah..
    yuppp...this song memg kna sgt dgn sora AWOK yg nyaman tuh...thanks angah sayang....=]

    ReplyDelete

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.