Saturday, January 17, 2009

ANUGERAH JUARA LAGU - 23


Pehh!!! memang tiap-tiap tahun angah tak akan miss tengok AJL sejak persiaran langsung dalam tahun 1985 - 2008. Tahun ini agak mencabar juga dengan penyertaan Otai dan yg baru. Tentu gelanggang akan menjadi semakin panas, hangat membara mencabar kewibawaan....
Siapakah Juara tahun ini????!!!!!! Rasenya angah lak tak bley tido kan....riso...berdebar2. Lebih-lebih lagi penyanyi pojaan hatiku satu satunya Ziana Zain. Adakah suaranya akan melentik selentik lentik pinggulnya. Hampir2 kecewa semasa nama Ziana tak diumum ketika balada di pertandingkan. Namun malam pop rock adalah membuka ruang untuk Ziana Zain untuk terus mengungguli (insya'Allah) balada.
Vokal tahun ini...wow!!! Sukar untuk di ramalkan sebab ke'power'an terserlah dengan penyanyi dan lagu yang di bawa oleh masing2. Ramalan angah : Etnik Kreatif - Doa dalam lagu (sebab ada zahid...wakakakkaa). Balada - Dingin (cross finger....menangla Ziana Zain yg pasti keunikan suaranya dan lirik lagu). Pop Rock - Yang Pernah..Estranged.
Tapi belum tentu lelain itu kekurangan...tidak jua. Gabungan Faizal Tahir & Audi Mok serasi bersama dgn lirik dan lagu yang sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Begitu juga dgn komposer muda Aizat de
ngan killer song LAGU KITA tidak boleh dipertikaikan kredibiliti dan kreativiti lagu beliau. Meet uncle Hussein...antara band indie yang menjadi kegilaan anak2 muda sekarang malah angah pon suka dgn lagu2 merka. Nasib baik Hujan tak masuk....kalo tak tentu basah. Cuma cukup sedih dengan penyertaan etnik kreatif semakin lama semakin merosot. Budaya kita , etnik tradisional akan hilang?? Jangan gadaikan kebudayaan sesungguhnya hilanglah martabat Tanah Melayu.... Nak tunggu album Haziq Af4. Mungkin tahun depan etnik kreatif meningkat... adanya Hazif Af4, Dato' CT Nurhaliza, Syura, Mawi (world music) ....dan harap semakin ramai mertabatkan etnik kreatif. Tahun depan harap lah.. Riz, Nadia, Izz, Shila, Suki, ...lebih ramai penyertaan generasi baru bakat dan bakal pelapis penyanyi harapan masa depan. Barulah nampak saingan hebat.
18hb Januari 2009, kembali semula AJL untuk mertabatkan industri lagu, lirik dan seni hiburan tanah air. Semoga kali ini lebih magis dari tahun lepas...iluminasi..suatu seni tanpa di rasa, tanpa di duga hadirnya sendiri dalam naluri...
Wallawey.....


No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.