Monday, January 19, 2009

BERAKHIRNYA ANUGERAH JUARA LAGU - 23


credit :Shazryn Mohd Faizal
mega@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 18 Jan. - Anugerah Juara Lagu Ke-23 (AJL23) malam ini mencipta kejutan apabila Lagu Untukmu nyanyian Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu. Kemenangan itu ternyata melenyapkan harapan lagu SampaiSyurga nyanyian Faizal Tahir yang disebut-sebut bakal mengungguli anugerah berprestif itu yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Kejayaan lagu tersebut melayakkan komposer dan penulis liriknya iaitu Taja Tass dan Lan membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 dan trofi.

Hadiah utama di sampaikan oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bukan itu sahaja, lagu itu berjaya memenangi kategori pop rock yang membawa apulang trofi dan wang tunah RM12,000.


AJL23 turut memperlihatkan lagu Sampai Syurga ciptaan Audi Mok, Ahmad Izham Omar dan Faizal Tahir di nobatkan sebagai juara katergori Balada serta berjaya membawa pulang wang tunah RM12,000 serta trofi.

Lebih manis lagi untuk Faizal apabila menerima dua lagi pengiktirafan iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu yang sama dan menyaksikannya membawa pulang wang tunai secara keseluruhannya berjumlah RM20,000.

Sementara itu, bagi katergori Etnik Kreatif pula, kemenangan berpihak pada lagu PersoalanCinta nyanyian Farawahida dan melayakkan komposer dan penulis liriknya, Julfekar, Ku Seman dan Izza Rosley membawa pulang RM12,000 dan trofi.

Seramai lapan orang juri profesional mengadili anugerah berprestij iaitu Acis, Adibah Noor, Hazami, Dr Wan Zawawi, Saharudin Musthafa, Mohariz Yaakup, Helen Yap dan Azmeer selaku ketua juri.

AJL23 bertemakan Iluminasi Muzik itu menampilkan tiga pengacara iaitu Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail.

Anugerah Juara Lagu yang dianjurkan sejak tahun itu 1986 itu adalah acara tahunan untuk memberi pengiktirafan kepada para komposer dan penulis lirik tanah air.


No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.