Suzana rajahamat@kosmo.com.my
Kuala Lumpur - Biarpun lagu Sampai Syurga nyanyian Faizal Tahir mencipta hatrik dengan tiga kemenangan termasuk juara kategori Balada, Persembahan dan Vokal Terbaik , namun kehebatan irama Lagu Untukmu daripada satu-satunya band indie, Meet Uncle Hussain (MUH) yang bertanding pada tahun ini tidak tercabar apabila diangkat sebagai Juara Lagu keseluruhan Anugerah Juara Lagu (AJL)ke-23, malam tadi.
Lagu Untukmu ciptaan Taja, Tass serta lirik oleh Lan itu juga menjulang kemenangan besar apabila turut menggondol trofi Juara untuk kategori Pop Rock. Kemenangan itu sekali gus menjadikan keseluruah wang tunak berjumlah RM37,000 menjadi milik mereka.
"Kami gembira kerana muzik kami diterima, selepas ini peluang untuk kami bawa muzik ini akah lebih mudah dan lebih terbuka,: kata Taja antara pencipta lagu Lagu Untukmu.
Disaksikan hampir 10,000 penonton yang membanjiri Stadium Putra, Bukit Jalil , AJL23 juga menyaksikan medan Faizal Tahir membasuh lukanya kerana tidak dapat beraksi pada AJL tahun lepas gara-gara kontroversi buka baju yang di diciptanya.
"Selepas menang tiga trofi saya masih fikir Meet Uncle Hussain yang akan menang Juara lagu sebab pertandinga ini tentang lagu dan muzik. Menang vokal dan persembahan tak semestinya menang lagu terbaik walaupun Sampai Syurga juga menang kategori Balada," kata Faizal.
tengku suzana is my sister, hehe.
ReplyDelete