credit to: Ellyna Ali
Bertuah sungguh Riz! Majlis sambutan hari ulang tahunnya yang ke-22 pada 19 Disember lalu telah dianjurkan sendiri oleh kalangan ahli kelab peminatnya yang telah menamakan diri mereka sebagai Riz-Angels. Apa yang menarik, majlis sambutan hari ulangtahun naib juara Akademi Fantasia 6 (AF6) ini telah diadakan sebanyak 2 kali iaitu di Corus Paradise Resort, Port Dickson serta di Hotel Heritage, Ipoh Perak. Tujuan utama 2 majlis hari jadi ini diadakan secara berasingan di 2 tempat yang berlainan adalah untuk mengumpul seberapa ramai lagi peminat Riz yang berada di Utara serta Selatan tanah air. Ahli jawatkan kuasa Riz-Angels, Wan Nonisalina Zulpatah atau Angah, ketika dihubungi murai.com.my berkata, tujuan utama mereka mengadakan 2 majlis hari jadi di 2 tempat yang berasingan itu adalah untuk mengumpul sebarap ramai lagi peminat Riz. "Secara keseluruhannya, kami amat berpuas hati dengan komitmen yang diberikan Riz selama ini terhadap Riz-Angels. Walaupun adakalanya dia sibuk dan terikat dengan jadual nyanyian yang padat tetapi dia tetap berusaha untuk menyokong segala aktiviti yang kami lakukan untuk dia. "Misalnya majlis hari jadinya ini. Sebaik saja, majlis di Port Dickson selesai, dia terus bergegas ke Ipoh pula untuk menghadiri majlis hari jadi di sana. Kalau hendak diikutkan, memang dia penat sebab dia terikat dengan show dan rakaman album.
"Tapi, dia sanggup lakukan semua ini semata-mata kerana peminatnya semua dan dia pun nampak begitu gembira sepanjang majlis hari jadinya itu diadakan. Kami harap Riz akan terus berjaya lagi pada masa berjaya lagi di masa hadapan dalam mengejar cita-citanya menjadi bintang yang terkenal satu hari nanti," katanya. Majlis sambutan hari ulangtahun kelahiran Riz di Port Dickson telah diadakan pada 19 Disember telah disertai 35 peminat Riz. Penyertaan peminat telah dihadkan sebanyak itu bagi memberi peluang kepada mereka untuk beramah mesra secara lebih dekat dengan penyanyi kesayangan mereka, Riz AF6. Bermula jam 5 petang, majlis ini diserikan dengan pelbagai acara sukaneka dan diakhiri dengan permainan bola tampar yang turut disertai oleh Riz. Acara diteruskan di sebelah malamnya dengan berlangsungnya majlis makan malam bertempat di tepian pantai resort. Kejutan turut diberikan kepada Riz apabila peminat menyanyikan Happy Birthday tatkala dia dibawa masuk ke dalam khemah dengan mata yang tertutup. Nyanyian beramai-ramai daripada peminat merupakan kemuncak majlis pada malam itu. Upacara malam itu diteruskan dengan pelbagai acara menarik membuatkan tetamu tidak lekang dari tempat duduk masing-masing seperti berkaraoke bersama Riz. cabutan bertuah dan penyampaian hadiah untuk acara di sebelah siang. Birthday Boy juga tidak menghampakan peminatnya dengan mendendangkan 3 lagu. Penutupan majlis menjadi gamat apabila Riz dikenakan dengan make over 'tepong gomak' sebelum upacara mengambil gambar beramai-ramai diadakan bersama semua peserta yang hadir. Berlari-lari Riz dikejar para peminatnya apabila upacara membaling tepung dimulakan. Majlis sambutan gari ulangtahun kelahirannya di Ipoh telah diadakan sehari selepas berlangsungnya majlis di Port Dickson iaitu pada 20 Ogos. Ia telah dihadiri oleh lebih 80 orang peminat yang datang dari sekitar Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang hingga Perlis. Bertemakan warna biru, acara dimulakan dengan ucapan lua-aluan daripada wakil kelab peminat Riz alu-aluan dan disusuli dengan upacara memotong kek. Majlis dirancakkan dengan persembahan dari peminat-peminat cilik Riz yang turut sama menarik Riz ke atas pentas menari bersama mereka. Majlis ini amat istimewa kerana ia turut dihadiri ibu bapa Riz. Malah, ibu bapa juga amat sporting menyumbangkan suara untuk sebuah lagu duet. Majlis dilengkapkan oleh persembahan Riz yang menyampaikan 2 buah lagu. Kemuncak majlis diserikan dengan tayangan video klip yang menampilkan gambar-gambar Riz semasa kecil, remaja dan juga semasa berada dalam AF6.
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.