Salam....
Angah menerima satu email dari seorang sahabat virtual asal Melaka. Tp artikel yang paling menyentuh perasaan dan juga emosi adalah mengenai kemanusiaan.
Walau pun ianya mengenai seekor haiwan yang sering menjadi bahan sendaan kita iaitu monyet. Hakikatnya, ianya juga makhluk Allah s.w.t
Al-kisah dari sahabat angah:-
Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala Pilah, nun di depan sana saya lihat sekumpulan monyet mundar mandir disisi jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas jalan. Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut kerana ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan memperlahankan kereta.
Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar apabila melihat monyet itu terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya terketar-ketar. Disisinya ada darah dan cebisan daging.
Tapi paling menyentak perasaan ialah apabila melihat perutnya yang buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu bewarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?
Benda itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika itu, saya merasa tubuh ini menggeletar. Saya,pasti, si ibu monyet tadi akan mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya, nyawanya melayang sebelum sempat melihat wajah ibu.
Sebaiknya melintasi, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu tadi, tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir saja dilanggar kenderaan yang lalu-lalang.
Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet. Ia hanya monyet , haiwan yang hodoh, hidup di hutan dan tidak setaraf dengan manusia. Tapi tidak kepada saya... pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku awal 1990-an.
Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya di ajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran di rumahnya. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.
Masih saya ingat, beberapa jam berburu matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu namun seolah-olah bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi.
Saya bertambah rimas, pakcik pula lihat mula resah dan kecewa. Hari kian beranjak petang, pakcik menepuk-nepuk senapang Relanya. Kata pakcik,"Kita balik sajalah, hari ini tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan".
Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan.
Saya perhatikan pakcik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pakcik hendak menembak monyet-monyet itu? " Ha'a. Pakcik nak tembak ibunya, lepas itu pakcik nak ambil anaknya nanti boleh bela," begitu jawapan pakcik.
Masih saya ingt juga, saya beberapa kali mendesak pakcik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Saya terlupa akan kata-kata pakcik petang itu, "daripada balik tangan kosong?", lalu dia mengacukan senapangnya ke arah kawasan monyet tadi dan.....
DAMMMMM!!!!!
Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan.
BUUUPPPP!!!!
Ada sesuatu benda yang jatuh ke tanah.
Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Siibu, merengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan bersusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Di gagahi lagi sambil berguling guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan.
Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu di susunya. Saya dan pakcik terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengeran-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.
Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.
Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku di tembak? Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai di tanah, bisa penabur dari muncung senapang pakcik tadi tidak dapat di tanggung lagi.
Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bermaya lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula.
Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik, dia beberapa kali menggetap bibir cuba menahan airmatanya daripada tumpah ke pipi.
Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang-goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.
Suasana sunyi kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati.
Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri, begitu juga pakcik.
Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang kepada ibu. Tapi kita manusia???
Mana hilangnya akal waras kami??????
Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pakcik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk dan akhirnya mati.
Kini saya sudah bekerja dan berumahtangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punyai perasaan. Yang kejam adalah manusia, walau pun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.
Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang ibu.....
"LIFE CAN GIVE U A HUNDRED REASONS TO CRY,
BUT U CAN GIVE LIFE A THOUSAND REASONS TO SMILE."
huk3..huk3... sedey nye ngah..
ReplyDeleteaduhh.. sebak rasenye.. bace kisah monyet nie..
hurmmm... kisah ni mmg selalu berlaku cume kite pandang remeh n x amik kisah kan.. hu3...
manusia ada akal.. tp x digunakan dgn betul.. monyet!!
dear anis
ReplyDeletetu la, angah pon sedih & sebak biler bace. napa lak manusia ni kejam sgt, ada akal tp letak kat lutut kan....
kite amik citer nih sbg iktibar...untuk diri sesama kite.
bergenang pulak mata zana ni angah baca kisah ni....tu la...binatang pun sygkn anak....
ReplyDeletehurmm....teringat pulak si Tomy kat kampung, bila rindu zana tgk gmbr dia kt computer.
tadi, masa srpn pagi kt satu kedai tu, tak nmpk plak sekor kucing yg bunting hari ni. selalu dia dtg kt zana mintak mkn, agaknya dah beranak kot....zana cukup syg dgn binatang2 sekali pun anjing...walau haram disentuh, dia tetap makluk Tuhan.
hye zana...
ReplyDeletetu la walo apa pon ... kite smua makhluk Tuhan. tp sebagai manusia makhluk paling berakal pon bley 'membunuh' anak sendiri kan.. malah ada anak sanggup tetak mak bapak...
sedih...& sadis....