Salam
Sambil menyelam minum air, di sebabkan kebuhsanan hari minggu di tempat keje angah ingin selitkan citer mengenai Yusuf Islam yg penah suatu ketika di kenali Cat Steven (penyanyi era awal 70-an...muzik hippies).
Serba sedikit - Pengenalan & Penghijrahan Yusuf Islam
Peristiwa ini berlaku dalam tahun 1970-an, semasa Steven berada di Morocco untuk mencari ilham untuk album & juga lagu beliau yg akan datang. Tiba2 beliau terdengar suara yang memang sblum ini blum pernah beliau dengari (yakni Azan). Justeru beliau bertanya pada rakannya, " lagu apakah itu?". Lantas rakannya berkata, " nyanyian untuk Tuhan", lalu Steven menjawab, " blum pernah mendengar ada nyanyian untuk tuhan melainkan nyanyian @ muzik untuk kepuasan sendiri, peminat dan juga mencari duit.
Pada tahun 1976, Steven hampir lemas ketika bercuti di Malibu, California. Lantas beliau berteriak "oh tuhan! jika kau selamatkan aku, akan aku perhambakan diri ku untuk mu". Kata beliau selepas teriakan tersebut, ombak menjelma dan menghanyutkan dirinya ke persisiran pantai. Sepanjang menerima rawatan di hospital, beliau mencari akan kebenaran di dalam diri dan muhasabah diri agar dapat menerima petunjuk ke jalan yg benar.. sebenar-benarnya. Berbagai2 telahan dan juga analisa beliau lakukan terhadap agama & juga kepercayaan yang lain, namun beliau hanya menemui jalan buntu.
Sehinggalah..abang beliau sendiri David Gordon membawa senaskhah Quran yg di belinya dari Jeruselam sempena hari ulangtahun Steven. Bermulalah satu penghijrahan dalama diri beliau dari seorang penyanyi bernama Cat Steven kepada Yusuf Islam. Sehingga kini perjuangan Yusuf Islam dalam majoriti kebudayaan dan juga keislaman sentiasa berpegang teguh dgn setiap juzuk beliau pelajari sehingga ke Timur Tengah untuk mendalami dan mendekatkan diri dgn Allah s.wt. Begitu besar dan juga hebat pengorbanan Yusuf Islam dalam penghijrahannya (23 Disember 1977), yang mungkin tak ramai antara kita sanggup berbuat demikian.
A – IS FOR ALLAH
I LOOK I SEE
BISMILLAH (& FRIENDS)
WITH RAIHAN (GOD IS THE LIGHT)
IF YOU ASK ME
BELOVED
MAYBE THERE’S A WORLD
TALAEL BEDRU ALEYNA
FATHER & SON (NEW VERSION)
FATHER & SON (PREVIOUSLY)
MORNING HAS BROKEN
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.