Thursday, April 30, 2009

Perjuangan Islam - Ep.2

Salam
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

661 M
Al Hassan bin Ali, dilantik sebagai Khalifah dan mengundur diri selepas enam bulan.

661 -750 M /41-132H
Al-Khulafa Al Umawiyyun

661-680 M/41-60H
Khalifah Mu'awiyah bin Abi Sufyan

661 M
Mu'awiyah menjadi khalifah selepas Al-Hassan memberikan Baiahnya.

663 M
Burqaha (LIBYA) dan Kuwar (Sudan) di bebaskan.

663 - 671 M
Kebanyakan negeri Asia di takluki.

680 - 683 M
Khalifah Yazid bin Mu'awiyah

683 - 683 M
Khalifah Mu'awiyah bin Yazid

683 - 692 M/ 64-73 H
Abdullah bin Zubayr menjadi Khalifah. Dia di bunuh oleh golongan Umaiyyah juga.

683 - 692 M
Khalifah Marwan bin Hakim.

691 M / 72H
Kubah Batu (Dome of the Rock) di bina di Jerusalam.

692 - 705 M
Khalifah Abd Malik b Marwan

696 - 705 M
Banyak bandar Rom di bebaskan.

698 - 703 M
Keseluruhan utara Afrika di bebaskan.

705 M
Turkistan di bebaskan.

705 - 715 M
Khalifah Al Walid bin Abd Malik

706 M
1- Perluaskan Masjid Nabawi
2-Pembebasan Bukhara dan tempat lain.

711 M
Andalusia dan sebahagian Perancis di bebaskan.

712 M
1- Sind dan Punjab (India) di bebaskan.
2- Khawarizm dan Samarqand di bebaskan.

713 M
Kabul (Afghanistan) di bebaskan.

715 M
Tus di bebaskan.

715 - 717 M
Khalifah Sulaiman b Abd Malik
1- Imam Zayd bin Ali (700 - 742 M)
2- Imam Abu Hanifah (700 - 768 M)
3- Imam Ja'far (700 - 768M)
4- Ibn Ishaq (708-774 M)
5- Imam Malik (713 - 797 M)

717 - 720 M
1- Khalifah Umar b Abd Aziz
2- Kemiskinan dan sifar di negara Islam.

720-724 M
Khalifah Yazid bin Abd Malik

732 M
Pertempuran Balat As Syuhada di tengah Perancis, Islam di kalahkan.

743 - 744 M
Khalifah Al-Walid bin Abd Malik

744 - 744 M
Yazid bin Al-Walid

744 - 744 M
1- Khalifah Ibrahim bin Al-Walid
2- Penerjemahan buku-buku Hellenistic (Falsafah Yunani) ke bahasa Arab. Ini mengakibatkan lahirnya golongan Mutakalimin, seperti Mu'tazilah, Jabariyyah, Ahlusunnah dan lain-lain.

744 - 750 M
Khalifah Marwan bin Muhammad

755 M
Abd Rahman Ad Dakhil memulakan pemerintahan di Andalusia

750 - 1517 M/ 132 -923H
Al-Khulafa Al Abbasiyyah

750 - 754M
Khalifah Abu Al Abbas As Saffah, memerintah dari Kufah.

754 - 775 M
Khalifah Jaafar Al Mansur

756 - 766 M
Pembinaan Kota Baghdad

755 - 785 M
Khalifah Al Mahdi
1 - Imam Syafie (767 - 820 M)

785 - 786 M
Khalifah Hadi

786 - 809M
1- Khalifah Harun Ar Rashidi
2- Penaklukan banyak kawasan Rom.
1- Imam Ahmad bin Hanbal (781 - 856M)
2- Imam Muslim (meninggal 833 M)

809 - 813 M
Khalifah Al Amin

813 - 833 M
Khalifah Al Ma'mun
1- Imam Bukhari (816 - 878 M)

833 - 842 M
Khalifah Mu'tasim Billah

837 M
1- Khalifah menyahut seruan perempuan Islam yang meminta pertolongan kerana di tawan oleh Rom dan menyelamtkannya.
2- Ammuriyah di buka 30,000 Rom terbunuh dan 30,000 di tawan.
3- Abu Dawud (824 - 897 M)

842 - 847 M
Khalifah Al Mutawakkil Ala-Ilah
1- An Nasa'I (837-925 M)

864-862 M
Khalifah Al-Mutazz Bi-llah

870-892 M
1- Khalifah Al-Mutamid Ala-Ilah
2- Di abad ke-4 Hijrah, seruan menutup pintu ijtihad telah terdengar, selepas al Qaffal mengeluarkan fatwa mengharamkan ijtihad.
Bagaimanapun, secara rambang masih terdapat ramai mujtahid dalam Negara Islam.
3- Imam At Tarmizhi (meninggal 918M).

892 - 902M
Khalifah Al Mu-tadid Bi-Ilah

899 - 264 H
Kemunculan golongan Qaramira, yang dihancurkan pada 458H
1- Imam At Tabrani (meninggal 932M)

902 - 908 M
Khalifah Al-Muqtadir Bi-Ilah

913 / 301 H
Al-Hamra Qars (Istana Al Hambra) dibina di Sevile, Andalusia.


930 M / 317 H
Qaramita menyerang Mekah ketika musim haji dan melarikan Hajar Aswad.

933 - 934 M
Khalifah Al-Qadir Bi-Ilah

934-940 M
Khalifah Al Muttaqi Bi-Ilah

944 - 945 M
Khalifah Al Muti' Li-ilah

947 M / 336 H
Sayad Dawlah mendirikan pemerintahan Hamadiyin di Allepo.

969 M
Kota Kaherah di bina.

970-972 M
1- Al-Mu'iz membina Universiti Al-Azhar untuk menyebarkan fahaman Fatimiyah.
2- Salahuddin Al-Ayubbi kemudian membersihkan Al-Azhar dari fahaman tersebut.

974-991 M
Khalifah At-Ta'I Li-Ilah

987 M/ 377H
Masjid agung Cordova di bina.

996 - 1031 M
Khalifah Al-Qadir Bi-Ilah

996 M - 1021 M
Al-Hakim Bi-Amri memerintah Mesir
1- Imam bin Hazm (994 - 1064 M)

1031 - 1074 M
Khalifah Al-Qa'im Bi Amri-Ilah

1037 M/ 429 H
Kaum Saljuk diketuai oleh Tughril menakluki Khurasan

1046 M/ 489 H
Pope Urban II memulakan perang salib pertama.

1060 M
Pulau Sicily di bebaskan.

1070 M
Alb Arsalan dikalahkan oleh Rom. Rajanya ditawan dan dibebaskan setelah membayar tebusan.

1074 - 1094 M
Khalifah Al-Muqtadi Bi-Amri-Ilah

1090 M/483 H
Permulaan kumpulan Batiniyyah, dihapuskan pada 1256M

1094 - 1118 M
Khalifah Al-Mustazhir Bi-Ilah

1099 M
1- Kumpulan al Batiniyyah muncul di Affahan.
2- Kaum salib menguasai Jerusalem dengan pertolongan Fatimiyyah.

1107 - 1108 M
Kaum Salib menakluki sebahagian Tripoli (Syria)

1109 M
Yusof bin Tasfin Al Babar mengalahkan kaum Salib di Andalusia.
1- Imam Sarkasyi (meninggal 1112 M)

1118 - 1135 M
Khalifah Al-Mustarsyid Bi-Ilah

1135 - 1136 M
Khalifah Ar-Rashid Bi-Ilah

1136 - 1160 M
Khalifah Al-Muqtafi Li Amri-Ilah

1148 M
Khayr Ad Din Zinki mengalahkan kaum Salib berhampiran Damsyik.

1160 - 1170 M
Khalifah Al-Mustajid Bi-Ilah

1169 - 1179 M
Khalifah Al-Mustadhi Bi-Amri-Ilah

1171 M
Salahuddin Al-Ayubbi membina tembok bandar Kaherah.
1- Ibn Asakir (meninggal 1193M)

1179 - 1225 M
Khalifah An Nasir Li Dini-Ilah

1187 M
Salahuddin Al Ayyubi mengalahkan Salib di Hittin (Palestin), Al-Quds (Jerusalem) dan Syria di bebaskan.

1193 M
Salahuddin Al-Ayyubi meninggal dunia.
1- Ibn Rusyd (meninggal 1217M)

1219 M
Kaum Salib menawan Dumiat (di Mesir).

1220 M
Genghiz Khan (Tatar) menawan Turkistan, Bukhara, Samarqand dan Khurasan.

1221 M
Al Malik Al Kamil membebaskan Dumiat.

1225 - 1226 M
Khalifah Az Zahir bi-Amri-Ilah
1- Imam Ar-Razi (meninggal 1228M)

1226 - 1245 M
Khalifah Al-Mustansir Bi-Ilah

1229 M / 626H
Kaum Salib menawan Jerusalem buat kali kedua.
1 - Ibn Qudaman (meninggal 1242 M)

sekian untuk kali ini... insya'Allah ada kesinambungan nya.....

Wednesday, April 29, 2009

Perjuangan Islam - Ep.1

Salam
Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

Alhamdulillah, Syukur kehadrat Allah S.W.T Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga Baginda dan Para Sahabatnya.

Gambaran tentang kejayaan dan kemuliaan umat Islam ini telah hilang dari minda kebanyakan kaum muslimin ketika ini. Ini kerana zaman kejayaan dan kemuliaan mereka wujud ketika mereka masih hidup dalam naungan Negara Islam yang menerapkan Sistem Islam. Satu-satunya generasi yang sempat menyaksikannya adalah generasi yang hidup pada zaman Khilafah Uthmaniyyah.

Merekalah satu-satunya generasi yang mempunyai kesempatan untuk menyaksikan sisa-sisa kebesaran umat Islam yang hidup dalam naungan Negara Islam. Kemuliaan umat Islam dalam naungan Negara Islam itu bukanlah catatan sejarah dan angan-angan semata-mata. Ini kerana bukti-buktinya benar-benar ada dan memenuhi ruangan sejarah selama 13 abad.

Ketika ini, orang Islam yang mempunyai akal sihat akan merindui semula kejayaan dan kegemilangan Islam serta kemuliaan mereka di bawah naungan Negara Islam. Oleh itu, pemahaman yang benar dan jernih terhadap realiti tersebut akan meningkatkan keyakinan umat ini untuk meraih semula kemuliaan dan kejayaannya. Berikut saya lampirkan serba sedikit untuk tatapan umum:

570M
1. Kekalahan Abrahah didalam percubaannya untuk memusnahkan Kaabah.

2. Kelahiran Muhammad( SAW), bapa baginda Abdullah meninggal dunia sebelum kelahiran Nabi. Ibu baginda, Aminah meninggal dunia ketika Nabi berumur 6 tahun.

594M
Muhammad (SAW) berkahwin dengan Khadijah.

610M
1. Muhammad (SAW) dilantik menjadi Rasul (utusan) Allah.

2. Memulakan fasa Dakwah Pertama: Membina para sahabatnya dan penganut Islam yang baru secara rahsia dirumah Al-Arqam.

613M
Memulakan fasa Dakwah Kedua dan berinteraksi diantara orang Islam dengan orang kafir.

619M
Israk dan Mi’raj berlaku. Mencari Nusrah (perlindungan) dalam rangka menerapkan Islam daripada orang yang memiliki pengaruh serta kekuatan dan suku-suku,kaum dengan syarat mereka memeluk Islam.

621M.
1. Fasa Dakwah ketiga: Mendapat Baiah Aqabah pertama: Rasulullah SAW telah diberi baiah oleh suku al-Aus dan Al Khazraj yang berasal dari Yathrib (Madinah)

2. Muhamad mengirim Mu’sab bin Umair ke Yathrib untuk mengajarkan Islam kepada suku tersebut.

3. Sebahagian besar penduduk Madinah memeluk Islam.

622M
1. Baiah Aqabah kedua: Rasulullah SAW telah menerima penyerahan pemerintahan Madinah dari Al-Aus dan Al Khazraj. Baiah Aqabah kedua ini diberikan oleh 73 lelaki dan 2 wanita. Mereka memberikan Rasulullah baiah untuk memeluk Islam dan memberi perlindungan kepada Rasulullah.

2. Perintah untuk berhijrah dikeluarkan oleh Rasulullah kepada para sahabat. Quraisy merancang membunuh baginda, tetapi gagal dan baginda berjaya melakukan hijrah.

622M/1 HIJRAH
Negara Islam ditegakkan di Madinah

622-32M
1. Rasulullah SAW sebagai ketua negara Islam Pertama.

2. Mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajrin
Menubuhkan masjid sebagai pusat pentadbiran agama dan politik
Menandatangi ‘Wathiqah Madinah (piagam Madinah) antara kaum Muslimin dengan orang kafir dan Yahudi Madinah.

624M
Peperangan Badar: Islam dan kaum muslimin menang, 313 kaum muslimin berhadapan dengan 1000 kaum kafir. Peperangan yang paling penting dalam sejarah Islam.

625M
Peperangan Uhud: pihak kaum muslimin kalah. Sebahagian dari tentera Islam mengengkari salah satu dari perintah Rasulullah dan meninggalkan posisi penting dimedan perang. Rasulullah sendiri tercedera.

627M
Peperangan Khandak(al Ahzab): Islam telah menang. Selepas peperangan ini pihak Quraisy tidak mampu untuk melancarkan serangan terhadap orang Islam.

628M
1. Peperangan Bani Quraidah: Islam telah menang.

2. Perjanjian Hudaybiyah: Perjanjian damai dengan tempoh masa 10 tahun yang dimeteri oleh kaum muslimin dengan Quraisy. Langkah bijak politik Rasulullah.

3. Titik perubahan dalam sirah

4. Peperangan Khaibar: Islam telah menang


629M
Peperangan Mu’tah: perang antara Islam dengan Rom yang pertama.

630M
1. Pembebasan Mekkah:selepas pihak quraisy melanggar perjanjian damai Hudaybiyah.

2. Peperangan Hunain: Islam telah menang

3. Peperangan Ta’if: Islam Menang

4. Pepreangan Tabuk: Rom berundur.

631M

1. Tahun Deligasi

2. Suku arab yang lain di Semenjung Arab memberikan baiah mereka kepada Rasulullah

632M
1. Haji perpisahan:100, 000 kaum muslimin menghadirnya.

2. Rasulullah mempersiapkan bala tentera Usamah bin Zaid untuk menyerang Rom.

3. Rasulullah SAW wafat.

632-661M / 11-13H
Khalifah Abu Bakar As Siddiq


632M
1. Para sahabat melantik Abu Bakar sebagai Khalifah.

2. Meneruskan misi Usamah bin Zaid.

3. Abu Bakar memerangi golongan murtad dan suku Arab yang enggan membayar zakat.

633M
1.. Peperangan Yamamah: Islam berjaya membebaskan selatan Syria.

2. Penaklukan Al-Hirah di Iraq.

3. Pengumpulan Al Quran, Al Quran dibukukan yang diketuai oleh Zaid bin Thabit.

634M / 13H
1. Peperangan Ajnadin di Palestin.

2. Abu Bakar meninggal dunia.

634-644M / 13-23H
Khalifah Umar bin Al Khattab.

636M
1. Barah dan Ba’labak dibebaskan.

2. Damsyik dan Hims dibebaskan.

637M
1. Syria dan Jordan dibebaskan

2. Peperangan Yakmuk yang dipimpin oleh Khalid bin Al Walid.

3. Bandar Al Kufah dibina.

638M
1. Iraq dibebaskan

2. Peperangan Al Qadissiyah

3. Jerusalam dibebaskan secara aman

4. Peperangan Jalula: Parsi dikalahkan

5. Banyak lagi kota-kota Syria dibebaskan.

639M
1. Penyusunan kalendar Hijrah.

2. Para sahabat mengesyorkan permulaannya didasarkan kepada peristiwa yang paling penting dalam sejarah Islam, iaitu penghijrahan Rasulullah dari Madinah untuk mendirikan Negara Islam.

640M
Kawasan di Iraq dan Syria yang masih tinggal dibebaskan.

641M
Qaysariyyah dibebaskan.

642M
1. Mesir dibebaskan.

2. Kaum Yahudi berpindah dari negara Arab ke Syria.

643M
1. Empayar Parsi runtuh dan Iran dibebaskan

2. Peperangan Nahawand.

644M / 23H
1. Tripoli (libya) dibebaskan

2. Azerbajian dibebaskan

3. Hamazan dibebaskan

4. Asfahan dibebaskan

5. Umar dibunuh oleh seorang Majusi.

644-656M / 23-35H
Khalifah Uthman bin Affan.

648M
1. Syapur dibebaskan

2. Tripolitania dibebaskan

652M
Khurasan dan Naisapur dibebaskan.

653M / 35H
Uthman dibunuh di Madinah.

656-661M
Khalifah Ali bin Abi Talib.

658M
Peperangan Jamal: Peperangan antara Khalifah Ali dengan penentangnya.

659M
Peperangan Siffin, perang antara Khalifah dengan Muawiyah.

660M
Peperangan Nahrawan:peperangan untuk menentang golongan Khawarij.

661M / 40 H
Ali dibunuh di Kufah

####
Zaman Rasulullah S.A.W, & para sahabatnya ####
bersambung....... renung-renungkan perjuangan syahid....

Dancing with The Stars wk8 - Olley!!!

Salam...
Selamat pagi... jom kita hiburkan dengan dancing with the star program reality yg semakin popular di Amerika skrang. Hiburkan...dan santaikan diri anda.... saksikan rakaman vc@youtube yang baru berlangsung Isnin malam lalu.
TOP 3 - Wk8
Paso Doble - Lil Kim & Derek Hough


Lindy Hop - Gilles & Cheryll



Samba - Shawn & Mark



Tango Team vs Mambo Team



credit to: DWTSeason8 & DanceWTS1

Sunday, April 26, 2009

AF7 - WEEK 7.

Salam...
As we know, Concert Af7 Wk7 features 7 lucky & "talented" students?? Watch out this week concert either they are really talented as singer cum performer. Who are the 7 lucky students : Hafiz, Akim, Aril, Yazid, Aishah, Claudia & Isma.
Personally, frankly speaking as usual the concert still like ting tong...up & down..still boring * the students seems to be too lame in the 'comfort zone' but then... ermmm... boys better then gurlz at this moment..
Thus..opening song "FIONA"..nostalgia..so let's hear it from the boys.

Anyway somebody must out tonite==>> ARIL IS OUT??!! Wallawey...how come?? This 2 weeks Aril performed much better than the gurlz..suppose to be out. For sure the daily dairy will be boring without Aril the talkative & the most happenning person at academy. A..WOKKK!!! Last nite, Aril such cute person with his Peter Pan ears..hehehe..was his last concert after all. All the best bro!!
Aril - Nakal


Aril is OUT!

Akim - Situasi

Gugurlz...uikk!!! Maybe it just his attitude / stylo.. This week performance = WOW! Errmm.. he has a Rock Element inside. Go indie!! Perform with soul & fully energy..but please no gugurlz..."

Yazid - With / without U...

Personally, I like yazid attitude especially for the nite. He grabbed the emotion, feeling towards the song. Great job.. at least u did prove u can sing English song...hehehe.. Luv his hair..raggae ...."

Hafiz - Kau Yang Punya..

Actually that song so nice to hear, rap + soul + r&b sung by Mallique feat Najwa & Lah. But the true about this song is not too familiar to Malaysian fan. Even I don't think so they have had heard this song before. Myself, it takes about more than a week to feel the song especially the lyrics. Nice try Hafiz..should thanks to Aril ..."

Claudia -When u're Gone

As well... claudia did her role. Anyway, must have 'magic' in herself to attract the audience & more influence of her attitude.


Isma - Tak mungkin Kerna Sayang

....no comment...so and so... NAK TIDO!!!

Aishah - Flora Cinta

I really luv this song from Min Malik...those were the days!!! But Aishah..what's going on?? Very the very... dissapointed ... not only coz of pitching even nothing perform by her... INFINITI!!! Really upset.. She's cute but from hero to zero...

Untuk mu - The Gurgurlzz


At last ... hey gurgurlz.. ( isma. aishah & claudia) please... don't ever play upon your "comfort zone" coz the true is OUT THERE!!.. Maybe u can play safe at the concert but thus, the moment you join the others the reality life to be as Singer @ artiste it is not ez as what u thinking about. The challenging of real life!!! Is to challenge your ability towards the righteous & commitment.

The results [after concert]: Hafiz - 17 %, Isma - 17 %, Aishah - 15%, Yazid - 15 %, Akim - 14 %, Claudia - 11 % dan Aril - 11 %.

That's All Folk!!!!

Saturday, April 25, 2009

OIAM3 - TOP 3

Salam....
Jumaat malam tadi 24.04.2009, menyaksikan Nine telah tersingkir dari senarai Top 3. Skrang yang tinggal hanya TOMOK, ESTHER & AWEERA. Kalau dikaji dari pengalaman Tomok pernah menjadi recording artiste sejak berusia 15tahun, manakala Esther pula byk menimba pengalaman di kelab malam sekitar Sabah dan Aweera generasi rock remaja yang bersih namun mempunyai bandnya sendiri di kampungnya.
Oleh itu, sekali lagi JARI MENJADI JURI...anda penentu nasib mereka yang bakal menyaksikan pentas akhir di minggu hadapan. SIAPAKAH YANG LAYAK BERGELAR PENYANYI YANG MEMPUNYAI HARGA SATU JUTA RINGGIT.
Malam tadi menyaksikan peserta TOP 3, menyanyikan lagu pilihan Juri & juga peminat mereka.
TOMOK
CRAZY IN LOVE - PILIHAN JURI

COBA - PILIHAN PEMINAT

Crazy in love - bagi angah persembahan untuk lagi ini macam biasa sahaja yg pernah Tomok lakukan pada konsert2 sebelum nih. Tapi dalam lagu COBA- suatu yang baharu. Tomok berjaya menjadikan lagu ini menjadi lagu hakmiliknya sendiri dgn cara & gaya penyampaian yang amat berlainan.. emosi!! Baguih tuh!! Can feel you......
Esther
I WON'T GO HOME WITHOUT U - PILIHAN PEMINAT

Better in Time & I Won't Go Home wihtout u - vocal memang Esther tip top especially dgn lagu English. Leona Lewis pon boleh kalah but then hopefully minggu depan kalau berjaya ke finale nak tgk Esther more to stage performance. I know u can do it!!!

Aweera
GEMILANG - PILIHAN JURI

AKU DAH BOSAN - PILIHAN PEMINAT

Aweera - kita dah ada pelapis rockers lelaki seperti Fiq, Faizal Tahir dan terkini Aweera. Sewajarnya Aweera kena uat sesuatu "MAGIS" supaya ia dapat memperjuangkan rock kapak tapi dgn cara tersendiri. Hopefully Aweera berjaya bukan bersandarkan wajah @ rupanya yang comey but talent.

**anyway..angah coba dapatkan vc esther *better in time**
come on guys.... undi terus mengundi...

YA @ TIDAK TOMOK SMS 33399

YA @ TIDAK ESTHER SMS 33399

YA @ TIDAK AWEERA SMS 33399

tetapi di sini angah ingin katakan... I really enjoy watching OIAM3 rather AF7. Rasenye kualiti yang ada pada setiap penyanyi OIAM3 mempunyai aura yang lebih dan menarik minat penonton dari masa ke semasa.... ALL THE BEST!!!

Friday, April 24, 2009

A Phenomenon of Edward Cullen



Robert Thomas-Pattinson (born May 13, 1986) is an English actor, model and musician. He is best known for playing Edward Cullen in the film adaptation of Twilight, based on the novel by Stephenie Meyer, and for the role of Cedric Diggory in Harry Potter and the Goblet of Fire.
Pattinson was born in London, England. His mother, Clare, worked for a modeling agency, and his father, Richard, imported vintage cars from the U.S. Pattinson attended Tower House School and Harrodian School.He became involved in amateur theatre through the Barnes Theatre Company. After some backstage experience there, he took on acting roles. He caught the attention of an acting agent in a production of Tess of the D'Urbervilles and began looking for professional roles. Since then he has performed in an amateur version of Macbeth at the Old Sorting Office Arts Centre, as well as trying his hand at modeling.
He won 2 awards :-
1- New Hollywood at Hollywood Film Festival
2- Best Actor in Feature at Starsbourg Film Festival

Thursday, April 23, 2009

Ceriteria - Al-kisah Pokok Epal

Salam...

Angah tak pasti samada anda pernah membaca citer Pokok epal & seorang insan seperjuangannya. But I really want to share this story...
Renung-renungkan....

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memtik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih.
"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jwb budak remaja itu.
"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,"tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.
Lalu pokok epal itu berkata,"Kalau begitu,petiklah epal2 yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan."
Budak remaja itu dengan gembiranya memetik kesemua buah epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal tersebut merasa sedih.
Masa berlalu.............
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa & pokok epal itu merasa gembira sekali.
"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pokok epal itu.
"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu.
"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini an kau buatlah rumah daripadanya," pokok epal itu memberikan cadangannya.
Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa amat sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia adalah sebenarnya budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.
"Marilah bermain-main sekitar ku," ajak pokok epal itu.
"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?, tanya lelaki itu.
"Aku tidak mempunyai bot untuk di berikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," ujar pokok epal itu.
Lelaki itu merasa gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembira dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari seorang lelaki yang semakin di mamah usia datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu.
"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kamu. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.
"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.
"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu.
Lalu lekai tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini sengaja di paparkan untuk mengajak kita berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam penceritaan adalah KEDUA-DUA IBU BAPA kita. Bila kita masih kanak-kanak, kita suka bermain dengan mereka. Ketika meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.
Fikirkanlah, itulah hakikat bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibubapa mereka.
HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. HAKIKATNYA...TIAP-TIAP HARI ADALAH HARI IBU BAPA KITA.
Semoga cerita ini dapat memberikan Keinsafan dan Kesedaran kepada kita sebagai Anak.

Wednesday, April 22, 2009

Dancing With the Stars - wk7

Salam
Walo pon kebizian dgn iso filing & mcm2 nak uat sbb sok due date, namun tetap ku tepek gak di blog ku ini...dulik apa...tengah tensen..nasib baik bukan twentysen..hehehhe..
Release kan stress & pening paler..dgn tarian celebriti @ artis nih bersama tenaga pengajar mereka... suke suke suke..blum miss lagi.
Clapping song - 60's Dance [TOGETHER GATHER]

RUMBA - LIL KIM (SINGER) & DEREK HOUGH (PRO DANCER)

CHA CHA - SHAWN (GYMNAS) & MARK BALLAS (PRO DANCER)

WALTZ - GILLES (ACTOR) & CHERYLL(PRO DANCER)

TANGO - MELISSA (CELEB) & TONY (PRO DANCER)

SAMBA - CHUCK (SINGER) & JULIANNE (PRO DANCER)

WALTZ - LAWRENCE (X-FOOTBALLER) & EDYTA (PRO DANCER)

WALTZ - TY (RODEO RIDER) & CHELSIE (PRO DANCER)

Monday, April 20, 2009

Genting Highland - Ep.3

Keseronokan tahap Impak Maksima - Hari Terakhir (13/04/09)
Salam
Hari kedua, rasenye malas nak bangun pagi sbb tido pon pas waktu suboh. Tetapi kecerahan & keceriaan membuat mata angah tak ley lelap. Anis(luv) dah bangun siap colling boss gtau mc. MC ke???
Lizz masih nyenyak tp di sebabkan kejelesan melihat lizz sedap tido maka itu .... kaco sampai terbeliak dari lenanya. Lapo, lapo...pagi yang sejuk peyut dah disco dancer. Apa lagi maggi pon maggi la janji dapat lapik peyut (thanks luv pembekal makanan segera). Tak lama tuh, liea pun dtg sbb nak iron tudungnyer (kelako... tudung yg di iron tak pakai sebaliknyer pakai tudung lain..pengaruh luv tuhhh!!!) Seronok tgk gelagat liea citer pengalamannya bercoti di Indonesia, sampai lizz ley mengamati citernye langsung tak ngantuk. Yang paling best...kalo liea citer penuh emosi, ekspresi, dgn gaya.... bley jadi pelakon harapan nih.
Asalnya kononla... nak gather2 kol 9.30am...ermmm..biaserla janji melayu kan..so lewat la sampai kol 10.30am lak..berkumpul di bilik ms prez cik muz. Siap dgn luggage skali bertanggak bilik muz. Berlalulah kami berlima (geng adventure) cik muz,tun,lizz, luv & angah ke tempat sarapan Penang Village. Sampai jew, uncle & auntysms, kyun, liea, jaja dah berada di tempat sarapan pagi... diikuti oleh bad(mgr diddy). Apa lagik...gossip panas!!!! Semua kuar la, luahan rasa dan perasaan yang selama nih terpendam.. sambil tu ada yang order sarapan. Yang makan tetap makan, yang mengumpat...tetap mengumpat, yang sedih tetap sedih... KENAPA SEDIH??
Biarlah rahsia.......
Thanks uncle (sukar untuk angah lafazkan sbb bih kurang sebaya jew)..thanks liza (auntysms) belanja sarapan. Then smua MENUJU PUNCAK, apa lagik beratur nak main outdoor GAME. Masing2 dengan rasa teruja tuh!!! (mengalahkan bebudak lagi...kan....sabo jew la budak2 ooiii).
Geng berlapan (mcm tuan puteri 7+1 perigi la pulak kan) muz, liea, jaja,tun, luv, kyun, lizz & angah sakan gler nak main game. First, Spinner...here we come!! last2 3 org dulu main, muz,lizz & angah yang lelain muka masing2 cuak semacam. Janji main babe!! Rugi dah bayar tapi tak main...

heheheh.... tak payah citer la, kite tgk vt..(wah!! kalah melodi nih). Pengacara tanpa tauliah ms Liea (michelle gerenti menangis tgk liea boley rampas takhta nih). Yang paling tak boley luper, sanggup naik kuda mainan pehhh!!! Nanges budak kalo tgk kami berlapan naik kuda @ kapal...paling adventure!!! Wakakakaka...
Iklan jap ( selingan mcm nonton tv tu...)

ok...sambung balik... Masa nak main duk dalam cawan (bley gtew??) terjumpa la dgn 3teruna dari terengganu yang sakan main mengalahkan budak tadika..at last ley join & jadi kawan lak. Naik pirate ship paling best.. disebabkan angah sorang jew yang pnah naik kan..yg lelain tu blum pnah lagi so kena cari idea nak buat merka naik bersama2. So, perkara yang baik2 jew angah gtau, dun woli tak gayatnye.. sbb biaser jew hayunannya. Pastu naik skali dgn 3teruna tu lak. Mula2 masing2 punyanyer hepi...lama2 jadi happenning...memang ada yang pening!!! Suke, suke, suke....lizz sampai mengalirkan air matanya. Mungkin terlampau suke sangat kot!!??? Suke , suke, suke tgk muke kesuspenan merka... setidaknya merasa la jugak kan suatu pengalaman baru. Sabo jew la dgn angah... kata nak ADVENTURE...hehehhehe... kita nonton vt lagik......kesinambungan..

Tapi itu yang membuat kami memang suke sesgt.. hilang tensen, stress ..walopon terluka at least sembuh gak la skit kan. Sayang roller coaster yg tebing benting tuh close lak under repair! Masa angah nak naik space shot lak..reramai g merry-go-round. Pehhh!!! Tui gak kata luv, kalo tak naik nyesal..so angah teruskan perjuangan menaiki space Shot... Pengalaman paling best!!! Biler ianya naik tinggi keatas...mula2 suspen tp lama2 indahnyer saujana tup tup...sekali turun mak aiiii!!! berdegup jantung ku..tp boley maintain lagik daripada 2org penumpang yg duk sblah angah..pehhh!!! *@**@###!!!! mcm2 carutan kuar... Terasa jantung tertinggal kat atas...sempat kutip kalo tak gerenti dah jadi jantung berlobang. Biler habis jew, nasib baik mereka minta maaf kat angah sbb bahasa "terindah" tadi. Itu lah ragam manusia... Terserempak Erma Fatima, Umi Aida, Nora Danish.. (kesempatan amik gambo dgn erma fatima jew) Nora Danish sombong gak mak budak nih..(cian luv..tak per sabo jew la..)
Anyway..saat perpisahan dgn kyun, liea, jaja sbb merka follow auntysms balik kl. Muz menemani merka sbb nak check-out. Tinggallah angah, lizz, luv & tun meneruskan perjuangan ke titisan peluh terakhhir.

Iklan lagi... (my besday... suke suke suke...)

Kalo tak der gambo... mana sah!!! lagi pon bertujuh + 3 teruna = 10 orang terlebey saksi kan.
Ini lah snap shot... tp tak byk sgt..kat kamera kyun lagik byk..

Ratu posing... tetap tak mengalah sampai nanges kamera..(maaf luvvv!!!!!!!!!!!)

sukenye... luv & lizz sampai melompat-lompat lagik...



Pas puas main, muz masuk lagi tema permainan tp sajew jalan2 carik souvenir tp tak berkenan di hati. Waktu mencemburui kami, dah hampir 4.30pm so kami balik ke otel nak collect luggage. Sblum tu singgah Penang Village sb baru terasa lapar. Perjalanan kami ke skyway untuk pulang ke rumah memasing. Sekali lagi muka Tun cuak lagi...mesti suspen nak naik skyway only one way. Dalam gondola , luv bley ketawa tanpa henti biler berciter konon naik bas masing2 tertido & bas tu bawak kami semula ke genting. Bley gtew???? Sampai jew st.bas ternyatalah terpaksa beli tiket bas ke destinasi tempat tinggal 'GENG ADVENTURE'. Angah balik naik van jam 6pm dan selamat sampai Klang Sentral kol 7.20min. Itulah kenangan paling best tahun 2009!!
Sekian sahaja penceritaan kali ini. Kalau ada sumur di ladang, boley kita menumpang mandi. Kalau ada umur panjang, boleh kita ENJOY lagikkk!!!!

Wallawey....
credit to: myname is lizz (thanks a lot ..... )

OIAM3 - TOP 4

SALAM...
Cian amylea tersingkir, mesti ramai tertanya2 tp nak uat camner nasi dah jadi bubur. Yang ada TOP4, ternyata hanya Tomok & Esther terserlah. 2 orang lagi uat penyeri jew la nak sampai lagi 2 minggu final kan...
Tomok & Esther, last week they r the contender tp kedua2nya dah agak style nak perform. Rasenyer tak der special pon malam tu... tapi layan gak la.
So kite sama2 lah layan vc.... (antara koleksi Tomok sepanjang minggu OIAM3):-
TRIBUTE TO ALLEYCAT

(JIKA KAU BERCINTA LAGI , SEKUNTUM BUNGA MERAH & KERANA KAU)

ESTHER –ONE NIGHT ONLY, SEMUA JADI SATU & KEEPS GETTING BETTER

COBA

RAHSIA POHON CEMARA

CRAZY IN LOVE

GANTUNG

LALALALA..KERJALAH

INGIN BERSAMAMU

UMBRELLA

AKU CINTA PADAMU


****untuk komen AF7, walo pon merka uat konsert ROCKKKKK!!!! tp angah rase mereka masih blum mengatasi band2 rock yang mengiringi merka. even terasa boring..boring...buhsan..buhsan..ada yang uat konsert lentang lereng namun bagi angah rockers yang ada skrg pon tak la over sangat tapi aura merka tu lebih mengatasi segalanya****