SOMEONE LIKE YOU
MAKES THE SUN SHINE BRIGHTER
SOMEONE LIKE YOU
MAKES A SIGH HALF A SMILE
SOMEONE LIKE YOU
MAKES MY TROUBLESOME MUCH LIGHTER
SOMEONE LIKE YOU
MAKES LIFE SEEM WORTHWHILE
GAMBAR tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Korean Central News Agency pada 5 Januari lalu, menunjukkan ujian peluru berpandu oleh 'Unit 1489' di sebuah lokasi rahsia di Korea Utara. Semalam, rejim komunis negara itu melakukan satu lagi ujian peluru berpandu sehari selepas melakukan ujian nuklear bawah tanah yang mencetuskan kemarahan antarabangsa. - AFP
SEOUL 26 Mei - Korea Utara terus membangkitkan kemarahan dunia, apabila negara komunis itu hari ini bertindak melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pula, sehari selepas menjalankan satu ujian nuklear bawah tanah.
Negara komunis itu melancarkan sebuah peluru berpandu darat ke udara dan sebuah peluru berpandu darat ke kapal dekat pantai timurnya berhampiran bandar Hamhung, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap dengan memetik sumber kerajaan di Seoul.
"Pihak berkuasa perisikan sedang menganalisis motif pelancaran peluru berpandu itu," kata sumber yang menerangkan setiap peluru berpandu berkenaan boleh mengenai sasaran sejauh 130 kilometer.
Yonhap sebelum itu melaporkan Korea Utara telah mengisytiharkan zon larangan kepada semua kapal di perairan dekat pantai baratnya.
Pyongyang semalam menjalankan ujian nuklear bawah tanah yang kedua, dengan kekuatan ledakan jauh lebih besar daripada ujian pertama pada Oktober 2006.
Malah beberapa pakar menganggarkan kekuatan ledakan itu hampir menyamai letupan-letupan bom atom yang meranapkan Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.
Ia juga melancarkan tiga peluru berpandu jarak dekat darat ke udara dari lokasi dekat pantai timurnya semalam, lapor tentera Korea Selatan.
Di New York, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk tindakan Pyongyang semalam.
Kuasa-kuasa utama dalam Majlis Keselamatan menimbangkan langkah sekatan baru ke atas rejim komunis itu, manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menjanjikan sokongan kepada jiran-jiran Korea Utara.
Selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat PBB di New York, negara-negara anggota memutuskan untuk 'segera' merangka resolusi baru Majlis Keselamatan bagi menangani ujian nuklear terbaru itu, kata Presiden Majlis, Vitaly Churkin dari Rusia.
"Anggota-anggota Majlis Keselamatan menyuarakan bantahan dan kutukan keras terhadap ujian nuklear yang dijalankan oleh Korea Utara itu," kata Churkin.
Ujian itu jelas melanggar Resolusi 1718 PBB, iaitu resolusi yang diluluskan pada Oktober 2006 selepas ujian nuklear pertama Pyongyang, untuk mengharamkan Korea Utara daripada menjalankan sebarang ujian nuklear atau melancarkan peluru berpandu pada masa depan. - AFP
credit to: UTUSAN MALAYSIA
MENAKOTKAN!!!! SMLM BERITA UTAMA TV3 ADA MENYATAKAN KOREA UTARA SANGGUP BERPERANG DENGAN AMERIKA..... MENGGERIKAN!!!!
Salam.... Hari pun dah menjelang senja... teringatkan tepekan ms prez cik muz di forum Rizfc mengenai the latest news about bro Riz. Dalam diam rope2nye Riz ada show untuk golf Charity bertempat di Shangri La Hotel pada 24 Mei 2009. Especially malam kenangan bersama YAB Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Tuan Hj Muhyidin b Hj Mohd Yassin. Alhamdulillah... semoga Riz sentiasa di murahi rezeki dengan show2 yang akan mendatang. At least terubat lah kerinduan peminat2nya. Sementara menunggu album pertama-nya kluar di pasaran, setidaknya tak kisah lah lagu Riz duet dgn Alyah "Ku Pinjam Satu Bintang" pon dah berkumandang di radio Era. Yang penting jangan lupa kehadiran Riz di persada seni tanahair.
ni senyuman yang memiliki seribu makna....dalam mengharungi dunia yang penuh asam garam untuk bergelar sebagai anak seni. yang penting jangan putus asa... semangat juang yang optimis dalam diri itu yang akan memberi kejayaan mutlak....
credit to: auntynoni@kak noni...thanks for luvly pics
Salam... Sikap Optimis buat kehidupan lebih bererti.
Tahukah anda apa itu Optimis? Optimis adalah bagaimana cara melihat masalah yang dihadapi dengan cara yang berbeza iaitu dengan melihat perkara positif pada keadaan negatif. Namun tidak bererti orang yang optimis tidak boleh melihat perkara yang negatif. Seseorang yang bersikap optimis bererti mereka telah mendapat kejayaan yang diimpikan. Sikap seperti ini adalah seperti tidak pernah mengenal erti kegagalan dan tidak mudah putus asa.
Bentuk sikap optimis. Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapatabeberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti :
*Maklumat atau berita yang diterima. Tahukah anda bahawa orang yang selalu menonton cerita seram atau membaca kisah-kisah seram akan sentiasa berasa takut dan perasaan mereka tidak tenang? Individu seperti mereka ini akan membentuk dunianya sendiri dan tidak akan bercampur dengan dunia luar. Namun berlainan puladengan individu yang gemar membaca buku tentang motivasi atau cara menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan. Individu ini dapat berfikir dan merancang kehidupan dengan lebih baik. Maka sifat positif akan muncul dan memberi kebaikan dlm diri setiap individu tersebut.
*Didikan keluarga. Setiap didikan perlu diberi semenjak kecil. Begitu juga untuk membentuk sifat positif dalam diri seseorang individu. Terdapat juga kanak-kanak yang diajar untuk melihat perkara2 negatif. Mereka di ajar supaya melihat semua orang lain dari pandangan yang kurang elok. Hal sebegini merupakan satu keadaan dimana sifat positif yang ada dalam diri kanak2 tersebut akan bertukar menjadi negatif dan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan sebaliknya.
*Pergaulan. Apabila bercampur dengan orang yang bersikap optimis, maka kita menjadi sepertinya dan juga akan mengikut perangainya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan orang yang sentiasa bersikap negatif maka kita sudah pasti akan mengikut perangainya yang sentiasa berfikiran negatif dalam semua perkara. Bersikap bijak untuk berkawan kerana sikap mereka akan mempengaruhi sikap anda. Tidak salah berkawan tetapi anda harus bijak memilih dan menilai kawan anda. Tidak semua rakan mahupan kawan anda mampu memberikan pandangan positif kepada anda dalam apa juga hal. Anda sendiri harus bijak menilainya. Oleh itu pilihlah kawan yang boleh menjadi pendengar anda yang setia tidak kira dimana dan ketikanya.
Ciri-Ciri Orang Optimis *Gembira Orang yang optimis selalu hidup dalam keadaan gembira. Jika menghadapi masalah dalam hidup, mereka akan menghadapi masalah dengan tenang. Ini kerana individu ini melihat sesuatu masalah dengan cara yang berbeza. mereka sentiasa berjaya menghadapi setiap apa juga dugaan yang datang dengan penuh sabar dan yakin mampu menyelesaikan setiap halangan yang datang. Hidup yang gembira sebenarnya akan mampu membuatkan anda berada dalam keadaan ceria setiap hari.
*Bersemangat Setiap orang perlu bersemangat untuk menjalani kehidupan dengan tenang. Jika tidak mempunyai semangat maka perkara tersebut akan menjadi besar. Jika individu yang bersikap optimis, mereka mempunyai semangat dalam diri dan bersikap tenang malah sentiasa bersemangat untuk menyelesaikan masalah tersebut.
*Cara percakapan Individu yang bersikap optimis dapat dilihat melalui cara percakapan. Mereka sentiasa tenang dan butir bicara percakapan teratur. Mereka juga selalunya tidap cepat marah dan 'naik angin' tidak tentu hala kerana orang yang optimis bijak mengawal keadaan.
Mengekalkan Sikap Optimis Bagaimanakah kita dapat mengekalkan sikap optimis ini walaupun sedang menghadapi masalah? Terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk sentiasa bersikap optimis.
*Bukan sifat kekal Tanamkan dalam diri, bahawa masalah bukan bersifat kekal untuk jangka masa yang lama. Namun anda perlu segera mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
*Cari aspek positif Setiap perubahan mempunyai aspek positif dan negatif. Ini semua bergantung kepada cara melihat perubahan tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap perubahan akan menimbulkan perasaan janggal tetapi carilah aspek positif dari perubahan tersebut.
*Bersedia menghadapi perubahan. Serahkan segala usaha anda kepada Allah S.W.T. Bergantung harap pada Tuhan setelah berusaha, adalah merupakan sikap yang optimis. Yakin bahawa Allah akan menolong kita dalam setiap langkah agar setiap langkah yang kita ambil terhindar dari tekanan. Namun begitu, kita juga harus berusaha agar sentiasa menjadi yang terbaik dan mampu membuat keputusan dengan berlandaskan akal yang bijak.
Tip menjadi orang optimis... 1- Tanamkan ada diri sendiri bahawa anda boleh menjadi cemerlang dalam segala perkara yang anda lakukan.
2- Jangan merasa ragu untuk melakukan perubahan @ penghijrahan. Rangka masa agar boleh melakukan perubahan.
3- Lakukan perancangan dan bertindak dengan teliti agar kehidupan lebih bersemangat.
4- Sentiasa berfikiran positif setiap waktu.
5- Ceria dan gembira sentiasa pastikan diri berada dalam keadaan baik dan tidak terdorong melakukan sesuatu perkara yang negatif.
ADAKAH ANDA TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG YANG OPTIMIS??? RENUNG-RENUNGKAN.....
Selamat pagi Isnin.. Monday Blues.... kenapa mesti Isnin@Monday??? Sebab dah termaktub dlm agenda jadual harian kan. Walo pon, angah nak share hari minggu riadah bersama keluarga di kawasan Bukit Tinggi. Best!!! Dah hampir sebulan xtvt riadah bersama keluarga di padang Bukit Tinggi kat taman Rama-rama[ada ke rama2, tak nampak pon]. Tp angah salute tui la warga klang ni rope2nye..dalam masing2 sibuk memang merka utamakan keluarga. Bukan setakat kanak2 jew malah mak bapak kanak2 pon main layang2. Kalo nak tgk... masyarakat Malaysia sila-sila la ke Bukit Tinggi dari jauh dah nampak layang2 berterbangan ke langit.. such a lovely day. Tapi...orang tua2 pnah berkata : ' kalo musim layang2... mesti musim paneh kemarau'..tp ada benarnya gak...kan.. skrang ni memang paneh giler.... cuma blum tahap nak giler paneh lagi. yang ni bro jual layang2..dan itu lah layang2 angah..wakakakaka..lama2 kan dah berjangkit. main jugaklah...sebagai langkah permulaan. mana tau kalo dah xpert nak gak beli layang2 yang beso.. wahhh!!! harap2 tak ketagih la.... harga sekecil tu rm5 dan layang2 yang dijual di import dari NEGERI CHINA... soklannya: napa orang Malaysia tak ley uat layang2..rasenya ramai gak yang pandai buat layang2 & bley jadi income sampingan...kan...kan..... ada jugak yang datang dari area ampang...shah alam .... semata2 nak join main layang2.BAGUSS!!!! BAGUSS!!! lebih baik dari melayan politik huru hara..... tiba2 lak teringat lagu Alleycats... LAYANG LAYANG TERPUTUS TALINYA...
Berarak mendung kelabu Mengekori langkahku Sepanjang kehidupan Penuh dugaan Namun aku tetap aku
Kucuba dan terus mencuba Mencapai suria Walau membakar jiwa Walau aku dihina Namun aku tetap aku
Derita oh derita Engkau di mana-mana Walaupun jauh aku berlari Mahupun berdiam diri Namun indah mimpi dari realiti Hidupku tanpa arah Bagaikan layang-layang Terputus talinya
Tapi pasti suatu hari nanti Sinar suriakan menjelma
Karya seni adalah satu daripada kerja Tuhan, oleh itu buatlah bersungguh- sungguh dengan penuh kejujuran,” itu antara bait kata-kata yang pernah keluar daripada mulut Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Siapa yang tidak mengenali P. Ramlee? Walaupun sudah meninggalkan kita, karya-karya yang dihasilkannya sering disiarkan di radio mahupun di kaca televisyen.
Saban hari muzik mahupun filem yang pernah dihasilkan ditonton tanpa jemu. Walaupun pelbagai karya baru cuba bersaing dengannya, peminat masih lagi mendambakan karya-karyanya seolah-olah tiada pengganti.
Jumaat ini 29 Mei, genap 36 tahun pemergian P. Ramlee. Dalam tempoh itu juga pelbagai usaha yang dilaksanakan oleh kalangan insan seni untuk sama-sama menghargai jasa P. Ramlee kepada bidang seni.
Dilahirkan dengan nama Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh pada 22 Mac 1929 di Pulau Pinang. P. Ramlee mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Francis Light sehingga darjah lima.
Sikapnya yang kurang berminat dalam pelajaran dan lebih kepada bidang seni telah membuka jalan untuk mengambil peluang dalam apa jua pesta yang ada.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa yang tahu. Bermula pada tahun 1948, lagu Azizah telah melonjakkan nama P. Ramlee kerana bakatnya menyanyikan lagu tersebut telah dilihat oleh oleh pengarah filem B.S. Rajhans.
Bertolak dari situ, P. Ramlee mengorak langkah dalam bidang seni dan memulakan kerjayanya secara serius. Berlakon, berlawak dan menyanyi serta turut sama berpeluang bekerja di belakang tabir.
Walaupun pada permulaan kerjayanya hanya ditawarkan sebagai pelakon pembantu, namun akhirnya P. Ramlee diberi peranan sebagai hero dalam filem Bakti bersama aktres Kasma Booty.
Pada waktu itu P. Ramlee juga telah menyumbangkan bakti dalam filem Penghidupan, Sejoli, Antara Senyum Dan Tangis, Ibu, Hujan Panas, Salah Siapa, Panggilan Pulau, Merana, Abu Hassan Pencuri, Hang Tuah dan banyak lagi.
Kecemerlangan P. Ramlee dalam bidang lakonan terus diuji pada tahun 1955 dengan menjadi pengarah filem Penarik Beca seterusnya diangkat sebagai Filem Terbaik Seluruh Tanah Melayu setahun selepas itu.
Kejayaan tersebut juga telah menjadi azimat kepada P. Ramlee untuk mengarahkan filem kedua, Semerah Padi yang ditunjangi oleh Nordin Ahmad, Saadiah, A. Rahim dan Normadiah.
Bakat yang dimiliki olehnya tidak sekadar pada filem bercorak drama, malah buat pertama kalinya P. Ramlee mengarahkan filem komedi Bujang Lapok pada 1957, menyusul Pendekar Bujang Lapok, 1959 seterusnya terpilih sebagai Filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia di Kuala Lumpur.
*Menguasai bidang muzik
Kecemerlangan dalam bidang lakonan tidak sedikitpun mematikan minat dalam bidang muzik. P. Ramlee yang dikurniakan bakat bermain alat muzik juga boleh mencipta dan menggubah lagu dengan baik. Sehingga kini banyak lagu-lagu sama ada yang dicipta atau dinyanyikannya masih lagi diputarkan sehingga kini.
Studio Jalan Ampas di Singapura menjadi saksi bahawa P. Ramlee telah pun mencipta beratus- ratus buah lagu semenjak berpeluang menjadi penyanyi latar kepada S. Romai Noor pada tahun 1948 sehinggalah berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1967.
Selain mengarahkan filem, P. Ramlee juga turut sama menggubah lagu seterusnya dimuatkan sebagai lagu latar atau lagu tema. P. Ramlee menganggap muzik adalah nadi kepada sesebuah filem. Tanpa muzik, filem tidak berjiwa.
Secara kebetulan, kebanyakan lagu-lagu yang dicipta oleh P. Ramlee ini pasti bergandingan dengan penulis lirik S. Sudarmaji. Gabungan antara mereka berdua sangat berhasil dan Sudarmaji memahami jiwa P. Ramlee.
Lagu-lagu seperti Maafkan Kami, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Tolong Kami, Pukul Tiga Pagi dan sebagainya sentiasa mendapat tempat di hati peminat dari dahulu lagi. Kebiasaannya setiap bait lirik yang terkandung dalam sesebuah lagu adalah terjemahan sisi kehidupan yang dilalui sama ia benar-benar terjadi mahupun apa yang berlaku dalam sesebuah filem yang sedang dihasilkan.
*Pergi buat selamanya
Setiap yang hidup pasti akan mati. Itu janji Tuhan kepada setiap hambanya. Tidak ada yang kekal di dunia ini selama-lamanya. Perjalanan yang diselusuri oleh P. Ramlee yang menutup usia pada 29 Mei 1973.
Ramai yang masih tidak percaya dengan berita mengenai pemergian P. Ramlee pada subuh itu. Berita mengenai pemergian Seniman Agung itu disiarkan melalui radio. Teman-teman rapat di Jalan Boon Teck, Singapura juga mula gelisah dan sedih dengan berita yang mereka terima. Tapi hakikat itu terpaksa diterima oleh setiap peminatnya.
Pada tarikh itu juga ribuan peminat mengiringi jenazah insan istimewa itu untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur selepas disembahyangkan di Masjid Kampung Baru.
Sehingga kini pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak yang berkenaan setiap kali hari ulang tahun memperingati pemergian seniman tersebut. Walaupun sudah tiada, nama P. Ramlee terus kekal subur dalam kehidupan rakyat Malaysia.
Bagi seniman Datuk Aziz Sattar, nama P. Ramlee tidak pernah luput dalam ingatannya setiap masa dan ketika. Setiap kenangan indah bersama sahabat baiknya itu akan muncul dalam fikiran dan hatinya bertambah sayu setiap kali tiba tarikh 29 Mei.
“Saya sentiasa mengingati beliau. Bagi saya P. Ramlee tiada galang gantinya. Setiap karya yang dihasilkan terus kekal sehingga kini.
“Saya selalu teringat pesan beliau kepada saya: Ajis, kalau gua mati hari ini, nama gua tetap akan hidup 1000 tahun lagi. Itulah ungkapan yang saya ingat sampai sekarang,” kata Aziz Sattar ketika dihubungi baru-baru ini.
Tambahnya lagi, Aziz berbangga apabila pihak kerajaan mengiktiraf jasa yang telah dicurahkan oleh seniman tersebut dengan pelbagai anugerah dan gelaran yang diterima oleh P. Ramlee.
Bagi pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura, P. Ramlee merupakan insan seni yang paling disanjungi dan dihormati sehingga kini.
“29 Mei 1973 hanyalah tarikh yang memisahkan kita dan dia. Tapi bagi saya dia masih lagi ‘hidup’ dengan karya-karya yang kita tonton seharian.
“Saya tak rasa orang Malaysia akan terus melupakan jasa dan keringat yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee dalam membangunkan industri seni kita sejak dahulu lagi.
“Walaupun secara zahirnya saya tidak pernah berkenalan dan berjumpa dengannya, segala kenangan yang ditinggalkan menerusi lagu dan filem masih terpahat dalam ingatan saya sehingga kini,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.
Lain pula bagi Ashraf Muslim. Selaku pelakon baru dia sangat menghargai jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh P. Ramlee selama ini dalam apa juga medium.
Ashraf juga menganggap P. Ramlee sebagai legenda sepanjang zaman dan sehingga kini dia masih lagi melihat lakonan-lakonan seniman tersebut sebagai rujukan dan landasan untuknya.
“Tidak semua pelakon mempunyai x factor seperti seninam tersebut. Itulah keistimewaan beliau dan sehingga kini penonton tidak pernah jemu melihatnya.
“Jasa dan pengorbanan beliau kepada seluruh industri hiburan tidak pernah padam sehingga bila-bila,” kata Ashraf.
Teuku Banteung adalah salah seorang pahlawan yang turut serta dalam peperangan Acheh melawan tentera Belanda yang tercetus hampir 40 tahun iaitu dari tahun 1872-1938 di Indonesia. Dalam peperangan tersebut Teuku Banteung telah berjuang bersama-sama adiknya yang kemudiannya telah gugur syahid dalam peperangan tersebut.
Setelah kematian adindanya yang syahid itu, Teuku Banteung akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di Pasai dan telah berkahwin dengan seorang gadis tempatan di sana. Pada tahun 1887, lahirlah anak lelaki pertama yang di beri nama Teuku Karim.
Setelah Teuku Nyak Karim dewasa, beliau telah berkahwin dengan Khatijah di Kampung Pineung Kacamatan Muara Dua Cunda iaitu sebuah perkampungan yang terletak kira-kira 4km dari Bandar Lhseumawe. Dari perkhawinan ini, pada tahun 1910 lahirlah anak pertama mereka yang di beri nama Teuku Nyak Puteh. Selepas anak pertama ini, lahirlah pula 7 adik beradik Nyak Puteh yang lain di beri nama Teuku Ishaq, Abdullah, Tahir, Syariah, Mohd Ali dan Maun.
Selain Khatijah, Teuku Nyak Karim juga mempunya 3orang isteri yang lain tetapi anak-anaknya yang lahir dari hubungan dengan isteri-isteri yang lain itu sudah meninggal dunia. Teuku Nyak Puteh sejak dari zaman remaja sudah mempunyai bakat menyanyi dengan suara yang sangat merdu, disamping rupa yang cantik sehingga orang-orang memanggilnya dengan panggilan Nyak Puteh Dhiet (yg bermaksud cantik rupawan). Ketika berusia 12tahun, Nyak Puteh telah memasuki sebuah kumpulan tarian iaitu Kumpulan Rapai Pulot di Cunda. Puteh dapat menunjukkan gerak tarian yang berbakat dan telah di beri peranan sebagai penari utama kumpulan tersebut.
Rapai Pulot mempunyai 15 orang penari lelaki dan 5 orang pemukul gendang rapai. Nyak Puteh dalam gerak tarinya berupaya memutar-mutarkan badanya dengan kepala di bawah dan mampu melipat kakinya ke bawah kepala seperti pemain akrobatik.
Kumpulan Tari yang di sertai Nyak Puteh lazimnya akan memenangi pertandingan yang di adakan. Sehinggalah pada suatu ketika kumpulan Tari Rapai Pulot telah tewas dan ini telah menyebabkan Puteh merasa begitu malu dan bersalah lalu menarik diri dari kumpulan tersebut.
Pada waktu tersebut, Aceh dan Tanah Melayu mempunyai hubungan perdagangan yang luas iaitu melalui darat Aceh seperti pelabuhan Free Port Subang, Lhokseumawe, Ulee Lheu, Sigli dan Langsa dengan bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Kedah. Cukup ramai para pedagang berulangalik membawa barang dagangan hasil tanaman dan bumi dengan kapal-kapal besar dan kecil.
Banyak pedagang Aceh datang dan pergi membawa barang-barang dan bekerja di kapal dan merantau Semenanjung Tanah Melayu bahkan ada yang menetap di sana. Hubungan erat ini ada kaitan dengan sejarah, sosial dan agama sebagai bangsa serumpun.
Nyak Puteh turut pula merantau dengan bekerja di kapal yang membawa barang dari Lhokseumawe ke Pulau Pinang sehingga beliar mahir dalam ilmu pelayaran. Dengan pengalaman dan ilmu perkapalan yang di perolehi ini, Puteh telah di angkat menjadi Nakhoda Kapal. Akhirnya Nyak Puteh mengambil keputusan untuk menetap di Tanah Melayu dan tinggal di negeri Pulau Pinang. Pada tahun 1925 Nyak Puteh berkahwin dengan seorang perempuan tempatan yang berasal dari Kubang Buaya, Butterworth bernama Che Mah Husin. Che Mah Husin merupakan seorang janda beranak satu seorang anak lelaki. Dia ditinggalkan suaminya seorang berketurunan Arab.
Selepas berkahwin, pasangan ini kemudiannya menetap di 40A Jalan Counter Hall, Pulau Pinang. Hasil perkhawinan tersebut, empat tahun kemudian pada hari Rabu 22 Mac 1929, di pagi Hari Raya Aidilfitri ketika khatib sedang membaca khutbah di Masjid Counter Hall, Pulau Pinang lahirlah anak pertama pasangan suami isteri ini lalu di beri nama Teuku Zakaria yang akhirnya hingga ke hari ini di kenali sebagai P.Ramlee.
***jika ada kesilapan... harap maaf***
Di Mana kan ku Cari Ganti
Hendak ku nangis Tiada berair mata Hendak ku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat
Di mana kan ku cari ganti Serupa dengan mu Tak sanggup ku berpisah Dan perhati patah, hidup gelisah
Alangkah pedih rasa hati Selama kau pergi Tinggalkan sendirian Tiada berteman dalam kesepian
Dunia terang menjadi gelita Cahaya indah tiada bergema Keluhan hatiku membawa derita Kini kau jua tak kunjung jelma
Di mana kan ku cari ganti Mungkinkah di syurga Untuk kawan berduka Menangis bersama, selama-lamanya
TIADA DUA ... HANYA SATU ...HANYA ALLAHYARHAM P.RAMLEE... TIADA GALANG GANTINYA ... SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T MENJADIKAN BELIAU SATU ANTARA BERJUTA....
Salam.... Sabtu lagik..keje lagik...begitulah rutin kehidupan angah seharian , semingguan dan juga sebulanan. Takder maknernyer... ujung minggu riadah. Keje memang tak sudah... punca mencari rezeki. So, bersyukur...anyway minggu lepaih dah balik kg laman..dah habih windu. Sejak kebelakangan nih, cuaca tak menentu & di kawasan persekitaran tempat tinggal & juga tempat keje angah sblum subuh dah berjerebu, sesak nafas dan radang saluran pernafasan di uatnya. Kadang2 mata pedih dan berair pulak tuh, pencemaran demi pencemaran....terasa bahang kepanasan pada kulit. Nih baghu alam kenyataan...blum satu 'alam kekal selamanya'. Tgk gambo nih..pun jadi lah penyejuk mata, hati dan diri.... mengantok la pulak.....alahai....
Salam.... Akhirnya Shawn Johnson & Mark Ballas (Team Shark)dinobatkan sebagai Juara Dancing Celebrities @ Dancing with The Stars Season 8 mengalahkan pasangan Gilles Marini & Cheryll Burke dan juga Melissa & Tony... Dua buah rancangan realiti yang paling popular DWTS & American Idol telah pun melabuhkan tirainya.
Sajew nak tepek lagu2 yang membawa kemenangan dan juga kegumbiraan Kris Allen & Adam Lambert. Walo pon... katanya..angah lebih suka pada Danny Gokey sbb - dia nyanyi lagu Lionel Ritchie..my favourite singer ever & forever. Especially nyanyi lagu HELLO...pehhh!!!! tangkap syahdu....
LOS ANGELES (Reuters) – Arkansas student Kris Allen won the eighth season of "American Idol" on Wednesday, dealing an unexpected defeat to singing rival Adam Lambert on the most popular U.S. television show.
Allen, 23, who won over audiences with his all-American good looks and by putting his personal spin on popular tunes, appeared shocked as Lambert, a 27-year-old musical theater actor, embraced him after host Ryan Seacrest's announcement.
"It feels good, but Adam deserves this," Allen said. "I don't even know what to feel right now, this is crazy."
A record high of nearly 100 million votes were cast in the finale. The "Idol" win guarantees Allen a recording contract.
A college student and devout Christian from Arkansas, Allen was the more clean-cut of the two finalists.
He often performed with his acoustic guitar, winning praise for rearranging well-known tunes, among them Michael Jackson's "Remember the Time" and Bill Withers' "Ain't No Sunshine."
As recently as last week, Allen was considered a long shot heading into the battle for the top two "Idol" spots, but he wowed the show's judges with his rendition of Kanye West's "Heartless," ousting early favorite Danny Gokey.
Even hours after winning, Allen appeared stunned.
"I felt shocked almost every week that I made it," he told reporters. "To be the American Idol, I'm completely shocked."
Widely considered the frontrunner since early in the season, Lambert dazzled audiences and the show's celebrity judges with his off-the-charts vocal range and dramatic flair.
With his falsetto singing style, black nail polish and daring wardrobe, Lambert earned the nickname "Glambert". Entertainment Weekly magazine even dubbed him "The most exciting 'American Idol' contestant in years."
Backstage, Lambert appeared unfazed by the loss.
DARK HORSE
The low-key Allen was often called a dark horse in the competition. On Tuesday night's final performance show, "Idol" judge Simon Cowell admitted that he had doubted whether Allen actually belonged in the finale.
"When your name was announced last week I wasn't sure whether America had made the right choice," Cowell told Allen early in the show. "But I absolutely take all that back now."
Later in the night, Cowell appeared to all but anoint Lambert the winner, calling him a "worldwide star."
Highlights of Wednesday's star-studded finale included a joint performance between Lambert, Allen and surviving members of the rock band Queen. Also, judge Kara Dio Guardi ripped off her dress to reveal a bikini in the middle of a singing duel with a former contestant famous for wearing a two-piece.
"American Idol" began as a cheesy summer talent show in 2002 but morphed into a cultural phenomenon that attracts tens of millions of viewers a week to News Corp's Fox network. Ratings have sagged about 7 percent this season, but it remains the nation's top-rated TV show with some 26 million viewers.
"American Idol" has produced true music stars from among its winners and losers, including Grammy winners Carrie Underwood, Kelly Clarkson and Jennifer Hudson, who also has won an Oscar.
credit to: Alex Dobuzinskis and Nichola Groom, editing by Paul Simao
Sabtu (minggu lepas) dari tempat keje nak balik kg. Penat giler hakikatnyer tp wajib balik. On the way, bawa adik lelaki ku 'Atan' & dua org anaknyer sekali menemani angah sepanjang perjalanan ke Teluk Intan. Jam 6pm bertolak dari rumahnyer... tak bawak laju pon tp mungkin borak sakan tak sedo jam 7.45pm dah sampai umah along...yeeeayyyy!!! Malam final AF7 lak tu, apa lagi bilik along dah jadi mini dewan smua berkumpul sbb hanya bilik along ada astro. Kat dining room, abah tak bagi astro sbb nanti cucu2nye melepak tgk tv jew so abah peminat setia berita TV1 tak berpeluang .... katanya..... Paling best!!! Musim paneh nih, berderet atok beserta anak2 & cucu berderet tido kat ruang tamu. Wahhh!!! Best nyer.... penangan balik kg memang best kalo beramai2 berkumpul. Keesokannya pulak Ahad ... adik lelaki sorang lagi (dari KL) nak balik jugak, bawa anak pompuan umo baghu 3 bulan. Bertambah lagi anak sedara angah.... dan beso kemungkinan ujung tahun ni pon bakal dapat anak sedara lagi sorang.... nih btui2 kumpul harta. Kalo di hitung x ramai pon skrang baghu 7 orang jew anak sedara angah. Memang meriah...dgn adik beradik termasuk anak2 sedara...bagaikan tongkang pecah. Sabo jew la...(dah dapat bayangkan kalo raya nanti....pecah kpala!!! heheheh...). Abah sampai tak sempat nak cukur jambangnyer...melayan kerenah cucu2nyer. Especially yang jarang balik.. pas lunch uat rombongan ke MRSM lak..ada nak jumpa anak & yg lelain sbb dah lama tak jumpa...katanya... sampai 3 buah kete ke MRSM. Tak dapet nak nolongnyer...hakikat...tensen..tensen..tp senyum...(mcm mana tuh!!) So, sempat la jugak celebrate besday anak sedara ... (pnah angah katakan...celeb 3 in 1- mom'day, teacher's day & besday). Tapi yang tak sangka... smua nak balik sekali gus..... Anyway... penat memang penat..sbb mcm tak rehat la pulak sbb lepas isyak.. kami bertolak balik ke Klang. Hujan lagi...sabo jew la..menguji tahap kesabaran angah.... singgah Kapar..menjamu selera sbb adinda ku yang mengandung terasa lapar. Then baru, antokan 'Atan' & anak2nye ke umah juga di Kapar. Pastu anto adindaku 'Ocu' pulak ke umahnyer & last sekali baru la sampai umah angah...jam 12.10 tengah malam. Mak ai....leteynyer...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Sok dah nak keje.... dan hari ni dah Khamis..masih lagi bekeje seperti biasa. Ermmm......
anak sedara (gurllllll)
bersama ibunyer (adik ipor)
besday cake
besday gurlzz (orange shirt)
adik ku 'Atan' bersama anak2nyer (hehehe..dah gugur rambutnyer...terlebey suda)
PENGETUA AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina (tiga dari kiri) berkongsi kegembiraan bersama (dari kanan) Akim, Aril, Hafiz, Yazid dan Isma.
Apa lagi yang boleh ditawarkan Hafiz sebagai bintang AF pada musim ini?
MASIH jelas lagi ingatannya pada malam Sabtu lalu apabila merampas kembali takhta gelaran juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang memihak kepada lelaki kembali.
Dua tahun terdahulu, gelaran juara AF dikuasai pelajar wanita iaitu Mila (2007) dan Stacy (2008). Buat si juara sudah jelas kini bukan lagi fantasi, semuanya sudah menjadi realiti yang harus disahut dengan berpijak pada bumi yang nyata.
Sepanjang sejarah penganjuran AF itu, daripada musim pertama hingga keempat, pelajar lelaki menunjukkan kuasa dan taring menerusi kemenangan Vince, Zahid, Mawi dan Faizal. Kenangan indah ini pasti diingati oleh Hafiz atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Mohd Suip, 19, apabila dinobatkan sebagai juara ketujuh program realiti popular itu.
Malah, Hafiz turut mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wakil pertama bergelar juara dari Bumi Kenyalang. Dengan berimej rambut kerinting, remaja kelahiran Kuching, Sarawak itu sudah mula menunjukkan potensi bakatnya sejak minggu pertama lagi berada di dalam AF7.
Tempat kedua ternyata memberi tuah kepada adik Izwan Pilus, Aril dengan tidak mempersiakan peluang kedua yang diberikan kepadanya selepas diwujudkan AF Masuk. Akim pula hanya mampu berpuas hati di tempat ketiga, manakala Yazid dan Isma masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.
REAKSI Hafiz apabila namanya diumumkan sebagai juara AF musim ketujuh.
Bagi Hafiz, impiannya bergelar penyanyi sudah terpendam sedari kecil lagi. Masih lagi kelihatan naif, mahu atau tidak, dia kini sudah bergelar penyanyi sekali gus menyertai ‘kelab dunia artis’.
Katanya, insya-Allah dia sudah bersedia melalui pahit getir dan suka duka menceburi dunia hiburan. Biarpun impiannya selama ini sudah tercapai, Hafiz memberitahu dia masih berhutang sesuatu kepada ibunya, Halizawati Mohd Salleh.
“Saya pernah berjanji kepada mama sekiranya impian saya sudah terlaksana, kini giliran saya pula untuk memenuhi impiannya bagi mendapat pencapaian yang baik dalam akademik. Selama ini pun, mama yang banyak memberi inspirasi dan galakan kepada saya untuk berusaha habis-habisan mengejar impian.
“Saya harap selepas ini dapat mengimbangi di antara kerjaya yang baru bermula dan akademik kerana kedua-duanya menjadi keutamaan. Saya masih menuntut di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan dalam jurusan Pelancongan dan Hospitaliti di Sarawak. Pengajian saya masih berbaki setahun.
“Saya pernah terfikir untuk menghabiskan pengajian dulu, tetapi atas dorongan dan semangat mama, dia mengizinkan saya mencapai impian sendiri dulu. Apa juga keputusan saya selepas ini mengenai soal akademik dan kerjaya harus dirujuk kepada pengurusan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB). Saya tidak berani memberi keputusan lanjut kerana segala perancangan pasti di bawah pihak AESB,” kata Hafiz yang teringin untuk bekerjasama dengan beberapa nama komposer hebat di Malaysia termasuk Audi Mok.
Dengan peratusan sebanyak 46 peratus selepas undian ditutup, Hafiz yang mendendangkan dua buah lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain dan single baru, Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan liriknya Ad Samad, ia sekali gus melayakkannya menerima wang tunai RM20,000 dan diaktifkan oleh Hotlink selama setahun.
Selain itu, anak kepada Mohd Suip Mohd Suut itu turut menerima kereta Honda Accord, percutian ke New York dan barangan seperti sistem teater rumah Arezzo Hoffman, kamera Olympus, jam tangan Hugo Boss, penapis udara Hyundai, telefon bimbit Nokia dan Brand’s InnerShine.
Peratusan Hafiz tidak ketara perubahannya sewaktu diumumkan AC Mizal selaku hos AF7 sebelum konsert final berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Hanya berlaku peningkatan dua peratus saja daripada 44 peratus menjadi 46 peratus. Sejauh mana perjalanan dan bukti survival Hafiz selepas ini masih samar.
Memetik kata pengkritik tetap AF7, Adlin Aman Ramlie, selain mempunyai vokal yang baik, apa lagi yang boleh ditawarkan Hafiz sebagai bintang dan ikon transformasi yang dicanang-canang pada musim ini. Mungkin Hafiz dan AESB harus bijak mencari resipi dalam memastikan hayatnya tidak dibiar sepi.
Aril semakin bersemangat
Sementara itu, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus, 23, begitu bersemangat untuk memastikan hala tuju bidang seninya terus berkembang maju.
Menganggap kejayaannya itu sebagai rezeki yang sudah tertulis, Aril memberitahu dia sudah melakukan sebaik-baiknya ketika mendendangkan lagu Kasih Tak Sampai (nyanyian Padi) dan single terbarunya, Toksik (ciptaan Alim/Shazee dan liriknya nukilan Nurfatima).
“Alhamdulillah, saya cuba sedaya mungkin untuk tidak mengenepikan sokongan pengundi dan peminat yang sanggup mengundi masuk saya kembali ke AF7 biarpun sudah tersingkir pada minggu ketujuh. Ia satu penghormatan kepada saya dan bersyukur mendapat tempat kedua.
“Harapnya selepas ini, kewujudan saya bukan sekadar mengisi ruang kosong yang ada. Sebaliknya, saya mahu menjadi ikon dan ‘sesuatu’ yang boleh dibanggakan industri seni tanah air. Semoga permulaan ini akan menjadi satu penanda aras dalam membuktikan kemampuan sebenar saya sebagai penghibur,” katanya yang memenangi baucar percutian daripada Maybelline, kamera Olympus, set karaoke Arezzo Hoffman, penapis air, jam tangan dan wang tunai, RM 10,000.
Manakala, jejaka kelahiran Johor Bahru, Akim jelas menampakkan keadaan berbeza sejak awal kemunculannya. Akim atau nama sebenarnya Afiq Akim Ahmad, 18 ternyata menunjukkan prestasi yang sangat baik menerusi tugasan dua buah lagu yang diberikan kepadanya.
Jelas kesungguhan dan emosinya ketika menyanyikan lagu asal Faizal Tahir, Bercinta dan Bengang (lagu baru ciptaan Amir, lirik SQ). Cuma dia tidak mampu menyaingi kehebatan Hafiz dan Aril.
Tidak timbul perasaan ralat di hatinya mengandaikan jika Aril tidak diserapkan kembali, mungkin takhta naib juara itu menjadi miliknya.
“Sudah rezeki saya hanya di situ. Malah saya bersyukur berada di dalam kelompok tiga terbaik. Itu sudah memadai. Ini langkah pertama saya menjejaki pengalaman baru sebagai artis yang saya tafsirkan memang cukup mencabar.
“Saya hanya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pernah berhasrat mahu melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan. Namun selepas menjadi ‘graduan’ AF7, saya mula terfikir untuk belajar dalam bidang muzik pula. Dengan bakat yang ada di samping pengalaman yang ditimba di dalam AF7, saya bersedia menerjah persada seni,” katanya yang cukup menggemari genre muzik pop jazz dan idolanya adalah Jason Mraz.
Di tangga ketiga, Akim menerima baucar percutian bernilai RM2,000, kamera dan wang tunai RM 8,000. Yazid hanya menerima kamera dan wang tunai RM 3,000 manakala Isma hanya menggenggam trofi AF7 saja. Wang tunai yang disediakan kepada pemenang disumbangkan Astro.
Salam.... Skrang dah abih musim af7, HAFIZ menjadi JORE!!! Yeaayyyy!!! Yesszaaa!!! Seperti yang dijangkakan oleh majoriti rakyat Malaysia...hehehhe. Walo pon lagu kureng mencabar (tp tolonglah 3 org juri wajib tau bukan pilihan pelajar tetapi fakulti & astro), namun PEACE tetap membawa lagu tugasan terakhir dengan begitu baik sekali. Cuma angah terkilan Akim dapat no.3.. iyer la kan biler Jari menjadi Juri. Anyway...kali ni pon angah tgk dgn my big famili di kg (Teluk Intan), apa lagik...cian bilik along dah jadi mini dewan...wakakakaka. Walo apa pon...the best Grand Finale ever!! Sukar untuk meramalkan sbb kesemuanya hebat belaka. Cian lak tgk Yazid sbb 2 buah lagu memang tak sesuwai dgn jiwanya yg seniman. Lagi sekali angah nak nyatakan lagi bukan salah Yazid...kalo penonton bley tahu apa jenis lagu yang sesuwai dgn jiwa Yazid kenapa fakulti mahupun astro memilih lagu ala2 broadway...pehhh!!!! atau suatu provokasi..entahlahh!! Sbb lately ni undian Yazid memuncak kot..so .... hehehhehe.... Anyway dah habis!!! Kita tgk sajalah..realiti sebenarnya.
credit to Shazryn Mohd Faizal (Utusan Malaysia)
RANCANGAN realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) yang memasuki musim ketujuh tahun ini sudah pun melabuhkan tirainya dalam suasana yang cukup gilang-gemilang malam Sabtu lalu.
Seluruh negara menjadi saksi seorang lagi bakat baru dicungkil daripada rancangan realiti popular itu dan kini, nama Hafiz sudah diletakkan sebaris dengan enam juara AF terdahulu iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5) dan Stacy (AF6).
Sememangnya, kemenangan Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz sudah dijangka sejak dia memberikan persembahan bersahaja menerusi Lagu Kita nyanyian asal Aizat pada konsert mingguan pertama.
Hakikatnya, rata-rata pastinya bersetuju dengan kecemerlangan prestasi anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini yang sering kali memberikan persembahan yang cukup konsisten saban minggu sehinggalah ke konsert akhir yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tidak dinafikan, Hafiz mempunyai kelebihan dari aspek vokal yang enak didengar dan berbakat di samping personalitinya yang membuatkan penonton dan pengundi berasa dekat dengan dirinya sekali gus untuk mengangkatnya sebagai juara AF7.
Ditambah pula dengan persembahannya mendendangkan lagu Kau Bunga Cintaku dendangan asal Anuar Zain serta sebuah lagu baru berjudul Masih Jelas membuktikan kehadiran Hafiz di persada seni tanah air disambut dengan tangan terbuka.
Tetapi tugas dan cabaran yang menanti Hafiz selepas AF sememangnya cukup besar dalam usahanya untuk menjadi penyanyi pelapis negara dan penghibur serba boleh seperti mana visi AF itu sendiri.
Jejaka berusia 19 tahun itu tidak boleh terus berasa selesa dengan apa yang dimilikinya kini kerana dia perlu bekerja keras jika mahu terus bertahan lama di dalam industri.
Persoalannya kini, apakah nasib akan berpihak kepada Hafiz dan mampukah bintangnya akan terus berkerlipan di langit seni yang sudah termaktub begitu hebat pasang surutnya.
Bukan semua juara AF lalu benar-benar berjaya dan mencapai prestasi yang membanggakan tetapi sebaliknya, ada bekas pelajar yang tersingkir menjadi lebih gah daripada juara itu sendiri.
Setidak-tidaknya, AF juga mampu membuktikan kredibiliti mereka apabila tidak pernah terlepas memilih mereka yang benar-benar berbakat untuk menyertai rancangan ini setiap tahun.
Nama-nama seperti Vince, Kaer Azami, Bob, Zahid, Idayu, Farhan, Amylea, Aizat dan Stacy membuktikan kehadiran mereka benar-benar membuka mata peminat serta masyarakat kerana bakat yang ada dalam diri mereka itu.
Sehingga ada di antara nama-nama yang disebutkan itu mencapai kejayaan yang membanggakan.
Itu adalah realitinya tetapi insan-insan istimewa berbakat besar sering kali menjadi mangsa oleh mereka yang tidak pandai menilai bakat mereka.
Sememangnya selama tujuh musim AF bersiaran, ia telah meninggalkan kesan dan impak yang bukan sedikit dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Malah, AF juga berupaya merobah senario penerbitan rancangan hiburan di negara ini tetapi adakah AF berjaya mencapai matlamat sebenarnya seperti mana yang dimahukan?
credit to Ellyna Ali (Murai.com) Hafiz Juara - Tepati Ramalan!!! KUALA LUMPUR, 17 MEI 2009: Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aril anak emas Astro dan pastinya menjuarai pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ternyata sesuatu yang tidak benar.
Hakikat ini kerana Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .
Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baruMasih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.
Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.
Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.
Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi.
Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.
Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.
Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.
Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.
Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.
Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.
Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.
Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.
Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.
Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.
credit to : videokualalumpur Lagu2 baru dari pelajar2 Af7 dan tugasan yang terakhir.