Tuesday, May 26, 2009

OPTIMIS

Salam...
Sikap Optimis buat kehidupan lebih bererti.

Tahukah anda apa itu Optimis?
Optimis adalah bagaimana cara melihat masalah yang dihadapi dengan cara yang berbeza iaitu dengan melihat perkara positif pada keadaan negatif. Namun tidak bererti orang yang optimis tidak boleh melihat perkara yang negatif. Seseorang yang bersikap optimis bererti mereka telah mendapat kejayaan yang diimpikan. Sikap seperti ini adalah seperti tidak pernah mengenal erti kegagalan dan tidak mudah putus asa.


Bentuk sikap optimis.
Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapatabeberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti :

*Maklumat atau berita yang diterima.
Tahukah anda bahawa orang yang selalu menonton cerita seram atau membaca kisah-kisah seram akan sentiasa berasa takut dan perasaan mereka tidak tenang?
Individu seperti mereka ini akan membentuk dunianya sendiri dan tidak akan bercampur dengan dunia luar. Namun berlainan puladengan individu yang gemar membaca buku tentang motivasi atau cara menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan. Individu ini dapat berfikir dan merancang kehidupan dengan lebih baik. Maka sifat positif akan muncul dan memberi kebaikan dlm diri setiap individu tersebut.

*Didikan keluarga.
Setiap didikan perlu diberi semenjak kecil. Begitu juga untuk membentuk sifat positif dalam diri seseorang individu. Terdapat juga kanak-kanak yang diajar untuk melihat perkara2 negatif. Mereka di ajar supaya melihat semua orang lain dari pandangan yang kurang elok. Hal sebegini merupakan satu keadaan dimana sifat positif yang ada dalam diri kanak2 tersebut akan bertukar menjadi negatif dan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan sebaliknya.

*Pergaulan.
Apabila bercampur dengan orang yang bersikap optimis, maka kita menjadi sepertinya dan juga akan mengikut perangainya. Sebaliknya jika kita berkawan dengan orang yang sentiasa bersikap negatif maka kita sudah pasti akan mengikut perangainya yang sentiasa berfikiran negatif dalam semua perkara. Bersikap bijak untuk berkawan kerana sikap mereka akan mempengaruhi sikap anda. Tidak salah berkawan tetapi anda harus bijak memilih dan menilai kawan anda. Tidak semua rakan mahupan kawan anda mampu memberikan pandangan positif kepada anda dalam apa juga hal. Anda sendiri harus bijak menilainya. Oleh itu pilihlah kawan yang boleh menjadi pendengar anda yang setia tidak kira dimana dan ketikanya.

Ciri-Ciri Orang Optimis
*Gembira
Orang yang optimis selalu hidup dalam keadaan gembira. Jika menghadapi masalah dalam hidup, mereka akan menghadapi masalah dengan tenang. Ini kerana individu ini melihat sesuatu masalah dengan cara yang berbeza. mereka sentiasa berjaya menghadapi setiap apa juga dugaan yang datang dengan penuh sabar dan yakin mampu menyelesaikan setiap halangan yang datang. Hidup yang gembira sebenarnya akan mampu membuatkan anda berada dalam keadaan ceria setiap hari.

*Bersemangat
Setiap orang perlu bersemangat untuk menjalani kehidupan dengan tenang. Jika tidak mempunyai semangat maka perkara tersebut akan menjadi besar. Jika individu yang bersikap optimis, mereka mempunyai semangat dalam diri dan bersikap tenang malah sentiasa bersemangat untuk menyelesaikan masalah tersebut.

*Cara percakapan
Individu yang bersikap optimis dapat dilihat melalui cara percakapan. Mereka sentiasa tenang dan butir bicara percakapan teratur. Mereka juga selalunya tidap cepat marah dan 'naik angin' tidak tentu hala kerana orang yang optimis bijak mengawal keadaan.

Mengekalkan Sikap Optimis
Bagaimanakah kita dapat mengekalkan sikap optimis ini walaupun sedang menghadapi masalah? Terdapat beberapa cara yang dapat anda lakukan untuk sentiasa bersikap optimis.

*Bukan sifat kekal
Tanamkan dalam diri, bahawa masalah bukan bersifat kekal untuk jangka masa yang lama. Namun anda perlu segera mencari jalan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

*Cari aspek positif
Setiap perubahan mempunyai aspek positif dan negatif. Ini semua bergantung kepada cara melihat perubahan tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa setiap perubahan akan menimbulkan perasaan janggal tetapi carilah aspek positif dari perubahan tersebut.

*Bersedia menghadapi perubahan.
Serahkan segala usaha anda kepada Allah S.W.T. Bergantung harap pada Tuhan setelah berusaha, adalah merupakan sikap yang optimis. Yakin bahawa Allah akan menolong kita dalam setiap langkah agar setiap langkah yang kita ambil terhindar dari tekanan.
Namun begitu, kita juga harus berusaha agar sentiasa menjadi yang terbaik dan mampu membuat keputusan dengan berlandaskan akal yang bijak.

Tip menjadi orang optimis...
1- Tanamkan ada diri sendiri bahawa anda boleh menjadi cemerlang dalam segala perkara yang anda lakukan.

2- Jangan merasa ragu untuk melakukan perubahan @ penghijrahan. Rangka masa agar boleh melakukan perubahan.

3- Lakukan perancangan dan bertindak dengan teliti agar kehidupan lebih bersemangat.

4- Sentiasa berfikiran positif setiap waktu.

5- Ceria dan gembira sentiasa pastikan diri berada dalam keadaan baik dan tidak terdorong melakukan sesuatu perkara yang negatif.

ADAKAH ANDA TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG YANG OPTIMIS???
RENUNG-RENUNGKAN.....

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.