Wednesday, May 27, 2009

Korea Utara lancar peluru berpandu pula

GAMBAR tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh Korean Central News Agency pada 5 Januari lalu, menunjukkan ujian peluru berpandu oleh 'Unit 1489' di sebuah lokasi rahsia di Korea Utara. Semalam, rejim komunis negara itu melakukan satu lagi ujian peluru berpandu sehari selepas melakukan ujian nuklear bawah tanah yang mencetuskan kemarahan antarabangsa. - AFP

SEOUL 26 Mei - Korea Utara terus membangkitkan kemarahan dunia, apabila negara komunis itu hari ini bertindak melancarkan dua peluru berpandu jarak dekat pula, sehari selepas menjalankan satu ujian nuklear bawah tanah.

Negara komunis itu melancarkan sebuah peluru berpandu darat ke udara dan sebuah peluru berpandu darat ke kapal dekat pantai timurnya berhampiran bandar Hamhung, lapor agensi berita Korea Selatan, Yonhap dengan memetik sumber kerajaan di Seoul.

"Pihak berkuasa perisikan sedang menganalisis motif pelancaran peluru berpandu itu," kata sumber yang menerangkan setiap peluru berpandu berkenaan boleh mengenai sasaran sejauh 130 kilometer.

Yonhap sebelum itu melaporkan Korea Utara telah mengisytiharkan zon larangan kepada semua kapal di perairan dekat pantai baratnya.

Pyongyang semalam menjalankan ujian nuklear bawah tanah yang kedua, dengan kekuatan ledakan jauh lebih besar daripada ujian pertama pada Oktober 2006.

Malah beberapa pakar menganggarkan kekuatan ledakan itu hampir menyamai letupan-letupan bom atom yang meranapkan Hiroshima dan Nagasaki semasa Perang Dunia Kedua.

Ia juga melancarkan tiga peluru berpandu jarak dekat darat ke udara dari lokasi dekat pantai timurnya semalam, lapor tentera Korea Selatan.

Di New York, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebulat suara mengutuk tindakan Pyongyang semalam.

Kuasa-kuasa utama dalam Majlis Keselamatan menimbangkan langkah sekatan baru ke atas rejim komunis itu, manakala Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menjanjikan sokongan kepada jiran-jiran Korea Utara.

Selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat PBB di New York, negara-negara anggota memutuskan untuk 'segera' merangka resolusi baru Majlis Keselamatan bagi menangani ujian nuklear terbaru itu, kata Presiden Majlis, Vitaly Churkin dari Rusia.

"Anggota-anggota Majlis Keselamatan menyuarakan bantahan dan kutukan keras terhadap ujian nuklear yang dijalankan oleh Korea Utara itu," kata Churkin.

Ujian itu jelas melanggar Resolusi 1718 PBB, iaitu resolusi yang diluluskan pada Oktober 2006 selepas ujian nuklear pertama Pyongyang, untuk mengharamkan Korea Utara daripada menjalankan sebarang ujian nuklear atau melancarkan peluru berpandu pada masa depan. - AFP

credit to: UTUSAN MALAYSIA

MENAKOTKAN!!!! SMLM BERITA UTAMA TV3 ADA MENYATAKAN KOREA UTARA SANGGUP BERPERANG DENGAN AMERIKA..... MENGGERIKAN!!!!

No comments:

Post a Comment

dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.