
Salam
BANDAR RAYA MEXICO - Kebanyakan pejabat dan restoran di sini kembali dibuka semalam selepas seminggu diarah tutup oleh pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak influenza A H1N1.
Sungguhpun angka dijangkiti wabak semakin meningkat, pihak berkuasa Mexico berkata, wabak tersebut sudah berjaya dikawal.
Sejumlah sekolah menengah dan universiti kembali beroperasi seperti biasa hari ini manakala sekolah rendah serta tadika akan kembali dibuka Isnin.
Beribu-ribu penjual akhbar, penjaja dan pengemis jalanan mula menanggalkan topeng muka masing-masing.
Pihak berkuasa masih belum memberi kenyataan mengenai tarikh panggung wayang, dewan teater dan kelab malam dibenar beroperasi semula.
Mexico sebeluim ini didakwa menjadi pusat wabak influenza A (H1N1) yang kini sudah merebak ke lebih 20 negara.
Bagaimanapun, kerajaan Mexico mencabar pendapat yang menyatakan wabak H1N1 berasal dari negara itu kerana terdapat beberapa kes turut berlaku serentak di Amerika Syarikat (AS).
"Mexico bertungkus-lumus mempertahankan semua umat manusia daripada dijangkiti virus ini," kata Presiden Mexico, Felipe Calderon kelmarin.
Menteri Kewangan Mexico, Agustin Carstens berkata, wabak selesema itu menyebabkan negara itu kerugian AS$2.3 bilion (RM8 bilion) kerana arahan menutup aktiviti ekonomi dan sosial.
Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan 70 warga Mexico selamat tiba di sini dengan sebuah pesawat sewa khas selepas ditahan kerajaan China bagi tujuan kuarantin.
Virus influenza A H1N1 sehingga kini disahkan meragut 31 nyawa di Mexico manakala 1,900 lagi jatuh sakit.
Sementara itu di Beijing, sekumpulan 25 pelajar dan seorang profesor dari sebuah universiti di Kanada dibenar meninggalkan negara itu selepas dikuarantin sejak Ahad.
Sebuah pesawat yang membawa 98 warga China yang terkandas di Mexico akibat kebimbangan virus selesema selamat tiba di Shanghai namun mereka kini dikuarantin selama seminggu untuk pemantauan.
Saluran televisyen tempatan menyatakan, semua penumpang dan krew penerbangan kelihatan sihat tanpa simptom selesema. - Agensi
credit- Kosmo Online
Dah mcm2 selsema melanda & menyerang ke atas manusia...selsema burung dan terkini selsema babi lak..pas ni ntah apa2 selsema jenama binatang akan melanda lagi.
Seperti yang diketahui umum (harap tahu), wabak Selsema Babi sedang melanda Mexico dan Amerika Utara beberapa hari lepas. 81 orang maut di Mexico ,menjangkiti 12 orang di Amerika Syarikat dan buat pertama kalinya pihak berkuasa di New Zealand mengesahkan 10 pelajar negara berkenaan yang baru pulang dari Mexico menghidap selesema babi dan terpaksa dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga..
Update! : 65 orang telah dijangkiti penyakit ini di Amerika Syarikat, California Perintah berkurung… Costa Rica pula menjadi negara pertama di Amerika Tengah pertama mengesahkan virus berkenaan disahkan menular di negara itu , manakala Eropah, Israel dan New Zealand terus menyaksikan peningkatan kes.Korea juga telah melaporkan rakyat mereka telah dijangkiti selsema babi… buat masa ni 9 orang telah dikesan.


Sebagai langkah pencegahan juga, orang awam digalakkan memakai topeng dan juga melaporkan diri pada klinik atau hospital berdekatan jika ada melawat negara-negara (dalam sebulan yang lepas) yang telah diisytihar dilanda wabak Selsema Babi.
credit to: adry
Walo pon Mexico di landa dengan serangan Selsema Babi beberapa hari @ minggu yang lalu, namun mereka tetap dengan fesyen terkini..... nampaknya Selsema Babi nih pun boleh mendatangkan rezeki kepada pereka2 fesyen terkini dan memberi hasil yang lumayan...







Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas
(pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
- Surah Al-Nahl Ayat 115
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.