Salam....
Skrang dah abih musim af7, HAFIZ menjadi JORE!!! Yeaayyyy!!! Yesszaaa!!! Seperti yang dijangkakan oleh majoriti rakyat Malaysia...hehehhe. Walo pon lagu kureng mencabar (tp tolonglah 3 org juri wajib tau bukan pilihan pelajar tetapi fakulti & astro), namun PEACE tetap membawa lagu tugasan terakhir dengan begitu baik sekali. Cuma angah terkilan Akim dapat no.3.. iyer la kan biler Jari menjadi Juri. Anyway...kali ni pon angah tgk dgn my big famili di kg (Teluk Intan), apa lagik...cian bilik along dah jadi mini dewan...wakakakaka. Walo apa pon...the best Grand Finale ever!! Sukar untuk meramalkan sbb kesemuanya hebat belaka. Cian lak tgk Yazid sbb 2 buah lagu memang tak sesuwai dgn jiwanya yg seniman. Lagi sekali angah nak nyatakan lagi bukan salah Yazid...kalo penonton bley tahu apa jenis lagu yang sesuwai dgn jiwa Yazid kenapa fakulti mahupun astro memilih lagu ala2 broadway...pehhh!!!! atau suatu provokasi..entahlahh!! Sbb lately ni undian Yazid memuncak kot..so .... hehehhehe.... Anyway dah habis!!! Kita tgk sajalah..realiti sebenarnya.
credit to Shazryn Mohd Faizal (Utusan Malaysia)
RANCANGAN realiti nombor satu negara, Akademi Fantasia (AF) yang memasuki musim ketujuh tahun ini sudah pun melabuhkan tirainya dalam suasana yang cukup gilang-gemilang malam Sabtu lalu.
Seluruh negara menjadi saksi seorang lagi bakat baru dicungkil daripada rancangan realiti popular itu dan kini, nama Hafiz sudah diletakkan sebaris dengan enam juara AF terdahulu iaitu Vince (AF1), Zahid (AF2), Mawi (AF3), Faizal (AF4), Mila (AF5) dan Stacy (AF6).
Sememangnya, kemenangan Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz sudah dijangka sejak dia memberikan persembahan bersahaja menerusi Lagu Kita nyanyian asal Aizat pada konsert mingguan pertama.
Hakikatnya, rata-rata pastinya bersetuju dengan kecemerlangan prestasi anak muda kelahiran Kuching, Sarawak ini yang sering kali memberikan persembahan yang cukup konsisten saban minggu sehinggalah ke konsert akhir yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Tidak dinafikan, Hafiz mempunyai kelebihan dari aspek vokal yang enak didengar dan berbakat di samping personalitinya yang membuatkan penonton dan pengundi berasa dekat dengan dirinya sekali gus untuk mengangkatnya sebagai juara AF7.
Ditambah pula dengan persembahannya mendendangkan lagu Kau Bunga Cintaku dendangan asal Anuar Zain serta sebuah lagu baru berjudul Masih Jelas membuktikan kehadiran Hafiz di persada seni tanah air disambut dengan tangan terbuka.
Tetapi tugas dan cabaran yang menanti Hafiz selepas AF sememangnya cukup besar dalam usahanya untuk menjadi penyanyi pelapis negara dan penghibur serba boleh seperti mana visi AF itu sendiri.
Jejaka berusia 19 tahun itu tidak boleh terus berasa selesa dengan apa yang dimilikinya kini kerana dia perlu bekerja keras jika mahu terus bertahan lama di dalam industri.
Persoalannya kini, apakah nasib akan berpihak kepada Hafiz dan mampukah bintangnya akan terus berkerlipan di langit seni yang sudah termaktub begitu hebat pasang surutnya.
Bukan semua juara AF lalu benar-benar berjaya dan mencapai prestasi yang membanggakan tetapi sebaliknya, ada bekas pelajar yang tersingkir menjadi lebih gah daripada juara itu sendiri.
Setidak-tidaknya, AF juga mampu membuktikan kredibiliti mereka apabila tidak pernah terlepas memilih mereka yang benar-benar berbakat untuk menyertai rancangan ini setiap tahun.
Nama-nama seperti Vince, Kaer Azami, Bob, Zahid, Idayu, Farhan, Amylea, Aizat dan Stacy membuktikan kehadiran mereka benar-benar membuka mata peminat serta masyarakat kerana bakat yang ada dalam diri mereka itu.
Sehingga ada di antara nama-nama yang disebutkan itu mencapai kejayaan yang membanggakan.
Itu adalah realitinya tetapi insan-insan istimewa berbakat besar sering kali menjadi mangsa oleh mereka yang tidak pandai menilai bakat mereka.
Sememangnya selama tujuh musim AF bersiaran, ia telah meninggalkan kesan dan impak yang bukan sedikit dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Malah, AF juga berupaya merobah senario penerbitan rancangan hiburan di negara ini tetapi adakah AF berjaya mencapai matlamat sebenarnya seperti mana yang dimahukan?
credit to Ellyna Ali (Murai.com)Hafiz Juara - Tepati Ramalan!!!
KUALA LUMPUR, 17 MEI 2009: Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Aril anak emas Astro dan pastinya menjuarai pertandingan realiti TV, Akademi Fantasia Musim Ke-7 (AF7) ternyata sesuatu yang tidak benar.
Hakikat ini kerana Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz, 19, yang berasal dari Kuching, Sarawak telah dipilih sebagai juara AF7 yang telah berlangsung dengan meriah di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi.
Dengan memperolehi undian SMS terbanyak iaitu 46 peratus daripada penonton, Hafiz telah menjadi pilihan majoriti peminat AF7 untuk menjuarai pertandingan itu. Hafiz menewaskan 4 finalis lain iaitu Aril yang mendapat 22 peratus di tempat kedua, Akim (18 peratus), Yazid (9 peratus) dan Isma (5 peratus) .
Kehebatan Hafiz terbukti apabila beraksi dengan mantap menerusi lagu Kau Bunga Cintaku nyanyian asal Anuar Zain serta lagu baru Masih Jelas ciptaan Aidit Alfian dan AD Samad.
Kemenangan manis Hafiz malam tadi juga membuktikan peserta lelaki telah tampil merampas semula takhta AF daripada 2 peserta wanita sebelum ini iaitu Mila dan Stacy.
Hafiz membawa pulang pelbagai hadiah lumayan iaitu sebuah kereta Honda Accord 2.0 tajaan Honda Malaysia, wang tunai RM20,000, pakej percutian ke New York untuk 2 orang, Sistem Home Theatre Arezzo Hoffman 5.1 (Arezzo), kamera U130 Olympus, Penapisan Udara Hyundai (MSP Advance), jam tangan Hugo Boss, bekalan Brand Innershine selama setahun (Cerebos), telefon bimbit Nokia 5730 Xpress Music serta trofi.
Sementara itu, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, dari Kuala Lumpur yang sebelum ini diundi masuk beraksi dengan tidak kurang lincahnya menerusi lagu baru, Toksik dan Kasih Tak Sampai nyanyian asal Padi.
Dengan kemenangan itu, Aril berjaya memenangi wang tunai RM10,000, pakej percutian tajaan Maybelline, kamera U1030 (Olympus), Set Karaoke Arezzo Hoffman (Arezzo), Penapisan Udara Hyundai (MPS Advance), jam tangan Hugo Boss serta trofi.
Tempat ke-3 menjadi milik Afiq Hakim Ahmad atau Akim, 18, yang telah menunjukkan peningkatan demi peningkatan pada minggu-minggu terakhir AF7. Kemenangan itu melayakkan Akim memenangi wang tunai RM8,000, pakej percutian tajaan Maybelline, Camera F3320 Olympus serta trofi.
Berasal dari Johor Bahru, Akim berjaya memukau mata penonton apabila menyampaikan lagu Bencinta nyanyian asal Faizal Tahir serta lagu baru, Bengang.
Mohd Yazid Mohd Ibrahim atau Yazid, 22, dari Johor Bahru Johor pula hanya berupaya menduduki tempat ke-4 apabila menyampaikan lagu Dewa 19, Qasidah Cinta serta lagu baru Ya Pa Pa. Beliau membawa pulang kamera FE320 tajaan Olympus, wang tunai RM3,000 serta trofi.
Kejutan terlihat pada Ismaliza Ismail atau Isma, 30, daripada Kuala Lumpur apabila menduduki tempat ke-5 menerusi lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian asal Misha Omar serta lagu baru Bisikan… Godaan hasil ciptaan suaminya Zul dan Slen.
Ironinya, Isma yang menjadi satu-satunya finalis wanita tunggal dalam final AF7 seringkali menduduki tangga teratas dalam carta undian sebelum ini. Malangnya, kakak kepada penyanyi Tomok ini tidak berjaya mengekalkan kedudukannya itu walaupun persembahannya bertenaga dan vokalnya mendapat pujian pengkritik.
Konsert selama 3 jam yang itu dipancarkan secara langsung di Astro Ria serta radio rasmi Era FM itu telah dibawakan oleh Hotlink selaku penaja utama. Ia turut menampilkan segmen persembahan daripada semua bekas pelajar AF7 yang tersingkir sebelum ini seperti Qhaud, Rini, Rubisa, Zizi dan Sidi.
Selain itu, ia juga turut diserikan dengan persembahan juara AF6, Stacy serta tarian pembukaan dari Hardstyle Republic. Finalis AF7 sendiri turut membuat persembahan pembukaan menerusi lagu Revolusi yang dipopularkan oleh Bunkface.
Konsert itu dihoskan dengan lancar oleh AC Mizal dengan dibantu Sarimah Ibrahim. Pengkritik malam tadi adalah Edrie Hashim, Dato' Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.
Semua hadiah disampaikan Pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina yang kemudian menutup dengan rasminya AF7 sebelum tirai pentas dilabuhkan lewat tengah malam tadi.
credit to : videokualalumpur
Lagu2 baru dari pelajar2 Af7 dan tugasan yang terakhir.
Masih Jelas - Hafiz
Toksik - Aril
Bengang - Akim
Ya Pa Pa - Yazid
Bisikan Godaan - Isma
Revolusi - Hafiz, Akim, Yazid, Isma & Aril
Pengumuman Juara Af7
No comments:
Post a Comment
dear frens,
who ever u r, where ever u from, what ever u want to b..as long as my frens do says sumthing or comment.
luv u...always.. make my day be brighter.